SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 28, 2009

RESOLUSI ANAK MARUDU...

Oleh: Tekong SAM Http://yomogun.blogspot.com KOTA MARUDU selain antara daerah termiskin di Malaysia juga antara kawasan Parlimen yang bergelora dari aspek politik. Lebih menyedihkan, teraju kepimpinan lebih kerap dan lebih lama diterajui oleh "orang luar" baik dalam UMNO mahupun PBS, namun sejak kebelakangan ini sudah ada tanda2 penambahbaikan berkat kesedaran dan toleransi atau "sedar diri" (?). Saya sering bertanyakan pendapat dan mendengar komentar berbagai pihak dari berbagai parti termasuk orang awam dan staf kerajaan tentang cara memperkasakan politik dan seterusnya meningkatkan kemajuan/pembangunan di daerah ini. Berikut saya kemukakan tiga resolusi yang paling popular: 1.Persempadanan baru mesti dibuat dengan mengembalikan DUN N5 Tandek dan N6 Langkon seperti sebelum ini kerana saiz yang sangat besar (lebih besar dari Perlis) sangat tidak praktikal untuk memajukan kawasan ini tambahan pula percantuman itulah yang mengakibatkan "perseteruan" antara orang Langkon dan orang Tandek bersaing menjadi pemimpin di N5 Tandek yang ada sekarang. Dua DUN baru ini pula selayaknyalah diberikan kepada PBS kerana ini memang quorta dan kubu kuat PBS, namun tinjauan mendapati, pemimpin PBS hendaknyalah bersikap adil kepada parti2 komponen BN yang lain kerana inilah sebab utama mengapa komponen BN khususnya UMNO dan UPKO melobi hebat mendapat kerusi di kawasan ini. Sehubungan dengan itu maka adalah menjadi tanggungjawab pucuk pemimpin PBS memilih calon/pemimpin yang baik dan prihatin serta adil bukan hanya kepada PBS tetapi juga rakan komponen BN lainnya. Menurut mereka lagi, adalah tidak manis bagi UMNO terus mendesak satu lagi kerusi kerana UMNO Sabah sudah terlalu banyak kerusi (termasuk kerusi yang dahulunya diduduki oleh "orang lain"/parti lain)... 2. Jika syor No.1 diterima, maka PBS hendaklah sedaya upaya mencungkil dan mengetengahkan para pemimpin muda anak watan Tandek dan Langkon kerana menurut pendapat umum, barisan sedia ada bukanlah yang terbaik di jiwa rakyat. Barisan sedia ada perlu dimantopkan lagi kerana parti lain sedang berusaha mengetengahkan pakej kepimpinan yang lebih kompetatif dan menawan rakyat. kemudian dari itu, pendapat umum juga mengkehendaki agar Langkon dan Tandek diwakili oleh anak watan tersebut, terutamanya Tandek yang hampir 20 tahun dipimpin oleh "non-Tandekian". Jika ini dapat dipenuhi maka saya optimistik, orang Tandek khususnya bangsa Kimaragang tidak akan "bising" lagi (memang wajar mereka BISING selama ini, terutamanya saya!) 3. Kedudukan DS Dr. Maximus J. Ongkili? Tinjauan pendapat mendapati dua pandangan yang kontras. Satu pihak ingin beliau angkat kaki dengan beberapa alasan yang saya fikir kurang manis untuk saya dedahkan di sini. Satu pihak lagi lebih toleran, menurut mereka,beliau tidaklah wajar disingkirkan begitu sahaja hanya kerana beliau bukan anak watan Kota Marudu, kerana walaupun beliau bukan anak watan Kota Marudu, namun atas status orang lama di P168 KM dan telah sinonim dengan kawasan ini, tambahan pula beliau kini Tim. Presiden Parti PBS, dan seorang yang berpengalaman dalam berbagai portfolio. Pun demikian, mereka berharap beliau lebih memberi fokus kepada memajukan rakyat (modal Insan) dan kawasan, kembali kepada semangat asal/dulu2, maksud mereka, semangat sebagai sahabar rakyat sepertimana parti PBS mula2 berkuasa (mengalahkan Parti Berjaya) dulu. Mereka berpendapat bahawa KM belum membutuhkan seorang menteri penuh semata2 tetapi seorang inovator dan motivator kepada rakyat kecil yang masih ketinggalan... Demikianlah antara resolusi anak-anak Marudu (bukan SAM) yang ingin melihat kestabilan, kerukunan dan kemajuan. Sejauhmana kebenaran dan kesesuaian resolusi tersebut, sama2 kita pertimbangkan....

12 comments:

SANGURU said...

Ingatan: artikel ini mengandungi berbagai perkara yang mungkin berbeza dengan pandangan kendiri berdasarkan perspektif/parti/kroni. Adalah diharapkan setiap pembaca dapat menggunakan pertimbangan secara rasional dan dapat mengawal diri dari membuat andaian semata2. Tk.

Anonymous said...

He he he he...Awalnya Sanguru membina benteng pertahanan g2 yah...Mau jadi ADUN Tandek ini mestilah beranikan diri benar2 bah anak muda.... Wahai Sanguru bagi saya Kerajaan Negeri seharusnyalah memberikan kebenaran dulu mengujudkan semula akan kerusi Adun N.6 Langkon yg mereka hilangkan dulu tu...Bererti kalau d kembalikan ada N.5 Tandek dan N.6Langkon MP P.168 KM lah...Calon bagi N.5 Tandek teng..teng..teng jatuh kepada En.Androd Sadian @ Mohd Reda Abdullah (Presiden SAM & NGO Negeri Sabah...)....N.6 Langkon ialah YB.Anita Beranting dan MP P.168 YB.DS.Dr Max semula....Habis perkara.....Setujukah Sanguru? Kalo setuju saya bantu anda dan SMS Presiden PBS,Besok saya ada makan malam sama dia....K

maikong said...

cadangan saya minta kebenaran dulu dari persekutuan(PM)..klu mau ubah balik persempadanan ADUN n.5/n.6..kerajaan negeri tiada kuasa/..rujuk federal...

SANGURU said...

sy hanya memaparkan apa yg sering dikatakan oleh orang ramai. sy juga ingin membantu mengusai setakat yg saya mampu. Jika keadaan ini berlarutan, satu kerugian besar kepada rakyat N5 Tandek (gabungan dua kawasan).
Jika pihak atasan BN khususnya DS Najib membaca resolusi ini haraplah dipertimbangkan utk kebaikan rakyat. Kalaupun misalnya DUN Langkon hanya diwujudkan dgn syarat diberi kpd UMNO, itupun masih baik berbanding sekarang. Yang penting "YANG BESAR DIKECILKAN AGAR MENDAPAT LEBIH BESAR KEUNTUNGAN DI PIHAK RAKYAT".

SANGURU said...

usah begitu bah tuan (anon 9:10 am), sy menulis semua ini bukanlah untuk menjadi calon.
Tak perlulah sms Dtk Pairin atau DS Maximus, saya dah lama sms mereka berdua TTG SESUATU PERKARA.
Makanlah dengan tenang ya tuan, kirim salam saja kpd Dtk Pairin. Katakan semula apa yg pernah saya katakan padanya: "apa ertinya kemenangan jika rakyat tidak gembira."...
Tq.

Umar al-Longobi said...

Bagi sy ini 1 tulisan yg amat bertanggungjawab dan cermat. Ianya harus mendapat reaksi yg hangat drp anak2 Marudu. Secara peribadi sy tiada masalah dgn resolusi ini. Ianya wajar dan adil kpd semua pihak. Kalau dilihat dlm skala yg besar, memang membincangkan isu persempadanan di KM ini semacam kurang keperluannya. Ini kerana masih banyak isu besar negara yg lain sehinggakan rontaan di daerah kita tidak kelihatan. Tapi harus diingat, sebagai anak Marudu kitalah yang wajar bising dan terus menerus menyuarakan hasrat rakyat terbanyak. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Oleh sebab itu, individu2 yg berani menyuarakan isu2 spt tulisan ini harus dipuji dan diberikan sokongan. Bukan diperli. Tidak ramai yg berani...

Tahniah tuan Sanguru!

Anonymous said...

Usul Persempadanan semula adalah d buat oleh pihak Pemimpin d Peringkat Daerah...Kalau dulu2 semasa Umno/BN 80an mahu menjatuhkan PBS dari pemerintahan negeri, pemimpin2 Umno setiap Kawasanlah yg benar2 berkuasa untuk mengusulkan/melorek sempadan Kawasan DUN/MP ni d ubah dan d tambah.Yg meluluskan adalah Dewan rakyat dan SPR......Umno/BN pasti mau kerana mereka sekarang ini benar2 nyawa2 Ikan d Malaya...Pastinya Pemimpin 1MALAYSIA berkehendakkan banyak tambahan Kerusi MP...Tetapi setiap pengubahaan sempadan ini kalau tidak silap saya d buat 5 tahun sekali jika ada keperluan....

SANGURU said...

sudah lama persempadanan baru itu dan boleh dikaji atau disempadan baru. Sy menyokong usul ini bkn kr politik ttp utk kawasan dan rakyat.

Anonymous said...

berapa ramai yang berkata itu dan ini diluar sana, tetapi tidak ramai yang sanggup menghadapi risiko kerana keberanian mengetengahkan suara rakyat hanya kerana tidak bersetuju dengan cara...

suara rakyat adalah suara keramat, suara yang boleh menentukan teraju dan jangkahayat seorang pemimpin. apa guna pemimpin yang penakut, akhirnya rakyat yang rugi...

SANGURU said...

ttg keperluan, bagi saya, sangat perlu utk pembangunan. Bayangkan kalau perlis misalnya hanya ada 1Adun 1Parlimen, agaknya boleh maju seperti sekarang?
Maaflah klu pemikiran saya sengaja tidak menggunapakai taktikal politik atau percaturan politik , sebagai antara rakyat, kami hanya mahu pembangunan, kalaupun tak sama macam negeri/daerah/adun lain memadailah kalau tidak terlalu jauhhhhhh tercorotttttt...
Rakyat Didahulukan bukan?

SANGURU said...

sy bkn org politik tapi saya bersahabat dengan org2 politik berbagai parti, melalui persahabatan itulah maka artikel ini terhasil. Paparan ini dibuat untuk memberi gambaran realiti di KM agar pihak kerajaan dapatlah kiranya membuat penambahbaikan agar negara ini menjadi negara yg terkenal dengan keadilan, kesaksamaan.

Anonymous said...

Salam,
Baik satu atau dua Dun, kalau pemimpin tiada kepimpinan dan wawasan, kekurangan idea, kodok bawah tempurung dsb, KM akan dari dulu kini dan selamanya. Kalau mau jadi YB semata-mata utk glamor, kuasa dan faedah serta timbunan kekayaan yang bakal dikecapi akan masih tiada pembaharuan.