SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, November 27, 2009

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN BAHAYA INFLUENZA A H1N1

23/11/09 (Isnin) Hospital Kota Marudu
Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang kedua Wabak Influenza A H1N1, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Marudu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kota Marudu dan Hospital Kota Marudu sempena aktiviti Ahli Lembaga Pelawat telah mengambil tindakan proaktif dengan menganjurkan Aktiviti Kempen Kesedaran Kesihatan Bahaya Influenza A H1N1  bertempat di Dewan Sri Posisang, Hospital Kota Marudu. Aktiviti ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yb. Anita Baranting, Adun N.5 Tandek.


Ketibaan YB.Anita Baranting dan rombongan disambut mesra oleh Dr. Rosfina Ghazali (Pengarah Hospital), En.Wasinin Duari (E.O) serta staff Hospital Kota Marudu.


Bersama Ahli Lembaga Pelawat, Yb. Anita Baranting,Dr.Rosfina Ghazali, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, wakil kampung,Staf Hospital Kota Marudu dan staf Pejabat Kesihatan Kota Marudu.

Yb. Anita Baranting menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Daerah Kota Marudu agar menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan awal Virus Influenza H1N1.

Selain daripada ceramah kesihatan tentang Influenza H1N1, AJK pelaksana telah memberi demonstrasi cara mencuci tangan dan pemakaian mask(topeng muka) yang betul kepada JKKK dan Ketua Kampung dengan harapan agar wakil dari kampung seluruh daerah Kota Marudu ini dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada anak buah masing-masing.


Peserta (Ketua Kampung) dari Kg. Teritipan mencuba cara yang betul memakai topeng muka.


Pengarah Hospital Kota Marudu menyampaikan cenderahati kepada Yb. Anita Baranting.
Peserta turut diberikan cenderahati mask (topeng muka) sebagai alat bantu mengajar.

2 comments:

maikong said...

sambutan mesra pengarah hospital km kepada yb, hendaklah d terjemah oleh kakitangan hospital itusendii..memberi sambutan mesra kepada para pesakit(tidak kira siapa)..

SANGURU said...

setuju tn maikong. Dan semoga kita terselamat dari gelora kedua yg mgkn lbh dahsyat. Amin...