SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, November 16, 2009

Jagung "1Kota Marudu"

Jagung hibrid “1Kota Marudu” ditanam 16/11/2009 11:46am KOTA MARUDU 16 Nov. — Sejenis jagung hibrid, dinamakan Jagung 1Kota Marudu, yang menggunakan baja bio bagi menghasilkan buah lebih besar, manis dan rapuh serta boleh dimakan mentah, akan ditanam di Kota Marudu, daerah yang terkenal dengan tanaman jagung. Tanaman percubaan jagung jenis “Summer Sweet” dari Taiwan dengan menggunakan teknologi baja bio keluaran syarikat Malaysia, All Cosmos Industries Sdn. Bhd., menghasilkan kejayaan dan tanaman di kawasan seluas 0.4 hektar di Pusat Latihan Pertanian Damai di sini dituai semalam. Pada majlis penuaian jagung itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefaham antara Penolong Pengarah Jabatan Pertanian John Gumpil dan Ketua Pegawai Operasi All Cosmos Industries Lim Tau Boon bagi pemindahan teknologi. "Kami mahu mengekalkan tanaman jagung yang dihasilkan di daerah ini supaya ia terus dikenali dengan tanaman jagung. Petani yang menggunakan benih jagung hibrid ini akan diajar cara yang betul untuk menanamnya dan mereka yang menjualnya pula diajar bagaimana hendak membakarnya,” katanya. Dr. Ongkili akan melancarkan jenis jagung baru pada Ahad ini pada Pesta Jagung yang menjadi acara tahunan di daerah itu. Pesta Jagung, selama dua hari, yang diadakan bermula 2002, akan diadakan di Padang Kota Marudu dengan pelbagai aktiviti termasuk Pertandingan Ratu Jagung, sukan komuniti, pertandingan memasak dan pameran pertanian serta mencatat percubaan membakar 5,000 tongkol jagung dalam masa 15 minit ke dalam Malaysia Book of Records. - Bernama Sumber: Utusan Malaysia Online

6 comments:

Gaaman said...

wow...kini nama "1Kota Marudu" mula dikenali..

terimakasih aktiviti penanaman jagung di KM.

SANGURU said...

seterusnya, wujudkan peluang pasaran yang boleh meyakinkan penanam. Org kampung bukan tak mau tanam luas2 sebelum ini namun masalah pasaran.
Nama tu (1Kota Marudu) agak janggal dan semacam bunyinya. "jagung marudu" rasanya dah kira ok. Mcm jagung manis, jagung kuda, kopi tenom, kobis kundasang, durian Thailand dll. Apapun tahniah. Rakyat dapat untung. Bagus.

Anonymous said...

Jangan d kenali secara hangat2 tahi ayam sahaja soal "Summer sweet Corn" ni......Kalau boleh Dr.Max seharusnya memikirkan macam mana nak mengtinkan produck "Sweet Corn" dalam tin...Kerana kalau d fikirkan "Summer Sweet" ni kalau boleh 1 Marudu boleh mengeluarkan hasil untuk 2,3 negara d Asean ini sudah lenih daripada cukup bah......Setujukah Saguru?

Anonymous said...

JAGUNG 1MARUDU bagus juga Sanguru....!!!! Yang pentingnya boleh menaikkan ekonomi pemduduk KM dan negeri Sabah lah......

Panaitan Boy said...

anon 9.25pm,
bukan Dr Max saja yg harus memikirkan 'nilai tambah' jagung summer sweet. Inilah yg patut difikirkan oleh para cerdik pandai KM.

Little Mike (LM) said...

semoga berjaya melakukan rekod Malaysia... siapa sangka permulaan begini mata dunia terbuka untuk terus mendekati KM... bila sudah dikenali, kebaikan yang lain dengan sendirinya menghampiri dan warga KM perlu bersedia untuk manfaatkan peluang ini untuk menghidupkan nadi KM dengan sepenuh raga anak watannya...