SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, November 12, 2009

KESEDARAN DIDAHULUKAN...

Saya sedang mengulangkaji sejarah revolusi perancis yang merubah landskap sosio-politik Eropah dan dunia amnya. Rumusan yang saya boleh buat ialah "Bapa kepada perubahan adalah kesedaran". Di akhir abad ke-18, revolusi Perancis adalah akibat kesedaran. Antara pelopornya ialah Voltaire. Bapa kesedaran, bapa pembebasan. Namun Perancis atau Eropah bukanlah indung (ibu) kepada revolusi/perubahan kerana hakikatnya tamadun lain lebih dahulu mengetengahkan konsep kesamaan hak, keadilan, kebebasan. Eropah hanyalah penyambung dan penyubur ajaran itu, dan mereka telah menjadi idol kini. Tahniah. Namun sayang sekali, selepas kejayaan revolusi yang menyaksikan Louis ke-16 dipancung, negara itu bergolak dan berdarah. Rakyat kembali merindui kestabilan sosial. Mengapa ini berlaku? Tak lain tak bukan ialah kerana pemimpin bukanlah kalangan bapa kesedaran sebaliknya aktor2 politik/revolusi yang sebenarnya inginkan kuasa dengan sistem baru. Mereka lari dari semangat dan prinsip asal revolusi yang diajar oleh guru kesedaran, bapa hak rakyat dan kebebasan manusia. Inilah yang harus kita renungi. Belajar dari sejarah.

4 comments:

MindaGuru said...

Ngam tuan, apabila kita lupa sejarah banyak perkara yang "tercicir" yang sepatutnya menjadi milik dan hak. Memang ketamakan kuasa yang tuan sentuh banyak menimbulkan kerosakan dan kehancuran..sesebuah negara.

Salam perpaduan..

SANGURU said...

mcm ada "sejarah pahit" sija tuan ini. Hehehe. Bah, belajar kita sejarah mengajar kita mengejar sejarah baru!

DINAKAN said...

sejarah mengajar kita ttg masa depan. Bila sejarah d lupakan maka rosak lah masa depan.

sejarah itu d ungkapkan sebagai;
'sejarah berulang kembali'
'sejarah tinggal kenangan'
'itulah sejarah'

SANGURU said...

buat sejarah BARU bahhhh...baru dikatakan sejarah...jom!