SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 3, 2009

SAM PEMULA TITIK PERMULAAN

Wacana perjuangan masyarakat generasi lama kota marudu pasca kolonial yang sering dibawa hero-hero seringkali mengelirukan kita sebagai masyarakat bertamadun. Ini kerana, tidak dinyatakan secara explicit tetapi melalui tema-tema wacana, forum, ceramah dan bersembang selalunya berlegar tanpa penerangan dan teras yang jitu. Apabila kita sebagai masyarakat berilmu dan bertamadun tat kala gelaran sebagai orang kampung yang sering dibuai dengan tema-tema sebegini tanpa sedikit pun menyentuh aspek-aspek sejarah ketamadunan kepada generasi baru. Ianya umpama menyiat-nyiat identiti kita sendiri. Harus di ingat, generasi baru Merdeka sebenarnya senantiasa tercari-cari identiti dan semangatnya yang bertunjangkan 'transformasi'. Ibnu Khaldun sendiri dalam Muqaddimah menyatakan bahawa " bangsa yang lemah akan sentiasa meniru bangsa yang kuat dalam pelbagai segi". Disinlah perangkap samar yang kita kurang peka. Dengan menyempitkan perjuangan dan hak generasi baru apabila cuba membentuk satu generasi baru kota marudu yang terpisah daripada identiti ketamadunan yang agung dahulu. Implikasinya, Perpaduan yang menjadi nadi utama ketamadunan generasi Kota Marudu hanya dilihat dari aspek budaya sahaja, sama seperti yang dilihat oleh masyarakat luar dalam bidang antropologi. Generasi baru Kota Marudu perlu dibangunkan dan harus diheret semula ke dalam terowong sejarah. Justeru, tidak hairanlah apabila bermulanya blog Suara Anak Marudu (SAM) sebagai pengasas untuk mengubah menatliti masyarakat generasi baru Kota Marudu ke alam teknologi bermaklumat dalam berbicara, berbincang, sebagai sumber maklumat dan pentas perdebatan sesuatu isu yang boleh menterjemahkan kelangsungan sesuatu perkara yang membawa manfaat dan kebaikan di masa hadapan. Rentetan kewujudan Blog dan Pertubuhan Suara Anak Marudu (SAM) adalah sebagai tunjang dan pelengkap kepada NGO Sabah, iaitu badan sukarelawan, kebajikan dan pengukuh perpaduan untuk masyarakat negeri sabah dengan bermulanya dari kawasan utara sabah dan Kota Marudu amnya sebagai pemula titik permulaan.

11 comments:

SANGURU said...

dalam teks sejarah, akan ada tercatat gerakan2 pembinaan dan pemartabatan bangsa. Meskipun SAM ini kerdil namun saya yakin, suatu masa nanti, SAM akan dicatat juga dalam sejarah setidak2nya di jiwa rakyat khususnya di KM ini. Namun bergantung jugalah kepada siapa penulis atau pengucapnya kerana nama pun manusia, kekadang lupa atau buat2 lupa...
HARAP SAJALAH BANGSAKU INI AKAN BELAJAR DARI SEJARAH, JIKA TIDAK, BANGSA INI SUSAH...

SANGURU said...

banyak info gambar tuan.
1. Klu mo tengok kawasan antara termiskin di Malaysia - jalan terus ikut anak panah ke Tandek, Pitas. Kg saya pun di sana.
2. Klu mo beli barang dgn harga termurah di Malaysia, ikut kiri. Cari kedai more changes.
3. Klu mo rasa hospital antara tersikit doktor nisbah pesakit di Malaysia ikut kanan. Mo cari rumah saya pun ikut ini arah.
Dan, kalau mo tengok "belon besar" yg pernah saya tulis/komen dlm SAM, ada di hadapan signboard ni....
Tahniah dinakan kerana gambarnya.

SANGURU said...

silap sikit. "belon besar" ada di belakang signboard ni. Maksud saya dewan komunitinya...

maikong said...

jika terus anak panak, belok kiri(jpj km)..adalah pejabat lama boy-boy..aramaitttt

DINAKAN said...

hehehe... betul..betul..betul.. tu tuan.

kalau mo jalan terus, haaaa... jumpa kg saya pula, macam2 ada.

apapun, sebagai permulaan dan pemula sesuatu itu adalah bergantung kepada kita semua, tanpa kita apalah yg ada.

mo harap lalang tepi signboard tu betambah panjang, aduiii...mak! silap haribulan segala ular, harimau dan gajah yg beladang.

hehehe...

Anonymous said...

Sebelah kanan terletaknya BSN dan KFC serta MOSTI Kota Marudu. Parking kereta sempit macam kelong. betul-betul menyusahkan.

playboy said...

sebelah kiri ada padang bola ba kan, ada rumah si oduh bambarayon,
lepas tu ada jagung basar tapi tidak boleh makan.

ada siapa-siapa tau, d mana rumah si angkuh?

maikong said...

jln terus sajaa nampak sudah itu tm pusing kanan..ayaa ada faham..sya punya kpla pun sudah pusing..

SANGURU said...

pusing? Bah, ada masa, pusing2 la KM, Tandek, Pitas. Mcm2 ada terutama KEMUNDURAN...NAMUN, ada juga bah pembangunan...cuma perlu digiatkan.
Oya, takdir menentukan, saya sdg mengusahakan membawa input pembangunan di Sabah. Kepada kontraktor2 tempatan, bolehlah hubungi saya. Ada cerita bagus utk tuan/puan dan rahmat bagi NGO dan ini negeri khususnya pd utara sabah.
Doakan saya bijak dan kuat memikul amanah.

Anonymous said...

projek apa sanguru? skim cepat kaya?

Anonymous said...

Betulkah Sanguru? PM atau Pa Lah yg bagi? Mungkin Datuk Dr Rais bagi kali ehh...Bangunan RADIO UTARA SABAH mungkin ni Sanguru?...Bah boleh bah kita bincang kalau ada betul2 punya projek yg boleh menjadikan wang.... PM saja saya d (sulaiman.binhanim6@gmail.com) TQ