SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 21, 2009

PERDARAH KOTA MARUDU BERBAKTI LAGI

DEWAN KOMUNITI, KOTA MARUDU: Komuniti Perdarah Kota Marudu berjaya menganjurkan kempen derma darah sempena Pesta Jagung KM. Program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden PERDARAH MALAYSIA, En. Padan Sigar dan Setiausaha Agung, En. Firdaus Abdullah serta penaung PERDARAH KM, Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah KM. Kempen kali ini berjaya mengutip darah daripada 45 penderma berbanding 48 orang pada Pesta Menuai Mei lepas. Kempen Derma Darah ini diakhiri dengan acara penyampaian hamper kepada penderma terawal, terakhir, terbanyak, termuda, tertua, teristimewa (grup darah yang sukar ditemui) bagi kategori wanita dan lelaki. Semua hamper disumbangkan oleh Eiza Cafe, milik staf SAM, manakala hampir keseluruhan kos operasi disumbang oleh Urban Storm Sdn. Bhd dan beberapa individu dermawan sekitar KM dan juga ahli AJK sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas dan tahniah d atas daya usaha bersungguh sungguh persatuan PENDARAH KM........

SANGURU said...

tq

kyro said...

Tahniah.Inilah yang kita mahu.Teruskan perjuangan.