SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 29, 2009

Kenapa Harus Sombong?

Soalan mudah, kenapa kita harus bersikap sombong? Sebagai seorang manusia yang berstatus hamba-NYA, rasanya tiada keperluan untuk kita mengamalkan sikap sedemikian. Walau sekaya, sehebat dan sekuat manapun kepermataan kita, tidak perlu sombong. Sebab kenapa? Kita ambil yang mudah sahaja. Jika kita perhatikan, sebenarnya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kita, dipenuhi dengan tahi. Rambut dengan kelumumurnya. Telinga, mata, hidung, gigi dan kuku dengan tahinya. Kulit badan dengan dakinya. Ini belum lagi termasuk bahagian perut yang kita memang sedia maklum akan kedudukannya. Sehinggakan apabila kita mati kelak, tiada siapa yang berani membiarkan jenazah kita terus terbiar di ruang tamu rumah. Waris terdekat pasti akan menguburkan kita. Mereka bukan sahaja takut dengan mayat kita, tapi baunya yang amat busuk (kecuali mereka yang diizinkan harum oleh-NYA). Wahai permata, sedarlah kita! Di dalam perjuangan mendobrak ketamadunan sesebuah bangsa, sikap sombong bukanlah tunggangannya...

8 comments:

maikong said...

sombong ini susah bah d lepaskan..setiap manusia pernah menjadi sombong/sentiasa sombong/pura2 sombong/kadang2 sombong..mau hidup.....

SANGURU said...

ttg sombong, ada nasihat para hukamah: jangan merendahkan diri di hadapan orang yang sombong, setidak2nya - tinggalkan saja orang yang sombong, sebaik2nya beri ia keinsafan dengan cara paling berhikmah.

Anonymous said...

sombong dan irihati selalunya membentuk satu pakej yang hanya akan menempa tiket untuk penyakit jantung, olehitu sayangilah jantung kita dengan menolak pakej ini.

Anonymous said...

Itulah sebenarnya MANUSIA....Sombong itu adalah satu tata cara kehidupan mereka.Orang yg sombong kalau menjadi pemimpin mudah tersungkur kedasar bumi.....

Umar al-Longobi said...

merasakan diri hebat, memang bagus kerana ia boleh memotivasikan diri dan meningkatkan keyakinan. tapi merasakan diri yg paling hebat (tanpa sebarang pertandingan), boleh menyemai bibit2 kesombongan. namun kedua2nya itu menjadi baik jika kita tidak lupa bhw yg memberikan kehebatan dan yg Maha Hebat itu hanyalah DIA.

SANGURU said...

arif sombong - iblis. Dia tahu, tp buat2 x tau kr merasa diri hebat dan orang lain tidak. Kerana mempertahankan kesombongannya itu rela ia engkar perintah Allah lalu menjadi laknatullah.
Bodoh sombong - manusia. Dah la x tau, tak mau tau kerana merasa diri dah tau bahkan lebih tau dari org lain. Ada jg yg tau diri tak tau tapi kerana sombong sanggup mengaku serba tau. Yang kasihan - mereka yg tak tau bahawa dia tak tahu tapi menyombongkan diri.
Adakalanya saya gagal mengawal diri lalu TERmenyombongkan diri, ttg itu saya memohon maaf. Sesekali/kdg2 saya sengaja "menyombongkan diri" namun percayalah - saya ada alasan munasabah dan ianya dibenarkan oleh agama. Saya risau, orang akan anggap saya benar2 seorang yg SOMBONG...maka sekali lagi saya memohon maaf

Anonymous said...

Terasa kee Sanguru?.........

Umar al-Longobi said...

Anon (December 2, 2009 11:54 PM),

Sbg makluman tulisan ini bukan ditujukan kpd sesiapa secara khusus (kecuali disebutkan namannya). Jauh sekali rakan2 penulis di dlm SAM. Tulisan2 sy yg lain juga demikian. Pertama, sy tujukan kpd diri sy sendiri. Selebihnya kpd sesiapa yg ingin mengambil manfaat drpnya.

Selamat maju jaya!

nota: biasanya org yg mengaku dirinya sombong, adl org yg TIDAK sombong.