SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, November 5, 2009

SABAH NEGERI MERDEKA?

Salah satu prasyarat utama Sabah bersetuju untuk menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 ialah Sabah akan kekal diperintah secara autonomi. Dewan Undangan Negeri Sabah telah diberikan hak dan kuasa untuk menentukan dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri. Persoalannya, sejauh manakah kuasa autonomi ini benar2 wujud di Sabah? Adakah para pemimpin Sabah khususnya sekarang masih bersemangat untuk mendapatkan kuasa autonomi ini atau hanya seperti hangat2 tahi ayam? Dan apakah rakyat Sabah sendiri juga masih mahukan kuasa autonomi ini? Daripada senarai di atas, satu-satunya yang masih nampak sedikit autonomi pada ketika ini ialah imigresen Sabah. Itupun hanya tertumpu kepada pas yang perlu dimiliki oleh penduduk Malaysia bukan Sabahan sebelum memasuki Sabah. Itupun juga dipertikaikan oleh banyak pihak terutamanya oleh para pemimpin dan penduduk Malaysia luar Sabah yang jahil terhadap sejarah pembentukan Malaysia. Alasan yang sering dikemukakan ialah pas tersebut kononnya menyukarkan proses perpaduan. Mereka lupa bahawa suami isteri yang tinggal sebumbung pun ada yang tidak 'berpadu'. Sistem bukan penghalang perpaduan. Perpaduan hanya dapat dicapai apabila pihak yang terlibat saling menerima perbezaan masing2 tanpa rasa curiga yang mengancam keselamatan dan ketenteraman. Ketika penubuhan Persekutuan Malaysia, hanya Sabah yang menghantar memorandum persetujuan kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak) yang mengandungi 20 perkara seperti yang sering disebut orang. Sarawak tidak menghantar, tetapi pada dasarnya bersetuju dengan Sabah. Kenapa politik Sabah harus 'diceroboh' oleh kerajaan pusat sedangkan Sarawak tidak? Jawapannya amat mudah, untuk menggagalkan kuasa autonomi Sabah. Hari ini, nasib dan masa depan Sabah masih dalam dilema. Hak autonomi Sabah dirampas. Bahkan kekayaan Sabah semakin kering disedut keluar, sedangkan anak watan Sabah sendiri terus menderita penghinaan kemiskinan dan kemunduran. Saya tidak menafikan bahawa sebahagian kemusnahan itu disebabkan oleh ketamakan segelintir kalau bukan kebanyakan pemimpin Sabah sendiri. Lagu Sabah Tanah Airku masih sering dinyanyikan, menceritakan autonomi Sabah, tetapi adakah kita benar2 telah 'Merdeka Sepanjang Masa'? Saya masih melihat rakyat Sabah menjadi hamba di bumi sendiri. Cuba kita hayati senikata lagu 'Sabah Tanah Airku' dan masing2 tentukan sama ada cerita ini adalah sebuah hakikat atau hanya dongeng si Luncai. Sabah tanah airku, Negeri kita yang tercinta, Pemuda-pemudi semua marilah, Bangunlah bersatu semua. Marilah bersama serta maju jaya, Merdeka sepanjang masa, Bersatu segala bangsa sentosa, Sabah negeri merdeka. http://kimaragangwagu.blogspot.com

15 comments:

SANGURU said...

SABA...R...SABA...H...

Umar al-Longobi said...

Sabar & terus bergerak...

Kemerdekaan sepanjang masa itu akan dapat direalisasikan sekiranya barisan pejuang yg ikhlas bekerja utk rakyat dan negara sentiasa ada dan bersiap siaga.

Tulisan yg bagus!

Gaaman said...

Diharap melalui tulisan seumpama ini, generasi muda 'org kita' memahami sejarah negeri Sabah.

Dgn pengetahuan yg itu nanti, tindakan selanjutnya perlu diambil agar "hak" kita yg selama ini 'disorok' dapat dikeluarkan dan ditunaikan(dilaksanakan).

Anonymous said...

sy sangat bersetuju dengan sttement ni.. tpi, ini semua jga brgantung kpada kesedaran tentang hak kita oleh pnduduk setempat khususnya rakyat sbah, tingkatkan pengetahuan trutama dari segi pndidikan. ilmu itu penting, kemajuaan ssebuah masyarakat itu brgantung kepada kebijaksanaan mereka mentdbir negara mreka serta jujur dalam pmerintahan atau dalam menjalankan tugas mereka. kita hanya mampu bersuara dan memberi pendapat dengan beebekal kan ilmu yang kukuh. tingkatkan kesedaran tentang penting nya ilmu(pendidikan), dengan itu kesedaran tentang hak kita oleh pnduduk sbah itu sndiri dapat dipertingkatkan. dan ketika itu la kita boleh berfikir scara rasional tentang hak kita dan suarakan dgn tepat dan bijak tentang apa yg ptut jadi hak milik kita, tingkatkan perpaduan di kalangan kita tidak kira kaum dan agama. :)... ini hanya la pendapat dari sy k, apa yg sy dapat lihat, masih bnyak kawasan2 pedalaman terutama d sabah masih jauh ketingalan trutama dari segi pndidikan. kbanyakan pduduk kawasan pedalaman masih tidak begitu mementingkan soal pndidikan, apa yang penting bagi mereka ialah asalkan mreka dapat teruskan hidup tampa sebarang masalah sudah memadai sedangkan mereka boleh dapat lebih dari itu jika mereka sedar tentang hak mereka semua.. lgi pun, sampai mana kita mampu bertahan dengan hanya bersikap seperti ini..skrang mungkin boleh, tpi bagaimana degna generasi-generasi sabah yang akan datang..thanks...

Anonymous said...

Saya fikir semua pemimpin Sabah tahu dan sedar akan hal ini. Tapi mereka semua ini buat-buat tidak tahu saja.Cakap mereka tahu tapi tiada juga tindakan...

Anonymous said...

Apa maksud Ison d perintah secara Autonomi? Negeri Sabah pada masa ini bukan sahaja d Jejah hancur oleh Pemerintah yg ada pada hari ini...Malahan Perancangan untuk menjahanamkan negeri ini secara tidak langsungpun nampak lah....Mykad Malaysia d berikan berlaluasa semacam memberikan biji benih Labu dan kundur senangnya kepada PTI yg tidak layak menerimanya....Apakah kita selaku Rakyat negeri ini tidak merasakan satu PENJAHANAMAN HAK Rakyat Malaysia jika perkara ini tidak dapat d atasi oleh pihak Pemimpin dan Jabatan yg bertanggung jawab ?????? Berapa juta orang sudah Warga PTI semenjak 1980an d berikan Mykad Malaysia ini???

Anonymous said...

Yg menyedihkan Pemimpin Negeri ini langsung menutup mulut tidak bersuara lagi untuk Rakyat d bumi ini......D manakah KEBERANIAN mu wahai Pemimpin Bangsa ku !!!...D mana sudah BIJI2 Pemimpin itu d simpan? Benarkah Mahu menyelamatkan Negeri ini atau Menyelmatkan KEDUDUKAN anda semua Wahai Pemimpin Negegri Sabah tercinta? Anak2 Cucu2 Cicit2 mu benar2 minta PERTOLONGAN untuk mendirikan KEBENARAN dan Menghapuskan KEBATILAN yg d PERMAIN MAINkan oleh Sang Pemimpin yg tidak Bertanggung Jawab untuk Bumi mu ini !!!........

Anonymous said...

Wahai Pemimpin2 Negeri ku d bawah Bayu....PRU Ke-13 Biji2 kamu kesamuanya akan pengundi dan Rakyat KEBIRIkan bak Seperti seekor anjing/Kucing yg d tanggalkan biji2nya...Hanya yang terselamat ialah ada 4 orang ADUN dan 1 MP sahaja d negeri Sabah ini....

Anonymous said...

rakyat/pnduduk sesebuah kwasan itu sahaja yang mampu membantu bangsa nya untuk terus maju.. jika semua kemudahan telah diberikan, namun tiada sebarang gerakan atau tindakan yang dilakukan oleh pnduduk setempat jga tiada gunanya kan.. dan kalau boleh, jgn berharap sangat dengan kerajaan. kita cari inisiatif lain yang boleh membangunkan kawasan kita trutama KM. apa kekuatan KM yang ada pada masa kini??? klau nak kata bidang ekonomi, pertanian??? hasil tuaian padi? hasil itu pn belum cukup untuk tampung satu daerah KM yg semakin brtambah jmlah penduduk nya apa tah lagi nak export bahan ini untuk menjana ekonomi KM dan seterusnya memajukan KM selaras dengan kemajuan2 daerah lain. kita dapat lihat contoh daerah kudat, mereka ada kekuatan mereka tersendiri cntohnya pusat pelabuhan, klau nak lihat KM, jgn kan laut, sungai pun ssah nak nmpak, ada pun dekat pekan lama 2, hehe... jadi, apa kekuatan yang kita ada sebenarnya lebih2 lagi untuk menjana ekonomi daerah kita itu sendiri dan sekali gus membangunkan daerah KM.. dan sy sangat2 setuju dengan isu mykad ini, klau pun nak tambah penduduk di kawasan sbah ni, tapi jgn lah dengan cara menjual mykad itu kepada golongan2 yg tidak patut. adakah segelintir pemimpin2 sudah hilang akal pemikiran waras mereka??? atau ini adalah 'shortcut' kepada segelintir pemerintah untuk mengurangkan kos2 perbelanjaan menghantar mereka semua ini balik??? fikir2 kan lah... (tapi, perpaduan tetap diutamakan, kita dah capai kmrdekaan lebih daripada lima pluh thun, kita hanya suarakan pendapat, dan tak nak mengeruhkan keadaan lgi, orang berilmu akan mentafsir benda ni sebagai benda positif..kita hanya nak hak kita..cuba lah tempat kan mereka dalam situasi kita, klau hak mereka diceroboh, bagai mana???)... 1malaysia!!...

Anonymous said...

kekuatan KM? saya minat ulasan saudari tentang ini. Cuba bayangkan keluasan KM berapa ribu persegi. Cuba bayangkan kawasan tanah rata yang ada d KM dan saya mau tanya berapa peratus hak kita dan berapa peratus hak syarikat cth- Sykt Borneo samudra n yang sewaktu dengannya.. Sedih kerana di kawasan perbukitan pun orang kita kena kumpul satu tempat kononya kerajaan mau tolong buat rumah n bagi tanah (pemegang amanah tanah)5,8,10 ekar setiap isi ketua rumah dan yang ada2 sikit kesenangan tu di usir kononya nda layak uda di bantu. Pada saya mereka ini hanya pekerja dan tidak mustahil suatu masa nanti mereka juga di halau seperti keluarga kita dulu yang tinggal di kawasan Borneo Samudra/Safoda. Kita pohon tanah berpuluh tahun pun nda pandai lulus2. Syarikat any time ja. Kita n anak2 kita akan menjadi pelarian di tempat sendiri. System pengurusan tanah kita bukan tidak cangih tapi....$$$ (susah tembus o jo). Kasian n malang si urang kg. Pemimpin kita tidak pa la dengar2 penuh ba tu laci dengan geran tanah.. 'org cakap ba.. bukan sy.' Kalau betul kerajaan ada hati mau lihat masyarakat KM maju kerajaan perlu luluskan permohonan tanah n bantu masyarakat buka tanah mereka. Itu lebih baik daripada kerajaan bagi ruma n sebagainya kerana bila mereka tidak cukup makan pasti mereka akan lari tinggalkan tempat itu. Ketawa la kamu yang biasa bohong rakyat... Hari ni janji begini esok cakap tiada black n white. Sedarlah bangsa ku.. kita sudah lama di jajah.... Siapa yang boleh kita percaya Kerajaan tempatan, pemimpin atau kerajaan 1 Malaysia? Kemana kita selepas ni semua kena sapu... Hati2 orang muda.

SANGURU said...

berdasarkan pandangan para pembaca dan rakyat jelata d luar sana, isu utama bukan siapa KERAJAAN tetapi siapa PEMIMPIN.
Semoga semua parti, baik BN mahupun PKR atau PB, berusaha seikhlas2nya, setulus2nya untuk mengetengahkan PEMIMPIN yang BAIK. Hanya yang BAIK akan bersikap prihatin, adil, dan berintegriti utk memperbaiki kebobrokan. saya secara peribadi telah berusaha setakat mampu mengamalkan amal maaruf nahi mungkar, jadi saya sudah terlepas dari pertanggungjawapan di kubur/akhirat kelak. Bagi saya, itu sudah satu kejayaan dan saya boleh berpuas hati. Tq kawan2.

Anonymous said...

Perjuangan mu wahai Sanguru masih terlalu kecil bah...Belum boleh d banggakan lagi...Kalu ko berjuang dan mampu merubah KM ini barulah ko boleh mendebik dada mu kawan....Jika hanya Urusan SAM dan yg lain2 bukan d panggil JASA MU D KENANG tu, tetapi belum pun seberapa besarnya (Namun d ucapkan terima kasih laaa juga).....Dan apakah Penghasilan kenaikan ekonomi penduduk KM yg DAIF dan MISKIN sudah kah Sangguru ROBAHkan kearah Perekonomian yg bagus?

Anonymous said...

Anon 2:55, BORNEO SAMUDERA dan SAFODA adalah Syarikat kita, Syarikat Kerajaan Negeri Sabah.........Yg menghairankan saya semenjak Datuk Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah beliau Melantik Managing Director Borneo Samudera orang berasal daripada Semenanjung Malaysia.Apa motif beliau? Managing Director Borneo Samudera dari Zaman berzaman adalah anak2 Negeri Sabah, Cara perlantikan juga mengikut peraturan naik pangkat mengikut Hiraki seperti anak tangga. Daripada Ass.Manager ke Manager, Regional Manager (ada 4 Regional)ke COE (Controller of Estate) dan ke Managing Director......

NAGA KINABALU said...

Kemerdekaan kita tidak seperti mana Negeri Sarawak..Sarawak tidak memberikan dan mengeluarkan IC kepada warga Asing...Sekalipun ada (D Awal 1980an juga)KM serta pemimpin2nya cepat2 Insaf dan bertaubat. Bukan sepertimana pemimpin2 d negeri Sabah ini....

Tuan Cobra said...

Saya tidak hairan kalau Datuk Musa yg mentadbirkan negeri ini 5 Tahun lagi dari sekarang...Negeri Sabah PASTI akan menjadi sebuah Negeri MUFLIS.Kenapa juga Kepimpinan 1Malaysia tidak terlihat dan nampak akan KELEMAHAN Pentadbiran C Musa Aman ni !!! Bangunlah Datuk Seri Najib dari tidur mu...Jangan sampai Datuk Seri Anwar yg menyingkirkan C Musa Aman dari Kerusi Ketua menteri negeri Sabah......