Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah


Sunday, November 8, 2009

JAMUAN EX-STUDENTS REUNION DINNER

DEWAN KOMUNITI, KOTA MARUDU, AHAD: majlis jamuan bekas pelajar SMK Tandek sedang berlangsung di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak pentadbiran, wakil pejabat PPD KM, guru2 dan bekas pelajar SMK Tandek. Acara diserikan dengan berbagai persembahan dari ahli kelab muzik dan kelab Koir SMK Tandek. Adalah diharapkan bekas2 pelajar SMK Tandek dapat mewujukan Alumni SMK Tandek untuk menabur bakti khususnya kepada pelajar dan sekolah jua masyarakat setempat.

9 comments:

Tingkalanon Village said...

haiya enda sempat sy pigi o...

maikong said...

inilah salah majlis yg dpt menghimpunkan para bekas pelajar dan akan merapatkan mereka2 yg telah lama berjauhan...dpt mengetahui mana2 mereka yg telah lama merantau...amat sesuai jika dibuat sekali dlm dua tahun/atau sekali setahun...

Little Mike (LM) said...

aktiviti yang dapat mengekalkan semangat silaturahim yang terbina sejak di bangku sekolah. Mengharapkan hubungan erat seperti ini dapat bertahan dan semangat seperti inilah antara pendorong kesinambungan keutuhan dan ikatan kemasyarakatan

tahniah atas penganjuran seperti ini

IsOn said...

Ya... harap2 Alumni SMK Tandek dapat direalisasikan segera. Sebaik2nya pelopor alumni tersebut ialah mereka yang merupakan generasi terawal SMK Tandek. Saya akan cuba berbincang dengan rakan2 seangkatan. Teruskan perjuangan SMK Tandek. :)

DINAKAN said...

wah... satu majlis yg amat bermakna dan sesuai dgn wadah generasi baru kota marudu.

namun, hebahan besar2an perlu d buat pada masa depan agar majlis ini lebih menarik dan menggegarkan.

syabas...

SANGURU said...

bah, MURID TUA (istilah org tandek dulu2 yg merujuk kpd intake terawal GPS Tandek) sila aturrrr....
Pihak sekolah sentiasa mengalu2kan.

liau said...

Aik kenapa aku nda di jemput? Oh aku bukan bah pula murid SMK Tandek aku murid GPS Tandek (1952-59) indada suda bah pula GPS Tandek kaaaaan? itu jaman Boritis

Anonymous said...

Syabas kerana anda ada usaha untuk mengadakan reunion bekas-bekas pelajar SMK.TANDEK. saya juga sependapat dengan saudara Ison iaitu sebaiknya lagi pelajar-pelajar terawal SMK Tandek kita letakkan dibarisan hadapan agar ianya kelihatan lebih 'Evergreen'.

Anonymous said...

Saya adalah antara pelajar terawal di SMK.Tandek iaitu calon SPM tahun 1994 dan pada waktu itu saya sangat menyukai suasana persekolahan di situ dan guru-guru SMK.Tandek yang hebat-hebat pada waktu itu yang juga adalah Anak Jati Tandek adalah Cikgu Makibin Bodok (Pengetua, tpi dah pergi dulu meninggalkan kita) Cikgu Jainim Samaron (PK 1, skrg ni dah jadi PPD Kota Marudu), Cikgu Rosmih Hj.Jamal (PK HEM, skrg ni dah jadi Pengetua di SMK.Matunggong).
Pada zaman kami juga kekuatan dan semangat Tandek tidak perlu dipertikaikan cukup baik dan hebat, hubungan kami dan saya sendiri kepada guru-guru kami jg cukup mesra dan penuh 'respect'.
Saya bangga menjadi pelajar Tandek pada masa itu, semoga alumanai SMK.Tandek menjadi wadah yang terbaik bagi kami.