SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, November 20, 2009

SAM, UTARAFM, SABAHANFM SANTAI BERSAMA

RAHAYA CAFE,KOTA MARUDU: Sempena Pesta Jagung Kota Marudu, SAM, UtaraFM dan SabahanFm akan bersama di gerai SAM. Baru sebentar tadi Dj2 SabahanFM tiba dari Kota Kinabalu dan diraihkan oleh staf SAM dan Dj2 UtaraFm. Laporan ini langsung dari Rahaya Cafe, Kota Marudu.

10 comments:

maikong said...

tn sangguru,.kasi dia org togilai kee...selamat menyambut pesta jagung...

Anonymous said...

Maikong ko tdk pulang ke KM kah semasa Pesta Jagung ni?....Ko sudah bacakah Utusan Borneo keluaran 19/11/09 tu? Pemuda Umno bikin laporan Polis kepada YB Jimmy Wong yg mempunyai Sijil Anak Negeri tu? Macam mana pendapat kau berkenaan dengan berjuta-juta orang PTI yg d bagi Mykad? Kenapa Pemuda Umno dan Pemimpin Umno/BN tidak buat laporan Polis yah? Seolah olah kerja d orang ni tidak Ikhlas untuk Rakyat Malaysia sebenarnya...Bikin malu sama sendiri sajakan !!!

Anonymous said...

Anon 3:15 pm, Kalau mereka apapun d org boleh bikin bah d negeri/negara ini...Kan mereka masih lagi berkuasa...Kalau sudah Tuhan cabut kekuasaan itu barulah d orang tau nanti....Kuasa yg d berikan oleh Allah itu tidak akan bertahan selama-lamanya bah tu kan..!!!

Veejo said...

Penganugerahan Mykad Malaysia (Berjuta-juta keping) adalah lebih Meruntuhkan Intitusi Kewarganegaraan dan Kedaulatan Negara Malaysia jika d bandingkan Sijil Anak negeri....Sijil Anak Negeri boleh d tarik balik secara Automatik oleh Kerajaan jika d bandingkan Mykad yg sudah berhamburan d seluruh negara Malaysia ini......Kecuali Pihak JPN mempunyai Rekod Pemberian Mykad tersebut.....Negara kita ini tidak mustahil satu hari jika tidak d benteras akan "OVER POPULATED" dengan pendatang Asing yg d berikan IC......Pada masa itu siapa yg akan Menderita? Waktu itu baru lah akan bermulanya ketegangan orang tempatan dan Orang yg d berikan IC ini....PERCAYALAH ini pasti akan berlaku...!!!

SANGURU said...

tn maikong, cari masa utk pulang pd 6 Dis ni. Hari keluarga SATU (SAmbion, pamanSAh, TUmunda) TANDEK. berSATU kita semula.

Anonymous said...

Itu pn korang nda tau ka percaturan kerajaan untuk mengekalkan kuasa di Malaysia. Umno ingin mengekalkan kuasa, keadaan politik di Semenanjung sekarang kurang berpihak kepada mereka. Pilihanraya lepas amat mengaibkan dengan kejatuhan beberapa negeri ditangan perikatan. Nasib baik la Sabah dan sarawak menyelamatkan keadaan. Salah satu sebab penyelamatnya ialah pemberian MAYKAD ni lah. Memanglah pati akan menyokong pemimpin BN di Sabah sebab dpt kerakyatan. So Paham2 jala...

Anonymous said...

Anon 3:06Pm, kita selaku anak Watan dan Pribumi negeri/negara ini tidak boleh hanya faham2 saja ni.....Kan pengeluaran mykad ini non stop tidak henti2...Fenomenan sekarang ini sudah berjuta juta keping d berikan kepada PTI dari Indonesia dan Philippines dan sekarang ini Fenomena memberikan Mykad kepada Orang2 Pakistan dan India Muslim lagi.......Saya seorang Muslimpun tidak menerima HAKIKAT seperti ini...Ini menghancurkan Intitusi Kedaulatan dan Negara kita Malaysia ni kalau d biar2kan....!!!

Anonymous said...

Salam,
Anon 1:10pm
Sepatutnya pemberian Maykad diiberikan kepada mereka yang layak dan memberi sumbangan kepada produktiviti negara . Cth Peguam, Saintis, ahli sukan dsb dan kaedah ini diguna pakai oleh US, Spore dsb. Dan tidak sewenang-wenangnya diberikan. Tetapi pemberian MYkad percuma di Sabah agak senang dan mungkin berkaitan dengan politik semasa atau $$$$.

Macamana mau betulkan keadaan? Bagi saya pemimpin Sabah perlu bersatu menyuarakan masalah ini di parlimen atau gunakan jari-jemari anda semasa PRU nanti sebaik-baiknya.

SANGURU said...

wahhh ramai pula pasal Pati dan Mykad ni. x ada mud mo komen. Harapkan pagar, pagar makan padi...
Baik lg sy berpantun:
Apa diharap padi seberang...alamak, terlupa sudah.
Elok sy nyanyi:
Selamat tinggal pujaan...

Anonymous said...

He he he Sanguru jgn ko main2 bah...ini serius bah...Pengeluaran IC ni baru mahu bermula tau lagi.Fenomena sekarang ni India dan Pakistan pula yg JPN kasih (Kerana JPN saya bilang tu Jabatan lain tidak ada yg berkuasa untuk pengeluaran dan penapisan biodata Pemohon hanya JPN yg maha arif perkara ini...!!!) Siapa yg menguasai JPN? Kerajaan negerikah Kerajaan Persekutuan? Pada PRU Ke-13 mahu undikah Kerajaan PENGHIANAT untuk Negara dan Rakyatnya ni...??? Fikir2kanlah sendiri....!!!