SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 14, 2009

Sekilas Tentang Penyampai Ikon

Baru sebentar tadi Pengetua Kolej Penyampai Ikon, Pn. Yusanani Yushak mengumumkan penangguhan program realiti RTM, Penyampai Ikon. Sebanyak enam orang finalis telah berentap, berbekalkan kekuatan masing-masing. Dari segi gender, peserta wanita lebih ramai daripada lelaki iaitu 4 berbalas 2. Untuk rekod, daripada kira-kira 6000 orang yang menghadiri sesi uji bakat di seluruh negara, hanya 17 orang yang berjaya memasuki Kolej Penyampai Ikon. Dan daripada 17 orang itu hanya 6 orang yang berjaya ke peringkat akhir. Namun, hanya seorang yang dinobatkan sebagai Penyampai Ikon. Ternyata, ikon itu adalah seorang wanita. Izinkan saya selitkan satu pertanyaan, adakah pada umumnya wanita itu lebih petah daripada lelaki? Atau...
Sebenarnya kepetahan berhujah, kematangan berfikir dan penampilan yang karismatik merupakan antara faktor kemenangannya. Harus diingat, bukan penyampai sahaja yang perlu memiliki ciri-ciri itu. Semua orang harus memilikinya terutama yang bercita-cita untuk mempermatakan dirinya. Tahniah kepada pemenang! Saya secara peribadi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada RTM di atas kejayaan penganjuran tersebut. Bagi saya, program Penyampai Ikon merupakan antara program realiti TV yang terbaik dan berjaya memperkukuhkan modal insan rakyat Malaysia. Jikalau sebelum ini kita pernah disajikan dengan Akademi Fantasia, Akademi Nasyid, Akademi Al-Quran, Anak Wayang, Malaysian Idol, One In A Million dan yang terbaru Penyampai Ikon, adakah selepas ini Pemimpin Ikon akan dilancarkan?

2 comments:

maikong said...

pemimpin IKON mungkin masih samar..tetapi peminat IKON berlambak..

Tulunbunou said...

Terima kasih di atas paparan ini.Pemimpin Ikon? hehhe....