SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, November 30, 2009

MASIH ADAKAH YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

RUANGAN PENULIS TAMU
Oleh: MindaGuruSabah
Seorang pengarah sebuah syarikat terkemuka terjatuh dan akhirnya stroke. Dia sudah 7 malam dirawat di unit ICU sebuah hospital swasta. Saat orang lain terlelap dengan mimpi indah, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah dan berkata "kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.Tetapi jika tidak, itu bererti kau akan meninggal dunia". Si pengarah menjawab.."kalau sekadar 50 orang itu sangat mudah, jumlah pekerja aku sahaja sudah melebihi 1000 orang".
Tepat pukul 11.00 malam, malaikat kembali mengunjunginya;dengan bangga si pengarah bertanya, "adakah esok pagi aku akan pulih?, pasti banyak yang berdoa buat aku", dengan lembut malaikat berkata, "wahai anakku, aku sudah berkeliling aku mencari suara hati yang berdoa buatmu, tetapi sampai saat ini hanya 3 orang yang ku temui iaitu isterimu dan 2 orang anakmu". Malaikatpun menunjukkan satu layar besar yang memperlihatkan isteri dan anak2nya yang sedang khusuk berdoa dan menangis. "Ya, Tuhan, aku tahu kalau selama ini suamiku bukanlah suami dan ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populoriti dan menaikkan namanya saja, untuk menutupi perbuatanya yang salah di hadapanMu. Tapi tolonglah pada anak-anak yang Engkau berikan pada kami, kerana mereka masih memerlukan seorang ayah". Doa isterinya yang tidak putus-putus memohon kepada Tuhan dengan linangan air mata. Melihat peristiwa itu,timbul penyesalan si pengarah kerana ketidakjujuran terhadap isteri dan anak-anaknya selama ini.Dia menyedari betapa besarnya cinta dan pengorbanan isteri dan anak-anaknya.
Dengan sedihnya si pengarah bertanya Apakah antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, teman seorganisasiku yang berdoa buat kesembuhanku?. Jawab Malaikat, "Ada..beberapa mereka berdoa buatmu tetapi tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, salah guna kuasa dan bukanlah pihak atasan yang baik"....
Ketika masa menunjukkan jam12.00 tengah malam, tiba-tiba si Malaikat berkata "anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buat kesembuhanmu".
Dengan hairan, si pengarah itu ingin tahu siapakah 47 orang itu. Malaikat menjelaskan bahawa itu ialah sekumpulan anak yatim yang berada di sebuah Pusat Asuhan Anak Yatim yang pernah engkau lawati dan beri bantuan beberapa bulan yang lalu. Malaikat itu menambah, dia tahu tujuannya untuk memberi bantuan berkenaan adalah untuk populariti agar mendapat perhatian daripada kerajaan dan masyarakat.
Bagaimanapun, setelah salah seorang daripada anak yatim itu terbaca tentang pengarah yang terkena stroke dan sudah 7 hari berada di unit ICU melalui suratkhabar, dan yakin bahawa pengarah inilah yang telah membantu pusat asuhan mereka, lalu bersepakat untuk berdoa buat kesembuhanmu.
Ps:Teman2..bagaimanakah sikap kita terhadap isteri dan anak2?, bagaimanakah sikap kita terhadap rakan sekerja, bawahan kita ataupun kaum kerabat kita? dan masih adakah orang yang akan mendoakan kita apabila kita memerlukannya?
Cerita ini disampaikan oleh KETUA saya semasa Mesyuarat Staf Akhir Tahun persekolahan 2009. Ia mungkin sekadar rekaan semata-mata tetapi mempunyai mesej yang amat bermakna.

11 comments:

Anonymous said...

motivasi yang baik untuk direnungi

bersyukurlah kalau masih ada insan yang mendoakan untuk kesejahteraan, sebagai hadiah kerana kisah silam yang amat berharga.

Umar al-Longobi said...

amat menginsafkan. selamat mengoreksi diri masing2...

Gaaman said...

Elok juga paparan ni.
Perlu diingati bahawa khidmat bakti yg diberikan dgn hati yg ikhlas pastinya akan diingati(dgn doa). Tapi sekiranya khidmat yg diberikan itu 'penuh dgn tipu muslihat' juga mendapat balasan berupa "kutukan"..

Anonymous said...

salam..

ketika sy sakit tenat ibu saya pergi ke madrasah dan kemudian bersama pelajar2 penghafaz alquran yg juga ada diantaranya anak2 yatim bersolat hajat dgn linangan air mata mereka memohon kpd Allah membantu sy yg terpisah beribu kilometer..alhamdulilah sy sudah pun pulih tanpa disangka dengan bgtu cepat. Allah adalah tuhan ArRahmaan yg sentiasa mengkabulkan doa2 permintaan org2 yg dalam kesusahan sekalipun hamba itu tidak beriman/tidak percaya kpd Dia sebagai Pencipta apa yang ada di bumi dan dilangit. Subhanallah..

Hamba Allah maaf zb

SANGURU said...

cerita yg sangat baik. Tazkirah berguna. Tk.

Anonymous said...

MGS, Tazkirah anda adalah yg terbaik dan meninsafkan kita2 c pembaca yg punya hati...Teruskan menulis dengan Iman dan fikiran yg positif ke arah Ummah d KM/Tandek.......

SANGURU said...

hehehe. Kita pernah sakit...berapa orang mendoakan atau bertanya khabar? Ada tiga kemungkinan. 1. Mereka tak tahu. 2. Mereka x sayang kerana kita tak ikhlas (macam kes cerita) ini. 3. Memang mereka sudah terukkk...
Terus teranglah, dlm banyak perjuangan dan persahabatn dan sebagainya, tidak ramai yang boleh betul2 ikhlas dlm perjuangan dan persahabatan. Justeru, aku tidak sudah terlalu mengharap kepada sesama manusia...namun aku masih dan suka memikirkan kemanusiaan kerana itu antara sumber kegembiraanku. Aku juga tidak mahu kisah sangat syurga atau neraka, namun aku tak pernah putus asa mengharap redhaNya...
"TANPA KEREDHAANNYA, KITA TIADA APA2..." - SPT CERITA INI, JIKA IA BENAR, MAKA KEREDHAANNYALAH ITU YG PADA AKHIRNYA MENYELAMATKANNYA.

SANGURU said...

sekadar perkongsian:
Kami anak beranak adalah "keluarga NGO". Selalu juga saya dan isteri melepas lelah sambil berkata - duniawi semua ni tp klu ngam cara jadi ukhrawi. Memang penat tp apakan daya, jiwa dan kecenderungan di situ2 la. Amun nia kite, sien lagi bilang orang bajau...
Sukarelawan mmg x mengharap apa2 dari manusia bahkan satu peringkat - tak terfikirpun balasan dari Tuhan. Namun sedangkan para nabi/rasul pun kekadang mengeluh dan ada yg hampir mengalah...bila lampau banyak dan berat tentangan, tohmahan, kritikan, dll...
Tengoklah mcmna, mungkin kecenderungan akan berubah dlm bbrapa tahun mendatang.
manalah tau aku memilih menjadi orang "gila" - naik ke timbunan sampah lalu berkata "INILAH PUNCAK DUNIA"...
(MAAF, TULISAN MSG BEGITU MERANGSANG. AKU TERANGSANG UTK IKUT BERDIKIR...)

Anonymous said...

Berkesan menginsafkan...teruskan MGS

kyro said...

entry yg sangat menginsafkan....tahniah dan teruskan perjuangan.

MindaGuru said...

Saya sendiri dpt pengajaran drp cerita ini. Kadang2 pengajaran melalui cerita2 lebih memberi kesan,walaupun sederhana tetapi lebih ampuh. Alangkah baiknya juga anak2 dihidang cerita2 yang bernilai sejak kecil.

Thks untuk semua.