SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 8, 2009

SAM-URBAN STORM PRIHATIN (SIRI 2)

KOTA MARUDU, SABAH, AHAD: Sesuai dengan tekad "1Minggu 1Keluarga", SAM dengan kerjasama syarikat Urban Storm Sdn.Bhd telah menyumbang kepada dua keluarga miskin pagi tadi. Penerima pertama (gambar atas) merupakan keluarga berbangsa Cina yang hidup daif di kg. Jalan Rakit lama, Tandek. Penerima kedua (Gambar bawah) merupakan keluarga berbangsa Bajau dari Marudu Laut yang baru2 ini kehilangan rumah akibat dihanyutkan banjir. SAM difahamkan bahawa keluarga malang ini belum menerima bantuan sewajarnya daripada pihak yang berwajib.

20 comments:

maikong said...

kerja2 yg murni SAM...terimakasih atas sumbangan Saudara jaimbol...

SANGURU said...

ya tuan maikong. Mana yg terlintas difikiran, terdetik dijiwa, terlarat dek kaki, termampu dek tangan...itulah yang kita kerjakan. Semoga perkara yang sama dapat dilakukan di daerah2 lain. Lagi bagus kalau lebih bagus dari ini...

Tulunbunou said...

Terima kasih kepada CEO yg. baik hati.. seperti biasa SAM sekali lagi menjalankan kewajipannya sebagai wadah masyarakat Kota Marudu. Tahniah jg kepada Tuan Presiden SAM yg. sentiasa proaktif..

Anonymous said...

Sanguru Sumbangan itu kepada BAJAU PHILIPPINE atau BAJAU SABAH? Bajau Sabah kebanyakanya berada d Kota Belud saja.....?

Tompinai said...

Sanguru Sumbangan itu kepada BAJAU PHILIPPINE atau BAJAU SABAH? Bajau Sabah kebanyakanya berada d Kota Belud saja.....?

November 9, 2009 3:07 AM

Anony..
Nampak sangat yg kamu tidak tahu tentang daerah kota marudu..Maaf kerana kelemahan anony...Sesekali datangla melawat kota marudu...

maikong said...

ANONY..macam mana kau boleh cakap macam itu ooo..kau ingat kaum bajau ini hanya d kb saja ka..cetek betul kau ini...susahlah kau ini....

ming2elly said...

TAHNIAH SAM !

lepas ini, akan ada lagi yang mendapat sumbangan, biar pun sedikit, tetapi ini sudah cukup untuk permulaan yang bagus!

HIDUP 1 MALAYSIA! RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !

SONSOGON said...

anon ooo anon..cuba kasi tulis alamat kampung mu sini..mana tau SAM bule bagi sumbangan..

Little Mike (LM) said...

teruskan beramal bakti... Tahniah SAM atas komitmen yg baik dalam membantu masyarakat dan penghargaan kepada URBAN STORM atas sumbangan dan keprihatinan

DINAKAN said...

syabas kpd CEO URBAN STORM...

Sumbangan dan keikhlasan tuan amat bermakna buat SAM mewakili suara masyarakat yg perlukan bantuan. Semoga CEO URBAN STORM terus berjaya dlm merealisasikan impian myt yg masih memerlukan.

Sumbangan peribadi CEO URBAN STORM jelas memahami konsep 1MALAYSIA.

Tidak perlu tunggu kerajaan membantu, cukup sekadar bantu-membantu sesama insan adalah amat memadai.

buat ANON.... nanti saya kasi kau sumbangan klu kau bg alamat dan no. telefon mu.

SANGURU said...

saya tak marah bah tuan anony, yg saya risau, sahabat2 bajau kita d KM yg naik angin. Hehehe...
Secara peribadi, klu pasal sumbangan, tak salah beri pd sesiapa yg susah yg memerlukan, tp klu IC, projek, pangkat, kepimpinan...ITU KENA ORANG YG BERHAK. Tak boleh kasi sembarangan. Hehehe. (Tuan cobra tentu faham maksud saya...)
Klu menurut anjuran agama pula, bantuan harus diutamakan mengikut KEUTAMAAN. keluarga, jiran terdekat, yg lebih memerlukan.

Anonymous said...

Setahu saya BAJAU ASLI ni adalah BAJAU KB BAJAU PAPAR AND BAJAU TUARAN saja yg asli pada tahun 1960an dulu2 ni....Kalau Bajau KB tu pun berasal dari Southern Philippine pada tahun 1930an puas hati laah...Bukan Bajau yg datang d Negeri Sabah pada tahun 1980an baru dapat IC....Harap2 anda jangan TERSINGGUNG dan TERPANAS akan kata2 saya d atas tu....Tetapi Fikir2kan lah sendiri perkara yg mana Lojikanya ...???!!! Sama juga dengan BUGIS ni.....Cuba kita lihat Warga yg berada d Pulau Banggi tu apakah Bajau dan Suluk yg Asli?..............

SANGURU said...

adesss....bajau di KM ni ratusan tahun suda di sini tuan. Ada antaranya kaum kerabat pahlawan Sharif Osman. Yang pasti mereka BUKAN PTI. (Jangan lampau mudah guna istilah PTI)
Saya ok saja tuan anony...kajian saya belum meliputi suku kaum ini, so x dpt la sy beri komen terperinci. Klu suluk sy agak tau sikit. Ada bbrapa buku sejarah tausuq/suluk pernah saya jadikan rujukan utk tesis : 1. Makanan tradisional kaum suluk. 2. Adat perkhawinan kaum suluk). Bini saya pun ada darah suluk sebelah datuk sebelah ibunya. Tapi ingat - BUKAN PTI! Hehehehe...

ILLIE said...

inilah masalahnya kalau tidak faham SEJARAH...

Anonymous said...

Kebanyakan bah kita sekarang d Negeri Sabah ini terlalau mahu "menyatukan" Suku yg baru sampai ketanah air ini dengan Bangsanya sendiri...Saya sokong juga pendapat Anon 12:01 tu...Kekadang malaslah mau komen juga ILLIE bukan buta dan tdk tau Sejarah....Banyak bah Penipuan dan Penghianatan Pemimpin kita d negeri ini, Gara2 gilakan kekuasaan mereka sanggup menganugerahkan Warganegara negaranya sendiri kepada PTI.....Lain lah mcm manusia yg mahukan Nama dan kedudukan.....dan bermuka muka dia tdk memperdulikan itu semuanya........

URBAN STORM SDN BHD said...

Apabila sa melihat keadaan mereka ini saya betul2 teringat masa sa kecil2 dahulu betul2 tiada duit selalu kelaparan. sa akan terus menderma selagi Tuhan memberi rezeki kpd sa

Anonymous said...

Alhamdulilah lah Bro pemunya Syarikat URBAN STORM S/B kalo begitu Nawaitu dan niat bro...Allah akan sentiasa memberikan rezeki kepada anda berlipat ganda.......

Anonymous said...

"Sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah hampir dengan syurga, juga sebaliknya". Yang penting keikhlasan untuk semua itu.

SANGURU said...

kita sama2 teruskan buat kebaikan.

Tuan Cobra said...

Salam Sanguru selamat berjumpa lagi....Apa maksud Sanguru d (Sanguru 8:50pm tu,Tuan Cobra tentu faham maksud saya ni?) saya kurang faham Tuan Sanguru...Kerana saya sudah lama tdk mengikuti perkebangan SAM....Harap maaf.Sibuk bah bro.......