SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 21, 2009

GERAI SAM-UTARAFM GAMIT PENGUNJUNG

KOTA MARUDU, SABAH: SAM merupakan salah satu badan NGO yang membuka gerai pameran dan perkhidmatan sempena pesta jagung di Kota Marudu. UtaraFM dan SabahanFM telah diberi peluang menunjukkan kehebatan sambil mempromosikan radio online Sabahan. SAM turut membantu mempromosi artis tempatan dan produk2 tempatan secara percuma. 8erbagai agensi kerajaan lain turut mengadakan pameran antaranya MOSTI, Jabatan Pertanian, Peladang, MDKM, SPR, Perhutanan,syarikat2 tempatan, para usahawan dan sebagainya. Gambar di atas hanya sebahagian yang terlibat dalam pesta ini. Pesta jagung kali ini tampak lebih memikat berbanding pesta sebelum ini. SAM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa pengelola dan semua yang terlibat menjayakan semua acara. Staf SAM dan UtaraFM turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan salah satu acara penting iaitu pertandingan Nyanyian lagu tempatan . Ini satu lagi petunjuk bahawa SAM dan UtaraFM semakin diiktiraf.

6 comments:

Anonymous said...

Selamat Menyambut pesta Jagung Warga KM dan SAM d KM.Semoga sukses selalu hendaknya....

SANGURU said...

semoga pesta jagung membawa banyak kebaikan.

Anonymous said...

Salam SAM, buat kali pertama sejak Pesta Jagung di adakan saya berpeluang untuk bersama-sam seluruh warga KM utk menjayakan/meramaikan program tersebut. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dapat mengelolakan progam dengan jayanya. Di sebalik kemeriahan ini saya tertarik dengan pameran daripada MDKM. Mulanya saya berpendapat idea klasik pameran tersebut memang baik, namun bila diteliti secara mendalam, saya kira MDKM terlalu asing dengan kreativiti pameran berasaskan kepada kemodenan ict dan prasarana teknologi pencetakan (orang bilang kalau program Pesta Jagung ni sudah banyak kali dibuat, takkanlah tidak menengok-nengok pameran Jabatan/Agensi yg lain supaya buleh belajar bah.. atau pun diurang suruh pekerja am ja yg buat ni.. pegawainya langsung nda supervise...). Amat malang sekali, dengan kualiti yang jauh ketinggalan dan info bukan 'up to date' yang diberi akan di-interpretasikan sebagai keupayaan sebenar sistem pentadbiran MDKM. Kalau begitulah keadaannya, nampaknya Daerah KM akan jauh ketinggalan dari segi perancangan pembangunan pada masa akan datang. [MDKM, bukalah minda anda untuk menerajui pembangunan Kota Marudu].

kyro said...

Ini pesta jagung kaini? puas sia pusing keliling susah butul mau dapat jagung.Kira2 sia mau makan jagung rabus tapi tidada...kalau ada pun satu ja saaana dalam itu MOSTI punya garai...adehhhh

Nasip baik TOBISA bakar jagung dapat juga sia makan jagung pulut bakar...

SANGURU said...

sudah tiba masanya MDKM buat anjakan paradigma. Terlalu banyak rungutan, teguran, pandangan, kritikan dll diutarakan masyarakat termasuk SAM sendiri. Harap MDKM ada perubahan yang boleh dibanggakan dan disenangi rakyat.

Anonymous said...

Jika saya menjadi Dr.Max....."Saya sudah d anugerahkan Pangkat dan kedudukan,akan saya gunakan dan bangunkan KM/Tandek"....Pesta saya akan buat 5 tahun sekali bagi meraikan KEJAYAAN segala Kemajuan dan Peningkatan ekonomi rakyat d KM/Tandek yg telah saya jana selama 5 tahun yg berlalu itu....Akan saya naikkan KM/Tandek dengan tenaman Jagung yg d war-war kan (Jagung 1Marudu)dan Jagung2 yg d bakar sewaktu PESTA JAGUNG itu bukan d Import dari Daerah lain oleh Jab.Pertanian & Peladang Kawasan...Barulah boleh d banggakan "1MARUDU JAGUNG DI DAHULUKAN".............