SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 17, 2009

KENALI RESTORAN DI KM....

KOPI itu bikin ketagih. Lepak kedai kopi juga bikin ketagih tapi bukan merosakkan. Saya ada 3 station pekena kopi di KM. Restoran farghana, tempat dimana saya sering mendapat idea melukis kartun tentang penjaja2 kaki lima. Dan disini saya "melayan" sahabat2 kecil saya kalangan peniaga kecil2an dan restoran ini jugalah pernah menjadi "pejabat no.2" saya selama hampir 10 tahun, tempat pelajar PJJ "berguru" dengan sanguru. Yang kedua, Restoran bumiputra, tempat dimana saya harus melayan kategori kawan yang bukan NGO, yang ada "minat" yang sama dengan saya. Roti canainya pun sedap di sini, tapi susah nak tengok bola sebab taukehnya lebih suka tengok wayang Tamil...cerita Hindi... Yang ketiga, Rahaya Cafe tempat pertemuan dengan rakan2 Bloggers KM dan UtaraFM. Kadang2 saya singgah pekena kopi di Restoran Sedia menanti atau Sri Menanti kerana soto campur dan rojaknya sedap di sini tambahan pula ada wireless free. Kalau hari Jumaat ada menu nasi beryani. Cuma... kekadang saya "rimas" sedikit kerana restoran ini jadi tumpuan orang2 politik dan para kontraktor... Kalau bersama family pula, saya memilih restoran Izati kerana agak esklusif, menarik dan makanannya pun boleh tahan pada harga berpatutan. Seronoknya, di mana2pun, saya selalu kena belanja oleh kawan meja lain. Bila nak bayar, pelayan kata orang dah bayar. Rezeki. Mungkin juga mereka membalas budi, mungkin juga menabur budi, mungkin juga mengiktiraf, barangkali juga kasihan...

2 comments:

kyro said...

Masih ada ruang ka untuk Aeiza Cafe buka cawangan sana? hahaha

Saya selalu ke Rahaya Cafe kerana makanannya sesuai dengan citarasa saya dan taukenya juga ahli keluarga saya.Restoran Izzati pilihan kedua saya.

Apa-apa pun,syabas kepada rakan2 usahawan di KM dan didoakan agar terus maju.

SANGURU said...

boleh cari2 bah tu. Klu ada caw. Sy ajak semua kwn2 pindah port. Hehehe