SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 1, 2009

SAM PRIHATIN...(SIRI 1)

Salimandut, Tandek: SAM diwakili oleh beberapa orang stafnya telah menghulurkan sedikit bantuan dalam bentuk keperluan harian kepada sebuah keluarga miskin di Kg. Salimandut. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban serta mengembirakan pihak penerima. SAM akan meneruskan kerja amal ini dari masa kesemasa. Pemilihan penerima bantuan dibuat atas penilaian dan permuafakatan staf SAM dan merangkumi berbagai kaum, agama dan fahaman politik. Ini sesuai dengan konsep 1Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kini,

14 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH SAM...sepatutnya kerja2 beginilah yang patut kita laksanakan.
Jangan kejar glamour tidak tentu hala.

SYABAS Sanguru dan semua. Bah..raun-raunlah tempat lain lagi untuk mecari sasaran bantuan.

SANGURU said...

sekalung terima kasih parut diberi kepada en Jaimbol Dangus, CEO urban storm yg memberi dana kepada SAM. Dengan dana yang ada SAM memikirkan cara bagaimana membelanjakan sedikit dana yang ada.
Untuk makluman pembaca yang disayangi, SAM ingin membuktikan bahawa dengan dana yg terhad jika diurus dengan betul, tanpa ketirisan, tanpa pilih kasih dan ditunjangi keikhlasan, banyak perkara boleh dibuat dan ramai orang mendapat rahmat.
Semoga apa yang kami buat ini, kiranya baik, bolehlah dicontohi di seluruh negara...

SANGURU said...

seperkara lagi, jika sekiranya ada individu/syarikat yang ingin menyumbang dan mempercayai SAM, dialu2kan mengikuti jejak langkah CEO URBAN STORM. Namun SAM awal2 mengingatkan bahawa sumbangan hendaklah ikhlas dan tidak cuba mengongkong atau mengikat SAM. Jika sebaliknya, simpan saja wang anda.

Little Mike (LM) said...

Tahniah atas usaha baik ini. Sangat menyokong dan mengharapkan pada masa akan datang SAM akan terus beramal bakti sekalipun dengan dana yg terhad.

SANGURU said...

cuma SAM memohon maaf kerana tidak mampu membantu semua pihak. Yang beroleh bantuan d tiap kampung, anggaplah itu takdir dan rezeki dari Tuhan...

Umar al-Longobi said...

tq kpd yg bermurah hati utk menyumbang. jika hari ini SAM menghulurkan 'ikan', insya-Allah pada masa akan datang SAM akan menghulurkan 'pancing'. btw, SAM akan melakukan sehabis baik selagi termampu utk rakyat...

Anonymous said...

tahniah atas usaha murni tersebut terutama kepada pengerusi badan ngo sabah dan warga sam... Saya amat tertarik dengan tuan sanguru selaku pengerusi badan ngo sabah. oleh yang demikian saya ingin tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai badan ngo yang bernaung di bawah badan ngo sabah. Sekurang-kurangnya BADAN KEBAJIKAN ISLAM BAGAPAS PAPAR SABAH. Boleh juga bernaung di bawah badan ngo sabah.tolong emailkan perundangan dan syarat-suarat perndaftaran. ismail muskim erosensey@yahoo.com.

maikong said...

syabas team SAM, atas prgm jiwa murni ini...permulaan yg sangat baik..ia haruslah bermula dari persekitaran kita sendiri..bahkata jangan pula kera di hutan disusukan, anak sendiri menangis kelaparan....tq

DINAKAN said...

syabas SAM... teruskan usaha murni. semoga satu hari nanti SAM akan cemerlang sebagai badan NGO Sabah yang menjadi kebanggaan warga sabah amnya.

SANGURU said...

semoga Tuhan tetapkan jiwa dan langkah. Alang2 berNGO, biarlah jadi contoh di kemudian hari.

SANGURU said...

lokasi seterusnya kg. Talantang. Keluarga miskin sudah dikenalpasti melalui agen NGO d sana. Rakan2 SAM dialu2kan balik kg mana yg ada kelapangan utk sama2 JOY sambil berbakti. Lepas tu akan ke pesisir pantai pula. Kemudian cari cina kabun (sahabat berbangsa cina yg miskin). Kalau ada sahabat India yg miskin di KM pun layak dibantu?
PTI? Hehehe...kena tanya pendapat tn Cobra. Apa mcm tuan? Hehehe...
(PTI pun orang, ini bumi Tuhan. Sekadar utk beri sedikit beras, rasanya bkn jenayah... ). Apapun, prinsip membantu yg tn maikong beri itu patut jd pegangan. Utamakan yang TERDEKAT YANG MEMERLUKAN...

SANGURU said...

harap maklum, silap taip. "kalau ada sahabat India yang miskin d KM pun layak dibantu"; dan bukannya, "kalau ada sahabat India yang miskin di KM pun layak dibantu?".

SANGURU said...

ismail muskim fr papar,
Segan nak ajak tuan joint gabungan kami ni. Gabungan ini x menjanjikan kemegahan, dana juta2, etc. Nak joint gabungan ini simple:
1. Pastikan persatuan tuan berdaftar dgn ROS
2. Putuskan melalui mesyuarat utk menganggotai gabungan ini.
3. Kemukakan surat permohonan menyertai utk rekod/bukti.
4. Langkah seterusnya tindakan SU gabungan ini.
Jgn risau, gabungan ini santai, boleh masuk boleh keluar. Konsepnya bertolongan2an dalam perkara2 yang sama2 sepakat. Cth: pstn derma darah mo buat prog, pstn lain akan bantu. NGO papar ada prog, NGO KM dll blh dtg bantu. Simple tuan...

SANGURU said...

kita yg pernah berlauk garam, akan rasa betapa enaknya ikan masin. Kita yg pernah menangis akan rasa betapa nikmatnya tersenyum. Semua staf SAM, baik yg TINGGI atau yang RENDAH, pernah merasai itu. Maka jangan hairan mengapa sesekali mereka mahu merasai semula atau setidak2nya menelusuri jalan2 duka dan berduri yg pernah menjadi teman setia...
Secara peribadi, inilah keinginanku dan amat bertuah sekali ditemukan dengan rakan2 yang berkeinginan sama. Syukurrr....