SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 29, 2009

KEMERDEKAAN...

"Kemerdekaan" merupakan tajuk cerpen saya yang pernah menang sayembara cerpen peringkat kebangsaan sekitar awal tahun 90-an dulu. Kisah tentang penindasan, hak2 yang diragut, kebobrokan dan perjuangan bangsa Moro di selatan Felipina, hasil perkongsian cerita dengan rakan2 semasa saya bersama mereka di kem balak (Kem Marak Parak, KM, 1987 dan Kem C, sungai-sungai, Sandakan, 1989) suatu ketika dulu. Menghayati derita dan alkisah mereka termasuk para perantau dari tanah Jawa, Indonesia, membuat saya lebih arif dan empati. Demikianlah, kekadang saya serba salah juga bila orang mengutuk golongan PTI. Mereka bukan suka sangat mengembara ke bumi kita ini, bukan kemaruk sangat memiliki IC/MYKAD...namun bila ada peluang atau disogokkan peluang, pastilah mereka ini mengambil peluang itu... Belum masanya saya bercerita lebih panjang dan telus. Buat masa ini cukuplah kalau saya ingatkan kepada diri saya sendiri: JANGAN BERI MUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA ORANG KITA SENDIRI YANG MENYOGOKKAN PELUANG ITU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA...

11 comments:

NAGA KINABALU said...

Saudara Sanguru erti bagi sebuah KEMERDEKAAN ini bukanlah erti yg kecil bagi difinasinya....Merdeka diri dari sesiapapun jua,Merdeka Kewangan,Merdeka kehidupan,merdeka Kampong kita,Merdeka Daerah kita,Merdeka Negeri kita dan merdeka segala-galanya...Jika saya tidak pernah meragukan PTI biarkan mereka memasuki negara ini setiap hari beribu ribu orang kah, bukan hal yg menakutkan kita selaku Rakyat yg merdeka dalam negara Malaysia ini(Tulisan/Komen saya yg terdahulu juga banyak menyebut perkara ini)tetapi tata cara pihak Pemimpin dan Jabatan Pendaftaran Negara menganugerahkan dan memberikan Mykad Malaysia kepada merekalah @ PTI Philippine,Indonesia,India dan Pakistanlah yg BENAR2 SALAH dan ia adalah SATU PENDERHAKAAN kepada KEDAULATAN Negeri/Negara ini, bagi anggapan dan fikiran saya,Oleh yg sedemikian apakah Mykad Malaysia ini bisa d keluarkan oleh Jabatan Bomba? Jabatan Pertanian? Jabatan Haiwan? Siapakah sebenar SINDIKET yg BERKUASAi ini? Cuba anda fikir2kan..??? Saya membuat soalan yg boleh d jawab dengan Objektif......

Soalannya 1:
SIAPAKAH SEBENAR SINDIKET YG BENAR2BERKUASA MENGARAHKAN DAN MENGELUARKAN MYKAD MALAYSIA KEPADA PTI DARI NEGARA PHILIPPINE,INDONESIA,INDIA DAN PAKISTAN?
Pilihlah (1)saja Jawaban Tepat dari anda!!!
A).Pemimpin Umno dan JPN? ( )
B).Pemimpin PBS dan JPN? ( )
C).Pemimpin LDP dan JPN? ( )
D).Pemimpin SAPP dan JPN? ( )
E).Pemimpin MORO dan PTI? ( )
F).Pemimpin Philippine/JPN? ( )
G).Pemimpin Indonesia/JPN? ( )
H).Pemimpin India/JPN? ( )
I).Pemimpin Pakistan/JPN? ( )
J).Pemimpin Gila Kuasa ( )
K).Pemimpin Melayu Mudah lupa ( )
L).Rakyat Negara mana yg Rugi? ( )

maikong said...

tn naga, jawapan yg paling tepat, adalah=(J).pemimpin gila kuasa..maukan/kekalkan kuasa inilah yg menjadi para pemimpin menjadi gila kuasa.maka dikuasailah semuanya......

Anonymous said...

atas dasar pengaruh, duit dan "kita punya orang"

Umar al-Longobi said...

3 kaedah ini mungkin praktikal:

1. diharapkan agar setiap entri beserta ulasan2 ttg PTI/mykad dibaca oleh pemegang kuasa (yg sedar)/org yg dekat dgn mereka/org yg boleh mempengaruhi mereka.

2. kita minta rakyat yg prihatin terus bercakap dan biar sampai org kg di puncak bukit pun hadam berkenaan dgn isu ini.

3. jangan undi mereka yg gagal memperjuangkan isu ini dlm PRU akan datang.

Anonymous said...

Kalau saya senang saja tu jawabannya...Kerana kita lihat d negara ini siapa yg benar2 berkuasa dan mengalahkan kuasa rakyat?.....Pilihan saya adalah (A)...Kerana mereka sahaja yg berkuasa memberikan Mykad ini.Banyak pemimpin suruhan mereka d tahan d bawah ISA dan tidak kurang juga yg d berikan Projek ratusan juta ringgit kerana gara2 membantu Parti Umno penghianat bangsa Malaysia ini. i.e: Datuk Akjan d berikan Kontrek Pembinaan HQ Polis d Kinarut....Datuk Akjan dulunya dia bukanlah seorang Warganegara Malaysia sewaktu dia berada d Sandakan pada tahun 1980an....Tetapi sekarang dia sudah pandai2 merebut jawatan Ketua Bahagian Umno d KK bah.........Fikir2kan lah duhai Rakyat Malaysia d seluruh negara ini.............

SANGURU said...

banyak input baru sy perolehi dari tuan/puan. Tk

Anonymous said...

Salam,
Saya setuju dengan Anon 12:12pm.Jawapan A tulah yang memberi impak kepada senario politik Sabah sekarang ni. Lagi2 semasa Dtk Pairin menentang BN dulu. Salah satu penyelamat dan mengimbangi keadaan masa itu adalah melalui pemberian MYkad kpd PTI/IMM dsb. Ini juga diakui oleh sdr asreemoro. Ini laba besar kpd pati lagi-lagi jika ada saudara mara mereka yg memegang tampuk politik di Sabah. Amat merisaukan.

Saya berpendapat cara politik mengikut suku atau daerah tidak memberi impak kepada pembangunan negeri Sabah. Cth yg paling jelas ialah palestin. Perselisihan politik Hamas dan Fatah memberi kelebihan kpd Israel. Hampir kehilangan negara pun masih bertelagah. Senario di Iraq sekarang ni pun sama. Selepas kejatuhan Saddam, tampuk politik puak sunni pun hilang. Sekarang ni pun masih bertelagah perebutan kuasa politik antara puak sunni, syiah dan kurdis. Kalaulah mereka bersatu, tak mungkin mereka dijajah oleh Amerika.

Senario politik di semenanjung dipegang oleh 3 kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Ketiga-tiga kaum tersebut hanya disatukan oleh satu kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Yang membezakan cuma parti politik (pembangkang atau pro kerajaan). Tidak ada isu pula yang menyatakan saya mewakili suku mendiling, jawa, minang, hokien, keling, telegu dsb. Politik kesukuan/daerah memberi peluang kepada pendominasi politik untuk menanguk di air yang keruh. Ini cuma pendapat saya sahaja.TQ

NAGA KINABALU said...

Kekadang bila saya mengingat ingati masa dapan anak2 kita benar2bikin takut juga akan tindakan Pemimpin2 kita yg berani dan berkuasa ni...Pemimpin2 kita yang sanggup memberikan IC dan PPR (perumahan Apartment)kepada rakyat asing yg telah d berikan IC ini benar2 membuatkan saya RAWAN HATI bah.....Saya inda tahulah pikiran kamu?...Tetapi tatacara ini benar2 tidak betul dari segi pemikiran saya....Bukan sahaja salah dari segi Kedaulatan Negara dan Undang2 Negara ini, tetapi ia bertentangan dari Perasan Jiwa d hati saya....Sewaktu saya menaip-naip Komen ini saya melihat TV ASTRO AWANI juga...Apa yg menyedihkan TS.Muhyidden Yassin (Menteri Pendidikan) telah meresmikan Maktab Perguruan D Tawau...Sajauh ingatan saya sebanyak mana Penduduknya D Tawau,Semporna,Lahad Datu dan Kunak ini kalau bukan PTI yg telah d berikan IC oleh pihak pemimpin Umno/BN ini dan JPN....!!! Mati betul2lah Rakyat dan orang2 kita d Negeri Sabah dan Negara Malaysia ini jika tidak ada jalan penyelasaiannya?.....Kalau d fikirkan baik2 senang sahaja bah ini untuk MENGHENTIKAN Pengaluaran IC ni....JPN saja JAWABANnya serta Pemimpin Umno/BN tidak boleh ikut campur d dalam Mengarahkan pengeluaran IC ini....

Anonymous said...

Salam,
Inilah dinamakan percaturan politik. Mcm main catur jugalah. Korbankan buah yang tidak bernilai untuk checkmate king. Sabah pun mcm itu jugalah. Mrk tau semangat sabahan ita ni amat kuat dan boleh mengancam kedudukan senario politik tanahair. PRU baru2 ini adalah buktinya. Saya pun tau bg pendapat bgmana meghentikan pemberian IC kpd PATI ni. Cuma saya ada satu jawapan saja buat masa ini-----gunakanlah jari-jemai mu sebaik2nya masa PRU akan datang.

Pendatang said...

Persoalan IC @ Mykad malaysia ini tidak boleh d samakan dengan Check mate pertandingan Catur ni kawan....Kerana ini adalah tanggung jawab kita selaku Rakyat Negara malaysia juga ni...Orang Negeri Sarawak dan Malaya tidak kebanyakan tahu akan perkara apa yg berlaku dengan pengeluaran Mykad Malaysia @ IC ini........Hanya orang2 Negeri d bawah bayu sahaja yg mengetahuinya.......Perjuangan kita belum selesai lagi....

Datu Rosmai said...

Sejak zaman pemerintahan Parti Usno,Berjaya dan PBS,Saya dapati Kg Tanjung Batu Laut,Kg Taritipan dan Kg Marasinsim masih ketinggalan menikmati sistem bekalan air yang sempurna daripada pemimpin yang silih berganti.Tolong beri perhatian masalah ini wahai Wakil Rakyat!!!