SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, November 12, 2009

GURU SANDARAN PERLU PEMBELAAN

SMK TANDEK, KOTA MARUDU: Nasib guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negeri Sabah masih samar dan memerlukan perhatian wajar pihak berkenaan. Hari ini En. Wislon Magusun, Pegawai Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK), PPD Kota Marudu, merangkap pengerusi KGSK peringkat JPN Sabah telah menemui GSTT untuk memaklumkan perkembangan terkini usaha melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka. Pihak beliau telah mencadangkan agar perkhidmatan mereka disambung atau diserap dalam perkhidmatan melalui program latihan bersesuaian.

18 comments:

Gaaman said...

Seharusnya GSTT telah lama diserapkan dlm perkhidmatan pendidikan melalui KDC. Tetapi persoalannya kenapa??..Sedangkan bilangan guru2 dari 'sana' setiap tahun bertambah.

Diharap pemimpin Sabah terutamanya pegawai atasan JPN Sabah utk 'tidak menyorok' keperluan mendesak guru di Sabah. Disamping itu berilah peluang/keutamaan GSTT utk mengikuti KDC.

SANGURU said...

Saya cadangkan pihak KPM khususnya BPG dan IPTA memberi keutamaan kepada GSTT (siswazah) untuk ikuti KPLI. Rasionalnya:
1. GSTT telah berpengalaman macam guru terlatih di sekolah.
2. Mereka juga ada ijazah.
3. Mereka memang berminat.
4. Mereka telah melalui proses temuduga sebelum dilantik ke GSTT.
5. Mereka telah teruji di lapangan/sekolah.
RUMUSANNYA: JIKA ADA KRUSUS/LATIHAN PILIHLAH GSTT!

SANGURU said...

sesi pertemuan ini saya atur bersempena kehadiran pegawai berkenaan ke sekolah kami. Sebagai orang yang pernah jadi GSTT, saya memang prihatin dengan GSTT dan amat yakin GSTT adalah pilihan terbaik dipilih mengikuti kursus bagi tujuan penyerapan atau pelantikan ke GST (guru sandaran terlatih) dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap.
Harap permasalahan ini disokong dan diberi keutamaan.

MindaGuru said...

Pengalaman dan komitment mereka selama ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan..

DINAKAN said...

hehe... saya pun pernah menjadi guru dahulu. Bnk sejarah, pengalaman dan rintihan ketika itu.

WAJAR sekiranya guru seperti ini d serap secara automatik kpd TETAP dan mendapat 'benefit' yg sama dgn guru2 lain.

dgn adanya mereka, SABAH mempunyai 20% penyelesaian ttg mslh perguruan. Tak payah import dari mana2 negeri.

bila lagi org kita d ketengahkan kalau asyik bergantung dgn org lain?

maikong said...

baana ta tn dinakan,..
saya sokong guru2 ini diserap ke jawatan tetap...hargai mereka..tq

Tulunbunou said...

Guru2 Sabah semua hebat2 belaka. Jadi pada pendapat saya tidak perlulah kebanjiran Guru dari Negeri lain. Bagi guru sandaran yang memiliki ijazah hanya perlukan KPLI sementara bagi guru sandaran yang memiliki SPM dan STPM apa salahnya jika mereka di beri keistimewaan utk meneruskan bidang perguruan di Maktab Perguruan.Dengan cara itu masalah kekurangan guru berijazah atau bertauliah diSabah dapat dikurangkan. Sebenarnya ramai yang layak tetapi... ada yg. telah lama berkhidmat sebagai guru sandaran tiba2 ditolak ketepi. sekurang2nya mereka diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat berdasarkan pengalaman yang mereka ada.Semoga pihak yang berkaitan menyokong cadangan untuk menyerapkan perkhidmatan mereka ke jawatan tetap dalam masa terdekat ini.
Guru2 Sabah BOLEH BAHHHHH.......

SANGURU said...

semoga nasib mereka terbela. Jika ada ruang, mengapa mereka tidak diutamakan?

Gaaman said...

Mungkinkah "panel pemilih" calon KPLI/Dip Pen M"sia sumanya dari 'sana'???..

Sistem ini la yg seharusnya diubah dgn menempatkan org Sabah dlm AJK/panel pemilih.

ming2elly said...

SOKONG SEPENUHNYA !

guru2 GSTT ini harus diserapkan !

Lulussssss... bilang sanguru... heheheh..

SANGURU said...

ada GSTT memaklumkan kpd saya, beliau telah menghubungi pihak berkenaan di atasan. Menurut atasan, mungkin tidak ada pelanjutan, kalau ada pun keperluan, kena ikuti temuduga semula.
Kepada pihak atasan, saya nak tanya sikit, pakai otak atau pakai lutut? Saya no komen klu x penyambungan coz mungkin dah ada bekalan guru terlatih, namun klu kena buat proses pengambilan semula, temuduga dll, MEMANG BIKIN MARADANG. Bukankah GSTT ini telah lulus semua prosedur pengambilan sebelum diambil sebagai GSTT? Bukankah pemnaziran namanya membuat/mengulang2 proses yang sama?
Ni la klu pakai lutut berfikir, lebih banyak menyusahkan, merugikan daripada menguntungkan.
Harap dikaji semula ya tuan2/puan2.

Anonymous said...

sia bukan tidak ,mau sukung sabahan ni memenuhkan jawatan2 kekosongan guru di tempat sendiri..Tapi, brapa banyak juga orang2 kita yang berkelayakan..tidak cukup, importlah jawabnya..yang teda karja mimang ramai,,yang layak?
macam juga tu jagung di km,,bukan tidak luas itu tanah tapi inda ramai yang mau menanam..jadi importlah...
kada pasalao tuutulun suwai mongoi siti boh...

SANGURU said...

utk makluman, semua GSTT dlm gambar ni layak. Ada degree. Lulus temuduga. Ada pengalaman mengajar. Ada pengalaman guru pengganti. Mmg wajar mereka dipilih program KDC, KPLI, dip Pendidikan, dll.

Anonymous said...

syabas!

Anonymous said...

salam
sya tertarik dgn artikel pendek tp, berisi ini...
sya mnyokong penuh apa yg Sanguru & rakan2 lain sarankan & perjuangkan d cni...

scara peribadi, sya akui mereka ini mmg layak selayak-layaknya utk dserapkan...spya mnjadi GST bkn lagi GSTT....BAGAIMANA CARANYA?? sya rasa, pihak yg berkenaan(mgkn JPNS&KPM&BPG) tahu caranya.. JADI?
LAKSANAKANLAHHH.....
kasian guru2 GSTT ini, spt dperlekehkan. Adakah GSTT itu membawa maksd
"GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH" atau....
"GURU SENANG-SENANG TERIMA & TOLAK"
"GURU SUKA-SUKA TERIMA & TOLAK"..??

smua mereka ini mempunyai segulung IJAZAH..(tinggi dr sya... DIPLOMA sja)...pendek kata mereka ini golongan SISWAZAH..
bertahun2 mereka2 ini belajar d universiti...berliter-liter sdh peluh menitis di bumi Univerisiti ditambah lagi dgn airmata yg jatuh tanpa di sengajakan....kerna berusaha keras...berhempas pulas utk mendapatkan segulung IJAZAH.. duit yg hbis jgn tanyalah...jgnlh memberi harapan skiranya tidak bersungguh2...

kpd golongan yg berkenaan, Bangkitlah...Bantulah...Berilah mereka2 ini peluang(xda kira GSTT d skolah mnapun)utk berkhidmat sepenuhnya kpd sekolah & anak bangsa...bukan atas dasar KESIAN!tp, atas dasar yg sdhpn SANGURU 'LIST'kan d atas....

harap adalah berita yg menggembirakan buat rakan2 guru GSTT kita ini....

"Golongan bijak pandai...pastinya ada penyelesaian kpd masalah ini"

GB-Guru Biasa

SANGURU said...

sebagai salah seorang pentadbir, pihak kami mengakui hasil kerja dan komitmen GSTT ini setara dengan GT (guru terlatih), dengan kursus tambahan, mereka boleh menjadi guru yang baik. Jika ada keperluan, kami menyokong penuh agar GSTT ini disambung kontrak dan bukannya mencari GSTT baru. Ini kerja buang masa, pembaziran wang dan pencarian yg tak semesttinya lebih baik. Dan jika ada ambilan KDC/KPLI, mereka juga adalah pilihan terbaik.

Arul HS PC said...

SAM, lama tak update, saya suka baca isi-isi di dalam ini.. ada masa harap admin update semula

Olivia Phillips said...

Halo semua, saya MRS OLIVIA PHILLIPS
Anda memiliki pinjaman mendesak?
Apakah Anda perlu sebuah proyek pinjaman?
Membeli rumah atau mobil?
Untuk membayar utang?
"Investasi Kredit" penawaran
Anda memiliki kesulitan keuangan?
Mereka telah ditolak oleh bank dan ditipu oleh penipu?
Kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga 2%.
kami di sini untuk membuat masalah Anda sesuatu dari masa lalu !!
Silahkan email kami sekaligus, kami menjamin pengobatan segera
Dalam waktu 24 jam tanpa biaya atau beban perusahaan saya membutuhkan pinjaman mendesak.

Hubungi: oliviaphillipsloancompany@gmail.com

Terima kasih telah memilih kami.