SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 24, 2009

Pesta Jagung - Meriah tapi.....

Pada hari Sabtu dan Ahad lalu (21 dan 22 november 2009) saya telah berkesempatan untuk mengunjungi Pesta Jagung Kota Marudu.Selama dua hari berturut-turut saya berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu untuk sama-sama memeriahkan pesta ini. Syabas diucapkan kepada pegawai daerah Kota Marudu dan semua yang telah berusaha keras untuk menjayakan pesta ini.Pesta yang bukan saja berciri hiburan tetapi cukup informatif. Perjalanan jauh saya tidak sia-sia kerana berbagai informasi dapat saya kutip disini terutama sekali ilmu yang berkaitan dengan pertanian dan teknologi. Cuma apa yang agak mengecewakan adalah pemilihan tapak pesta.Tapak dimana gerai pameran dibuat tiada masalah tapi tapak dimana gerai-gerai para peniaga menjalankan perniagaan adalah sangat tidak sesuai dan daif.Kasihan sungguh melihat para peniaga terpaksa menjual barang dagangan mereka dikawasan yang berlumpur.Saya yakin mereka adalah peniaga kecil yang mengharap untuk mendapat sedikit 'durian runtuh' dipesta ini, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Laluan pejalan kaki yang kecil dengan keluasan 2 kaki lebar itu terlalu sempit dengan gerai jualan terletak di kiri dan kanan. Seperkara lagi,pihak MOSTI telah membuat pameran yang sungguh hebat dengan pegawai-pegawai bertauliah yang bukan calang-calang orang.Sepatutnya kehadiran mereka dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Kota Marudu untuk mendapatkan informasi tentang bio-teknologi dan nuklear.Pihak pejabat daerah Kota Marudu sepatutnya mewar-warkan kehadiran mereka (Pegawai2 MOSTI) kesekolah-sekolah seluruh Sabah amnya dan sekolah-sekolah di Kota Marudu khasnya supaya pihak sekolah boleh mengambil kesempatan membawa murid-murid melawat sambil belajar ke pameran MOSTI. Apa itu Bio-teknologi? Apa itu nuklear atau renewable energy? Apakah kepentingan bio-teknologi dan nuklear dalam pertanian? Bagaimanakah Kota Marudu boleh mendapat manfaat dari kecanggihan teknologi ini? Sedih rasanya jika pameran MOSTI ini berlalu begitu saja. Berikut saya ingin memberi beberapa cadangan untuk pesta jagung yang akan datang.Jika bersesuaian terimalah jika tidak pun ini sekadar cadangan. 1. Tapak pesta - mungkin pejabat daerah perlu menyediakan tapak pesta yang lebih luas dan bersifat kekal kerana pesta jagung adalah acara tahunan.Saya cadangkan pekan Tandek dipilih untuk tapak pesta ini dan mungkin bolehlah dinamakan "DATARAN TANDEK".Tapak ini nanti boleh juga digunakan untuk acara-acara seperti Pesta Menuai,sambutan Hari Malaysia, Maulidur Rasul,Maal Hijrah atau Krismas dan Tahun Baru Cina. 2. Acara - saya melihat di pesta jagung yang baru lalu,jagung tidak begitu terserlah.Sangat sukar untuk mendapatkan bekalan jagung kecuali jagung bakar yang dibuat oleh TOBISA.Malah ada pengunjung yang bertanya pada suami saya "Pakcik...dimana kau beli tu jagung rebus?".Saya cadangkan di pesta akan datang lebih banyak gerai menjual jagung disediakan.Insya Allah saya juga akan buka satu gerai untuk jual produk berasaskan jagung. 3. Masih lagi berkaitan acara - hampir semua pesta di Sabah Ratu Cantik mesti ada.Pesta Jagung juga tidak ketinggalan dengan Ratu Jagungnya.Ketika puan pegawai daerah membuat ucapan dan menyentuh tentang ratu jagung saya terdengar antara lain kata-kata beliau "....fesyen pakaian berasaskan jagung".Oleh kerana ini adalah kali pertama saya menghadiri pesta ini maka saya sangat teruja untuk melihat fesyen berasaskan jagung ini.Namun saya sangat kecewa kerana apa yang dipamerkan hanyalah wanita-wanita seksi yang berpakaian agak menjolok mata dan tidak sedikit pun mempunyai ciri-ciri jagung seperti yang di war-warkan.Maka cadangan saya di pesta akan datang acara ini ditukar kepada PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM BERASASKAN JAGUNG yang terbuka penyertaannya kepada semua golongan lelaki dan wanita samada seksi ataupun tidak.Saya yakin pesta ini lebih meriah dengan kehadiran lelaki kimaragang berpakaian ala-ala koboi yang diperbuat dari kulit-kulit jagung. 4. MOSTI - Saya yakin selagi Datuk Dr Max menjadi ahli parlimen kita maka selagi itulah pihak MOSTI akan terus dibawa ke Kota Marudu.Oleh itu pihak sekolah jangan lepaskan peluang untuk mengadakan lawatan sambil belajar.Beri peluang kepada anak-anak kampung kita mendapat pendedahan yang sangat berfaedah ini.

16 comments:

IsOn said...

Setuju. Harap dapat diambil perhatian oleh pihak berwajib.

SANGURU said...

ini barulahhhh...
harap di take noted dan di take action demi memantopkan lagi PJ (pesta jagung).

Anonymous said...

Salam,
Saya masih nda paham kenapa pesta jagung dan bukan pesta padi?Kenapa jagung diberi fokus. Adakah sebab Malaysia masih mengimport jagung dan kota marudu ingin jadi pengeluar utama di Malaysia. Sedangkan kita ketahui padi adalah makanan utama dan kota Marudu adalah daerah kedua yang mempunyai keluasan penanaman padi selepas kota belud dan berpotensi sebagai jelapang padi borneo. Adakah kota marudu merupakan daerah pengeluar utama jagung di Sabah/Malaysia? Kalau buat pesta padi, pesawah kota marudu akan mendapat manfaat. Mungkin mendapat peruntukan memperbaiki infra seperti pengairan, bantuan subsidi, pemindahan teknologi, penggunaan varieti berhasil tinggi, pengurusan perosak dan penyakit yang betul, racun yang betul, pembajaan yang betul bla..bla...bla. Saya rasa petani kota Marudu perlu dibawa melawat ke Tg. Karang, Sekinchan, Sabak Bernam dimana rata-rata petani boleh dapat hasil tuaian 8-10tan/ha. Ini disebabkan faktor infra dan pemindahan teknologi yang betul. Dibandingkan dengan pesawah di Sabah yang masih ketinggalan dengan kemudahan infra. Masalah penyakit merah yang tidak berkesudahan, masalah pipit, masalah air, bantuan kerajaan dsb...

Betul2 nda paham la. Wahai pemimpin KM buka la minda dan cari lah dimana kekuatan daerah pimpinanmu. Buatlah pesta yang betul memberikan impak besar kepada daerah KM.

P/S: saya ada juga membeli jagung di gerai tepi jalan mengaris. Apalo dan x manis.

kyro said...

Anonymous,
Betul juga cakap ko tu sebab rata2 jagung yg d jual d km kecuali jagung pulut dibawa dari tuaran.Jagung manis yg d jual dlm gerai pameran MOSTI hari itu pun dari Tuaran kwn saya pula tu yg jual...adehhh...malu saya oo

Jagung bakar tepi jln mengaris pun diambil dr tuaran.Kwn saya buka ldg jagung 60 ekar sana.

Kota Marudu boleh teruskan Pesta Jagung dengan syarat betul2 ada jagung keluaran KM lah

kyro said...

Sangguru,Doc,
Kita perlu tapak pesta khas bukan saja untuk pesta jagung tapi bnyk lagi acara2 lain.Boleh juga anjur Tamu Besar atau sukan rakyat.Bnyk aktiviti boleh buat sekaligus menjadi tarikan kpd org luar utk datang dan menjana ekonomi orang2 kita d KM.Mungkin Sangguru boleh ketengahkan cadangan saya ini.

Gaaman said...

syabas KM atas kejayaan penganjuran Pesta Jagung minggu lepas. Biasa la tu, mana2 penganjuran pesta/perayaan ada saja yg kurang, yg penting usaha dan tindakan telah dibuat. Setahu saya tidak ada pekan/kota/kampung di Sabah(mungkin juga di Malaysia) ini yg pernah menganjur pesta jagung selain KM. Malah KM sudahpn dikenali sebagai daerah yg ada aktiviti jual 'jagung bakar'.

Dengan kata lain 'Jagung' sudah menjadi sebahagian 'identiti' KM. Diharap pesta ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Anonymous said...

Anony 11.30 n Pn Kyro,

Sebelum Pesta jagung sy ada buat ulasan tentang KM yang patut dikenali dengan nama pestanya pesta padi. Alasan sy sama seperti anony 11.30. Padi lebih menonjol di KM. Namun, di kalangan pengulas ketika itu, ada yang mengatakan bahawa, telah wujud Pesta Kaamatan di Sabah. Mungkin alasan ini agak boleh diterima tapi masih boleh diperinci.
Sy ingin berkongsi pengalaman sy bersama keluarga ke pesta jagung baru2 ini. walaupun, hanya berkesempatan sampai ke pesta ini pada hari ke-2, namun suasananya tetap meriah dan disesaki ramai pengunjung..Buktinya, kami susah dapat parking. Seperkara yang membuatkan sy sedikit terkilan bilamana mak2 saudara sy tidak dapat membawa balik sejumlah kilo jagung manis untuk majlis nikah makcik bungsu..Hehe..kunu2 mo kasi makan sanak sedara.. Harapan untuk mendapatkan jagung dengan harga berbaloi di pesta tidak kesampaian. Begitu juga hajat makan jagung free ( hehe ) kerana pesta membakar jagung sebanyak 5000 tongkol hanya dimulakan pada jam 4 dan kami tidak sempat menikmati waktu itu.
Syukurlah dalam perjalanan balik masih ada jagung2 manis dijual di tepi jalan..dapatlah beli sikit..
Sy tidak bermaksud, menilai pesta ini sebagai suatu pesta yang kurang berjaya kerana, secara langsung pesta ini telah menggamit ribuan pengunjung yang telahpun menukar wang2 mereka dengan apa sahaja jenis barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan di pesta ini khasnya dan daerah KM amnya.
Mungkin harapan sy dan keluarga melihat lambakan jagung di pesta jagung terlalu tinggi menyebabkan kami sedikit kecewa..tapi, it's okay...Harap di tahun hadapan ada penambahbaikan.
Sy setuju dengan usul pn Kyro. Cadangan pakaian beragam tu memang kreatif sekali gus mengelakkan pengekploitasian wanita..
Apa2pun..Tahniah KM..

SANGURU said...

hmm, bukan sy memuji daerah sendiri namun hakikatnya daerah ni mmg tanah pertanian. Tanamlah apa saja, selalunya boleh tumbuh dan subur (klu dijaga, dibaja). Maksud sy, daerah ini mmg berpotensi dijadikan daerah pertanian utk komoditi negara (jelapang ekotani). Ini juga cara paling praktikal bebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan. Dah jenuh sy ckp pasal ni. Hehehe...
Dulu, maruduo (nama lama Kota Marudu) pernah jd pengeluar tembakau cerut terbaik dunia. Tu zaman belanda mengusahakan tembakau di KM. Mengapa tidak sekarang?
Bukan saya kondem pemimpin atau kerajaan. Saya hanya mengingatkan semula, mana tahu terlupa, atau hilang arah.
Cuma 1permintaan saya, jika KM dijadikan daerah komoditi pertanian, harap bukan orang luar/kompeni luar yang MAKAN BESAR di KM...
Ttg pesta jagung, teruskan. Dah popular pun...cuma eloklah galakkan org KM tanam jagung. Nda manis bah import2 dari daerah jiran. Dan utk meyakinkan orang tanam Jagung, kena ada input2nya termasuk jaminan pasaran.
Maaf jika saya keterlaluan...

Anonymous said...

Salam,

tanam jagung unuk sara diri saya rasa tiada masalah tp kalau komersial cara farm banyak R&D lagi yang kena buat terutama postharvest, agronomic practices dan penyakit. Varieti jagung di Malaysia tiada masalah kalau rajin bertanya dengan pihak berwajib.

Saya setuju sangat kalau KM jadi daerah komoditi pertanian macam negara Belanda. KM oleh jadi macam center of nasional food security. Pembangunan dan industri memang penting kpd negara tapi perut tetap kena isi. TQ

Anonymous said...

sETAHU SAYA kilang Feed Mill di Labuan mengimpot jagung spt dari Thailand dan negara lain sebagai sebahagian bahan mentahnya. Kenapa? = jagung kita tidak cukup banyak dan tidak konsisten pengeluarannya? Mungkin juga kerana mahal harganya jika dibandingkan jagung dari Thailand - mungkin boleh dibuat kajian.

kyro said...

Terima kasih diatas komen2 yg membina, inilah yang kita cari.sama2 kongsi idea.Syabas semua.

Mungkin perlu diwar-warkan disini bahawa KPD membeli jagung repuh (jagung kuda yg sudah tua) dari pekebun kecil.Harga saya kurang tahu boleh tanya terus ke pejabat KPD KM.Setakat ini yg saya tahu ada 2 org saja pengusaha jagung di KM, 1 di kg Damai dan 1 lg di kg Garuda.Tetap sajalah bekalan tidak cukup kan.

Anonymous said...

Salam,

Keperluan jagung negara sebenarnya amat tinggi, tidak mencukupi dan masih perlu mengimport dr luar. Potensi untuk mendapat laba memang ada untuk warga KM. Terpulanglah samada mau tanam jagung untuk makanan ternakan atau manusia. kita ada varieti jagung yang mampu memberikan hasil yang baik. So tiada masalah dari segi varieti. Yang menjadi masalah adalah kos pengeluaran jagung adalah tinggi berbanding dgn hasil pulangan. Sebab tu Malaysia mengimport jagung untuk makanan ternakan dari luar sebab lagi murah. Kalau jual jagung fresh untuk manusia lebih menguntungkan dari segi pulangan. Kalau di Cameron Highland 3 tongkol dlm lingkungan rm10.

Banyak sebenarnya masalah penanaman jagung di Msia terutama cuaca, musim kering yang tidak menentu dan penyakit. Sebab itu kurang company besar yang berminat invest untuk tanaman ini. Mungkin thailand ada musim kering yang konsisten dan teknologi postharvest dan pengeringan mrk lebih baik. Ini cuma pengetahuan am sahaja, kalu mau tanya lebih lanjut tanya pakar jagung.

P/S: dulu ada cadangan agar padi digunakan sebagai makanan ternakan masa harga jagung naik. Tapi sekarang harga jagung turun sikit, cadangan tersebut pn senyap sajala.

Anonymous said...

salam untuk semua pembaca SAM. saya x masalah dgn pemilihan PESTA JAGUNG sbg ikon utk km. tp mereka2 yg berwajib perlu la lbh serius dlm menjadikn daerah ini betul2 hub pengeluaran jagung d sabah n msia amnya. klu setakat mengadakn poesta sja nti org (terutama yg dtg dr luar) akn tertanya2 apa rasional pesta ini diadakn d daerah ni. YB Datuk Seri Dr. Maximus perlu 'menseriouskn' perkara ini agak tidak menjadi bahan jenaka pula! kopitamanan.

Anonymous said...

Anon 4:57 pm, Saya amat2 bersetuju dengan pendangan anda.Memang benar tu pesta Dwi atau pesta Tamu besar setiap tahun ni bukanlah amat2 penting sengat baah...Yg terpenting tu adalah perancangan MP/ADUN tu sendiri kepada Rakyat d Kawasannya...Terytamanya Perancangan dan Pembangunan yg boleh menaikkan Ekonomi rakyat/pengundi d Kawasan tersebut.....Tema Jagung ini memang bagus lah, Kerana betul juga kata2 Anon2 d atas yg Jagung d Malaysia ni masih lg d Import dari luar negara sebenarnya.Nah d sinilah kesempatan MP/ADUN KM/Tandek berbincang dengan pakar2 ekonomi apa yg akan d buat dari hasil Jagung ini....Dr.Max tau bah macam mana nak buat perancangan ni...Ayu lah bangu lah..Gendang semangat sudah d pelu berpuluh puluh tahun dah oleh Kerajaan.....D mana dan mana hasilnya?....Yg nampak hasil Pertanian d Negara ini ialah SAWIT sahaja.....

SANGURU said...

inilah bentuk komen2 yg selama ini sy tertunggu2. Percambahan idea yg bagus. Kurang bantai membantai. Harap cara begini dipraktikkan terus dlm SAM. Tq kpd semua terutama anonymous yg bagus bangat idea dan saranannya. Tq

Anonymous said...

Itulah sia bilang pada Sanguru d Post keluaran Farmville "5" Sanguru tu.....Saya ini bukan sadja pakar Provokasi tetapi boleh juga mengangkat Jubur Snguru sampai kelangit...Tetapi kebanyakannya dengan kata2 yg serious lah...Saya suka dengan permasalaahan Rakyat yg sebenarnya.Dan tidak suka akan permasaalahan PERIBADI seseorang.....