SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, November 13, 2009

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PESTA JAGUNG KOTA MARUDU

KOTA MARUDU, SABAH: Komuniti PERDARAH Kota Marudu dengan kerjasama Persatuan Thelesemia Kota Marudu dan Unit Bank Darah Hospital Kota Marudu akan mengadakan kempen derma darah sempena Pesta jagung 2009 mengikut ketetapan berikut: Tarikh: 21.11.2009 Tempat: Dewan Komuniti, Kota Marudu Masa: 9am-3.30 pm. Tolong hebahkan maklumat ini agar orang yang berkenaan dapat datang untuk menderma darah. "SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN"

7 comments:

DINAKAN said...

wah... ini satu usaha baik.

sanguru, saya telah menderma darah baru-baru ini semasa saya d beri kepercayaan menganjurkan program kempen derma darah untuk kakitangan awam d Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada 12 November 2009 (9.00am - 3.00pm) sambutan menggalakkan. Pada mulanya saya sasarkan bersama Pengarah QEH seramai 70 Orang sahaja. Namun, yang datang seramai 130 orang dan layak menderma seramai 108 orang.


kempen kesedaran ini membawa bnk makna kpd penderma dan yg nak menderma tetapi terhalang oleh pelbagai mslh, spt masalah wanita dll.

kalau warga kita d sebelah KK datang beramai-ramai. Warga Kota Marudu bila lagi...

AYUH... MASYARAKAT KU.. MENDERMA DARAH ADALAH SATU AMAL IBADAH.

MindaGuru said...

Satu usaha yang wajar dibanggakan...sekolah kamipun ada menganjur projek mulia ini dengan kerjasama pihak hospital dan masyarakat sekitar..

Kita tiada wang dan hartabenda untuk diderma, namun kita ada setitik darah untuk didermakan..

Bah warga KM ramai-ramai pi berbakti..

ming2elly said...

darah ini memang sangat diperlukan, terutama sekali yang mengidap penyakit TALASEMIA...

setiap bulan terpaksa check darah dan tambah darah... kadang2 tiada stok darah, terpaksa menunggu... menunggu... dan menunggu...

Anonymous said...

Kalau saya tidak ada Deibetes mau juga saya pi bagi derma darah saya bah Sanguru.......

Tulunbunou said...

Dari zaman sekolah lagi saya ingin menderma darah.. tetapi.. malang sungguh bagi saya kerana darah yang saya ada hanya cukup2 makan utk diri sendiri.Masih dalam usaha untuk meningkatkan kandungan darah supaya layak menderma.

SANGURU said...

tq. Bantu2 la promosi dan kempen ya. Mudah2an "SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN" jadi kenyataan. Membantu promosi juga satu amal jariah.

SANGURU said...

tq. Bantu2 la promosi dan kempen ya. Mudah2an "SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN" jadi kenyataan. Membantu promosi juga satu amal jariah.