SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 8, 2009

Masalah pendatang tanpa izin di Sabah perlu penyelesaian mutlak.

07/11/2009 10:24pm
KOTA KINABALU 7 Nov. — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, masalah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah yang sudah berlarutan sekian lama perlu penyelesaian mutlak. Beliau berkata, setakat ini belum ada penyelesaian konkrit atau tindakan serius diambil bagi mengatasi masalah itu. Tindakan penyelesaian yang diambil sebelum ini hanyalah bersifat sementara dan tidak berterusan. Kita masih melihat PTI berkeliaran di kawasan bandar dan juga luar bandar. "Mereka bersikap seolah-olah negeri Sabah adalah tanah air mereka sendiri. Tidak kurang juga dalam bidang-bidang perniagaan yang telah diambil alih oleh golongan ini termasuk bersaing untuk merebut peluang pekerjaan orang tempatan di negeri ini,” katanya. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kongres ke-24 PBS, di sini malam ini. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online

20 comments:

maikong said...

ya memang dari dulu lagi huguan siou pairin berusaha benar utk menyelasaikan masalah PTI sabah ,tetapi masalah ini tiada penghujungnya..kita harap juga pemimpin lain dlm PBS..seperti MP km bersuara kembali dgn TEGAS..seperti yg dia buat semasa PBS menjadi pembangkang.....

Umar al-Longobi said...

Kita minta semua ADUN & MP di Sabah bersatu, bersgh2 dan konsisten. Mereka harus memainkan peranan sebagai steering di dlm mendepani kemelut PTI yg sudah bangas dan berkulat ini. Jika tidak, punahlah masa depan negeri kita.

SANGURU said...

org perseorangan/sekroni di JPN dan org perseorangan/sekroni politik yg punya angkara. Ini bukan fitnah. Tak caya cuba rujuk kes mahkamah N13 Likas, KK.
Apa nak buat, perkara dah lepas. Tindakan seterusnya, pembaikan dan pembenterasan bersama.
MASA DEPAN DITANGAN KITA PRIBUMI.

Anonymous said...

please2, take srious about this issue... my parents especially my mum always cmplain me about this matter.. how can the PTI goes around for free and one thing that i extremely can't deal with is how can be easily for them to open any selling place in km even though their have no id even cert or pssport.(who knows, right??) i wanna ask u guys, did all seller espcially in KM is mostly come from amoung us, means that all of them really born in KM atleast sbah(native) or PTI ??.. who can guarantee me about this and i expect some proof and don't just by saying it.. wokey...i'm out...

orchardrace said...

Saya rasa ada satu laman blogspot yg kalian perlu tgk dan perlu ambil perhatian berkaitan dengan isu tersebut. Please http://tausugglobal.blogspot.com

Anonymous said...

Terima kasih Sdra Umar kerana memuatkan Ucapan Presiden PBS d SAM...Ucapan Datuk Pairin tu bagus laaa tetapi bukannya soal PTI yg datang dan memasuki kenegeri ini yg Rakyat negeri Sabah bimbangkan.Masakan Datuk Pairin tidak ingat semenjak belum lagi PBS ujud pada Pilihan Raya Kecil d Tambunan beberapa puluh tahun yg dulu lagi masih Kerajaan BERJAYA kita memperjuangkan Kebatilan yg d lakukan oleh Datuk Haris Salleh....Persoalannya kita Rakyat Negeri dan Negara ini (Khasnya Kekhuatiran rakyat negeri Sabah yg hirau akan Penganugerahan IC).....yang ada pada hari ini khasnya anak2 muda d SAM semuanya ini adalah inginkan PEMBERHENTIAN TOTAL PENGANUGERAHAN MYKAD MALAYSIA dari negeri Sabah ini YB Datuk....Tentang kebanjiran PTI itu perkara yg kedua...Yg kami tidak mahu adalah PEMBERIAN IC (MYKAD MALAYSIA)kepada warganegara Asing yg semakin ramai d negeri ini.......Pls tolonglah anak bangsa Negeri ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak......Hentikanlah perkara yg merugikan negara ini...Betulkah Negara malaysia ini sebuah Negara yg sudah kaya raya? Berjuta juta orang PTI d berikan Mykad Malaysia ini bukanlah satu Tindakan yg Bijak dan Pintar...Sekalipun kita mahu Membanyakkan bilangan Manusia yg beragama Islam d Bumi Malaysia ini....Sebagai orang Islampun saya membantah sekeras kerasnya tindakan Pihak2 tertantu ini....

maikong said...

anony 10/11@1223
sampai begitu sekali kah, malaysia ini utk meramaikan bilang org yg beragama Islam di bumi malaysia ini....

Anonymous said...

Maikong kata2 itulah yg mereka katakan kepada Pemimpin negeri Sabah masa dulu2 dan pengusulan itu juga perancangan Pemimpin onmu/be end (JPN itu bidang kuasa Kerajaan Negeri kah atau Kerajaan Persekutuan?)...Kan bermulanya Datuk Pairin melawan Datuk Hariss (BERJAYA masa tu)sewaktu BERJAYA tu bermulanya pemberian IC tu......D tambah lagi PBS jadi Kerajaan negeri pada waktu itu (tahun 1985. Masa tu lah pengeluaran IC tu mencacah berjuta juta keping sampailah ke hari ini.Era Datuk Musa Aman ini lebih teruk lagi Pakistan dan India lagi d berikan begitu sahaja. Sebenarnya perkara ini salah dari hukum Islam itu sendiri...Tetapi mereka rela melanggar hukum dan undang2 Islam itu sendiri, Jadi Maikong apakah kita wajib memberikan undi pada PRU Ke-13 nanti kepada BN???.....!!! Kalaulah saya Datuk Pairin saat2 akhir semasa Berkempen pada PRU Ke-13 saya tarik diri daripada BN sekali lagi....Baru mereka tahu bagaimana hati saya luka kerana perbuatan mereka membodoh bodohkan orang negeri d bawah bayu ni.....

Anonymous said...

klau kita brilmu, kta tidak akan mudah diprbodohkan..trust me.. :).. warga KM yg sy sangat2 hrmati n syg pun boleh juga :), sedar la yg kita tidak akan kekal lama jika asik duduk diam brpeluk tubuh, bgai katak di bwah tmpurung, apa yg brlaku diluar sana, kita xtahu sdngkan diluar sna ada lebih bnyak cabaran2 besar yg bakal dihadapi. sma ada kita mmpu hadapinya atau tidak, ianya brgantung kepada kebijaksanaan kita. so, timba la ilmu sbnyak mngkin, knapa la klau trpaksa ke ngri china skli pun :).. (Stu je harapan sy kepada slruh rkyat mlysia, wjud kan jumlah generasi 100% celik ilmu..) pnduduk d pedalaman2 sbah, kluar la mnuntut ilmu, melalui penguasaan ilmu shaja yg mampu mnjamin ksjahteraan masa depan ngri kita sabah dan skali gus mlaysia.

Anonymous said...

klau kita brilmu, kta tidak akan mudah diprbodohkan..trust me.. :).. warga KM yg sy sangat2 hrmati n syg pun boleh juga :), sedar la yg kita tidak akan kekal lama jika asik duduk diam brpeluk tubuh, bgai katak di bwah tmpurung, apa yg brlaku diluar sana, kita xtahu sdngkan diluar sna ada lebih bnyak cabaran2 besar yg bakal dihadapi. sma ada kita mmpu hadapinya atau tidak, ianya brgantung kepada kebijaksanaan kita. so, timba la ilmu sbnyak mngkin, knapa la klau trpaksa ke ngri china skli pun :).. (Stu je harapan sy kepada slruh rkyat mlysia, wjud kan jumlah generasi 100% celik ilmu..) pnduduk d pedalaman2 sbah, kluar la mnuntut ilmu, melalui penguasaan ilmu shaja yg mampu mnjamin ksjahteraan masa depan ngri kita sabah dan skali gus mlaysia.

NAGA KINABALU said...

Yah betul juga tu Anon 6:54,

Tetapi kadang2 attitude Bangsa kita ni dari species mana pun juga mereka, biasanya mereka mengutamakan Perut dan kedudukan mereka terlebih dahulu dari Negeri dan Hak Rakayt dalam negeri/Negara ini....Kerana Ekonomi Bangsa kita tidak kukuh d samping Pendirian dan kekurangan mampannya pendidikan d dalam Agama....D Negeri Sabah ini Tidak akan ada peristiwa yg memalukan seperti Lompat Parti demi untuk meraih Pangkat dan kedudukan jika ekonomi setiap yg bergelar Manusia itu mempunyai ekonomi yg kukuh........

maikong said...

sama sekali saya tidak menyangkal fakta anony November 10, 2009 5:08 PM/NAGA kinabalu...setahu saya Datuk pairinlah salah seorg yg berjuang menghapuskan pemberian ic palsu dan ic tulen..namun selepas masuk semula BN inda kedengaran sudah dia org,,..terutama Datuk Max..

NAGA KINABALU said...

Pada EGM kemarin PBS Datuk Huguan Siau berkata lain...Soal PTI d benteras....Bagi saya PTI itu biarpun berpuluh ribu sehari memasuki kenegara ini melalui Sabah saya tidak paduli....!!! Yg kita paduli adalah JANGAN D ANUGERAHKAN/DIBERIKAN MYKAD MALAYSIA......Memberikan IC ini bukan sahaja MENJAHANAMKAN Negeri Sabah tetapi Negara Malaysia.Memang PBS tidak boleh lagi BERCAKAP bilang orang2 d Tawau "NGAK BISA LAGI BICARA" Maikong...Kan kalau bercakap Biji masing2 sudah d Peggang kuat2...Contoh terdekat C Dr Max...Kan dia duduk d sebelah PM 1Malaysia...Langsunglah dia tdk boleh bercakap...Mungkin jarang2 dia melawat sudah ke KM mengkalikan...? Maikong cuba ko tengok dan amat2ti baik2...Berapa ramai bekas YB dan Pemimpin kanan PBS yg masih ikut dan bersama PBS lagi? Kebanyakan mereka ikut TS.Bernard Dompok d UPKO bah...Kerana kalau mereka ikut PBS memang mereka d makan oleh C Dr.Max. D samping itu juga Presiden PBS menjaga Kroni2 dan Family dia sahaja dan Kawasan Tambunan sahaja...Ko lihat lah sendiri dan fikir2kanlah........

maikong said...

naga kinabalu:betulll bosku...loghat indon twu....
kana pegang bah bijinya...

Tuan Cobra said...

Saya amat2 bersetuju dengan pendangan oleh Anon 12:23am,Anon 5:08pm dan NAGA KINABALU tu. Permasaalahan kita rakyat negara ini khasnya penduduk negeri Sabah bukanya kehadiran PTI sebenarnya... Kalau hanya kehadiran dan kedatangan PTI ini kita tidak perlu risau, Biarlah berjuta orang setahun nda apa2 lah. Apa yg membuat dan membikin fikiran kita rimas ni adalah "PEMBERIAN MYKAD MALAYSIA" tu bah.....Kalau sudah PTI ni d anugerahkan IC maka status PTI tu bukan lagi PTI !!! Tetapi status PTI yg d berikan IC tu menjadikan ia sama taraf Bumiputera dan Warganegara negara Malaysia....Mereka sama2 "HAK" sudah dengan saya,Sanguru dan Maikong serta Rakyat Negara ini...Mereka sudah dapat membina Station Minyak Petronas,Anak2 d orang sudah boleh memohon menjadi Chegu,Polis,Askar,Imigresen,Kastam,JPJ dan Jawatan2 yg penting pun d dalam negara ini mereka boleh mohon....YB sudah pasti mereka boleh bertanding (Contoh terdekat Dr Patawari)....jika mereka sudah berpendidikan...Berapa Ribu Kelas d Sekolah Rendah dan Menengah d negeri Sabah ini yg terpaksa mereka pakai dan gunakan? Kementerian Kesihatan berapa banyak ubat2an yg mereka gunakan? Banyak lagi peluang yg d orang ambil dari Bumiputera negeri ini...Siapakah Pemimpin BN d negeri ini yg boleh bersuara kearah kebenaran? PBS,UPKO??? MIC,GERAKAN dan MCA? mereka hanya tukang AMPU saja tu.....UMNO jangan bilang lah mereka yg banyak MENJAHANAMkan institusi Kehakiman dan Perlembagaan Negara ini,Harus BN dan Parti2 d dalam BN ingat "PUCUK TIDAK AKAN SENTIASA BERADA D TENGAH2",Sampai masa ia akan ketepi juga...Insyallah !!!

Tuan Cobra said...

D dalam Negara d Dunia ini hanya Kerajaan BN (KERAJAAN MALAYSIA)sahaja yg mengeluarkan IM13 untuk Pelarian dan PTI yg datang kenegeri Sabah...Bererti Kerajaan kita ni adalah 1 Kerajaan yg sama sekali tidak "TEGAS" keatas PTI...Apa maksud Kerajaan Malaysia masih mengeluarkan IM13 sehingg kehari ini untuk "KONON" Pelarian sahaja dari Southern Philippine ini? Untuk penghasilan Kerajaan atau untuk menembahkan Warganegara negara ini? Apa untungnya memberikan KEWARGANEGARAAN kepada PTI/Pemegang IM13 ini? Kerajaan Philippine masih menuntut sebahagian Kawasan negeri Sabah ini sebagai Jejahannya....Benar2kah Kerajaan Malaysia ini sebuah Kerajaan yg Kayaraya dan Pemimpinnya Pintar dan Bijak? Fikir2kanlah.............Ingatlah Anak,cucu dan cicit kita !!!

Anonymous said...

kalu tiada PTI tiadalah baitu pemberian mykad malaysia.lain seritalah kalau pTI itu diangkut masuk ke sabah

Anonymous said...

Pokoknya pemikiran pemimpin negeri Sabah ini bukan Anon tdk tahu kan semenjak belum merdeka lagi sudah ada perasaan kurang senang menyenang d antara 1 suku ke 1 suku bah...Makanya pemimpin negeri ini senang2 d divide and role oleh d orang dari sebarang tu nah....Masing2 mau kedudukan lihat saja pergelutan d antara Tun Mustpha dan Tun Fuad (Sebelum beliau Converted ke Muslim)...(Zaman USNO & UPKO).......Sekarang kesemua Parti dari negeri ini kena Picit biji masing2 oleh pemimpin dari sebrang baru padan muka kamu.....Parti komponen d Sarawak pemimpin dari sebarang tidak boleh main2 dan picit biji pemimpin d Sarawak...Kerana d orang d Sarawak kepimpinan mereka fikiran tidak BODOH bah...!!!

Anonymous said...

Anonymous said...
kalu tiada PTI tiadalah baitu pemberian mykad malaysia.lain seritalah kalau pTI itu diangkut masuk ke sabah
November 12, 2009 8:56 AM
Anon: HARUS KO LIHAT DAN INGAT BAGUS2 ANON, INI PEMIMPIN UMNO PUNYA CERITA BAH...PTI ITU HANYA TINGGAL PTI BAH KALU PEMIMPIN TERSEBUT TIDAK MENGURUSKAN PENGELUARAN IC TU....MEREKALAH DALANG PENGURUSAN DAN PEMBERIAN IC INI SEMASA PILIHAN RAYA UMUM YG LALU2 SEBELUM PBS BENAR2 KALAH DAN
UMNO MEROGOL PEMERINTAHAN NEGERI SABAH......

SANGURU said...

ulsan yg nampak keras namun masih menampakkan kelembutan jiwa. Saya sependapat, org susah (PTI) ada caranya menolong atas dasar kemanusiaan namun satu kesalahan/dosa pula kalau langgar undang2 wpn undang2 itu buatan manusia. Tetap salah kalau main culas. SAYA SUKA DAN BOLEH TOLONG ORG SUSAH, SIAPAPUN IA, TAPI SAYA TIDAK LAH AKAN MENOLONG SEMUA PERKARA JIKA IA MELEBIH2 KERANA SAYA TIDAK MAHU HAK DIPERMAINKAN.
Ingat, tiap bangsa ada wilayah/negeri/negaranya dan masing2 berhak menjaga atau menjadi tuannya. Ada org kata, "cinta negara/pertahan negara sebahagian daripada iman"