SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, November 4, 2009

Pancing Atau Ikan?

Satu dua hari ini dada SAM diwarnai dengan cakap-cakap tentang sumbangan khususnya kepada penduduk Kota Marudu yang miskin. SAM amat bersyukur kerana walaupun dengan dana yang agak terhad, berkesempatan juga untuk menyumbang. Ianya kebetulan selari dengan prinsip Ahli Perniagaan antara terkaya di Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau berprinsip bahawa tidak perlu menunggu hutang berjuta itu dilangsaikan, baru hendak menderma. Beliau khuatir ajal sampai dulu sebelum hutang berjaya dibayar sepenuhnya. Alhamdulillah, prinsipnya ini membuatkan perniagaannya semakin membesar dan insya-Allah diberkati. Namun dalam bab memberikan sumbangan ini, yang manakah lebih baik. Adakah "pancing" atau "ikan"? Umum mengetahui bahawa pendekatan "pancing" itu lebih baik daripada "ikan". Justeru, siapapun kita samada pemimpin atau yang dipimpin harus menggunakan pendekatan yang lebih baik ini. Maksudnya adalah, dalam bab membangunkan rakyat dan negara janganlah kita mengamalkan pendekatan "ikan" semata-mata. Ini kerana pendekatan itu bukan sahaja hasilnya tidak berpanjangan, malah jika silap percaturan bisa melahirkan masyarakat yang pemalas. Berilah mereka pancing, ajar mereka memancing dan motivasikan mereka agar gigih memancing. Saya yakin, jika kaedah ini digiatkan maka akan lahirlah masyarakat Kota Marudu yang rajin berusaha, berdaya saing dan produktif. Nota: Harus diingat, tidak semua orang mampu memancing (kes khas). Bagi golongan ini, mereka wajar diberikan ikan sepanjang masa sesuai dengan kemampuan si pemberi.

3 comments:

SANGURU said...

klu dikasi ikan, ambil bah.
klu dikasi pancing, ambil bah.
kalau dibawa mancing, ikut bah.
klu ada tempat mancing, MEMANCING bah yukkk...

Perlu flexible kita yunggg klu mo maju...

Umar al-Longobi said...

Sebagai penerima, tidak menjadi masalah menerima semuanya selagi membawa kebaikan dan tidak bercanggah dgn prinsip kebenaran. Tapi sebagai pemberi yg mempunyai hasrat membawa kemajuan, pendekatan "pancing" itu lebih berkesan dan menguntungkan semua pihak.

Anonymous said...

Wah mcm ikan Tuna yg kami dapat d Davao hari tu Sanguru......