SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 10, 2009

KWAPM BANTU PELAJAR MISKIN

SMK TANDEK, KOTA MARUDU, SELASA: Pihak sekolah telah menyempurnakan pembayaran bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) kepada para pelajar tingkatan 1 yang layak dan lulus menerima bantuan tersebut. Dalam amanat ringkas pihak pentadbiran, ibubapa diingatkan agar ANAK DIDAHULUKAN, YANG LAIN2 DIKEMUDIANKAN untuk memastikan bantuan tersebut benar2 mencapai matlamat pihak penyumbang. SMK Tandek merupakan penerima teramai bantuan tersebut berbanding sekolah menengah lain di daerah ini yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk miskin di NG Tandek masih tinggi.

6 comments:

DINAKAN said...

apa kata tuan, kalau kita cadangkan KWAPM di gantikan dengan SKIM BANTUAN 1MALAYSIA?

hehehe...cadangan ja ba tu, tapi saya dah kemukakan kpd pihak berwajib semalam, siap dengan kertas nya.

ala... mcm dermasiswa atau biasiswa.
harap2 d terima dlm meeting dorg tu, sbb mcm kita ni siapalah kita, cuma mampu memukat d laut ja.

SANGURU said...

sdr. Dinakan yang dikasihi,
saya x blh komen kerana belum melihat draf/kertas cadangannya.
Yg pasti "1Malaysia" skg dah meresap di pemikiran rakyat berkat "pengulangan". Sesuatu yg selalu diulang2 baik lisan atau apa jua cara akan menjadikan sesuatu itu terkenal dan menawan. Falsafah orang amerika ada menyatakan "sesuatu yg salah, akan dianggap benar jika selalu diperkatakan/diulang2". Saya x kata "1Malaysia" itu salah, saya maksudkan ttg konsep "pengulangan". SAM pendokong 1Malaysia.
Setakat ini, pihak kami para pendidik mendapati KWAPM memang banyak meringankan beban anak2 miskin. Membantu juga keluarga miskin. Mengelak lebih ramai keciciran.
Saya sering mengajak ibubapa dan pelajar agar terus berdoa agar rezeki para korporat/dermawan terus meningkat agar mereka dapat terus menyumbang kepada dana amanah itu. Selagi ada dana, selagi itulah ada bantuan.
Apapun, jika ada perubahan, dan perubahan itu lebih baik, sayalah insan pertama akan menyokong. Jika sebaliknya, eloklah dimurnikan lagi. Dan jangan lupa meminta pandangan kepada pakar/yang benar2 memahami dan mengalami. Mereka lebih tahu kekuatan dan kelemahan. Namun usah bertanya kepada sang pengampu dan sang penakut kerana MEREKA AKAN MEMBERI MAKLUMAT PALSU DAN MERUGIKAN.

Tuhan, lahirkanlah lebih banyak orang kaya yang dermawan. Lahirkan jua lebih ramai intelek yang jujur dan berani. Lahirkan jua lebih ramai pemimpin yang sayang rakyat...AMIN.

MindaGuru said...

Betul itu tuan..KWAPM salah satu usaha kerajaan untuk bantu "pelajar miskin." kita hanya mengharapkan agar pihak pelaksana dan pemilih benar2 telus agar mereka yang berhak mendapatnya dan tidak dinafikan hak mereka..yang tidak layak itu patut tidak dapat..

SANGURU said...

setakat ini, pihak KPM khususnya sekolah berjaya mengurus/melaksanakan amanah pihak penderma itu. Kalau agensi lain diberi tugas/amanah rasanya akan timbul lebih banyak birokrasi dan "ketirisan".
Syabas kerajaan kerana ada inisiatif sehingga terwujudnya dana namun ucapan setinggi2 tk dan doa khusus kepada para dermawan yang menyumbang dana tersebut.
(kepada politikus, harap jangan politikkan KWAPM dan jangan sesekali mencampuri urusan pengurusan dana amanah itu. Biar yg diamanahkan jalan tugas. )

DINAKAN said...

1. Mengapa d masukkan perkataan 1Malaysia? kerana konsep dan nilai dalamannya yg menarik bagi pelajar dan ibubapa sekiranya d beri penghayatan secara menyeluruh.

2. Cadangan bentuk bagaimana? ianya berteraskan pembasmian kemiskinan rakyat luar bandar dan jurang perbezaan dlm bandar.

3. Konsep Cadangan? ianya merupakan satu konsep gabungan daripada dermasiswa dan biasiswa Yayasan Sabah, Yayasan Pok Rafeah dan Yayasan Al-Bukhari.

4. Strateginya? agihan kepada semua murid yg benar2 memerlukan bantuan kewangan dan kebajikan berdasarkan statistik paras kemiskinan dan kajian separa miskin.

5. berlunaskan apa? ianya berlunaskan syariah seperti bentuk agihan baitulmal dan zakat berbentuk harta atau kewangan.

6. Apa nilai dalamannya? Darisegi memupuk semangat memartabatkan ilmu sebagai teras utama kehidupan. Antaranya, semua pembayaran sekolah mahupun belanja keperluan hakiki d terbitkan menggunakan bantuan tersebut iaitu, peperiksaan, buku teks, buku rujukan, komputer riba dan wifi, pakaian sekolah dan makan-minum.

7. Bagaimana munculnya idea cadangan tersebut? pandangan dan keluhan masyarakat negeri sabah, sarawak, kelantan dan pahang.

8. Cara penyampaian bantuan? diberikan kepada semua pelajar YG LAYAK SAHAJA (benar2 miskin dan keluarga x kemampuan) dalam RMK-10 (2011-2015).

SANGURU said...

bagus. X jauh bezanya dengan KWAPM. Ttg nama saya x brapa kisah. Semoga yang baik bertambah baik dan diurustadbir oleh orang/pihak yg baik2 demi kebaikan rakyat malaysia.