SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 28, 2009

SATU TANDEK

JIKA tiada aral melintang, Hari Keluarga SATU TANDEK akan dilangsungkan pada 6 Dis ini di Pekan Tandek. Dan menjadi impian agar acara itu menjadi acara tahunan. SATU TANDEK adalah merujuk kepada hakikat dan fakta bahawa majoriti orang Tandek adalah SATU BANGSA, SATU KELUARGA. Kerana itulah orang Tandek selalu cakap, "Tokou e' Tokou" yang membawa maksud "kita-kita juga". Jika dikaji salasilah kekeluargaan orang Tandek, ada tiga tokoh utama yang menghasilkan zuriat turun temurun yang begitu besar hingga ke hari ini iaitu: 1. SAmbion di Kg. Tingkalanon 2. pamanSAh (Adik Panglima Tumunda) di Kg. Tg.Batu Darat 3. Panglima TUmunda di Kg. Togomongis/Salimandut. (Untuk keterangan lanjut mengenai salasilah dan tokoh2 ini, sila layari blog saya http://suarabangsa.blogspot.com) Tiga nama ini hidup ratusan tahun yang sudah lampau. Bila tiga nama besar ini dicantumkan maka terbentuklah akronim SATU. Satu kebetulan atau satu rahmat atau satu keistimewaan buat orang Tandek? Generasi muda mungkin kurang sedar bahawa Orang Tandek adalah satu bangsa, satu keluarga. "Sebangsa, sekeluarga" adalah keunikan dan seharusnya...SATU KEKUATAN, SATU KEISTIMEWAAN.. Justeru itu usaha demi usaha perlu dilakukan untuk mempererat kekeluargaan dan kesatuan. Jika tidak bangsa dam keluarga besar ini akan berhadapan dengan berbagai kemungkinan yang tidak menyenangkan di masa akan datang...

10 comments:

Anonymous said...

andainya ini dapat dilaksanakan, maka ini sebenarnya bangsa keramat yang bakal mengubah lanskap Tandek dan Kota Marudu amnya

tahniah tuan sanguru

SANGURU said...

tq anonymous,
Sy hanya sebahagian drp ajk. Dan sy membantu mencanangkan prog ini.

maikong said...

tahniah kepada sangguru and team..semoga segalanya berjalan dgn lancar,..saya dari jauh menyokong penuh rancangan ini.maaf krn tidak dpt bersama-sama dgn kamu..

ILLIE said...

sebagai tanda rasa bangga dengan program ini..saya telah mengambil cuti khas pada hari tersebut (6hb dec)..biarpun saya tidak dapat sama2 dalam majlis bersejarah ini namun dari jauh saya punya rasa bangga akhirnya keluarga 1 TANDEK dapat berkumpul.Tahniah kepada semua yang terlibat

SANGURU said...

tompinae maikong, nda pa2 bah tuan. Klu umur panjang dan masih ada keinginan utk menautkan talian keluarga, kita boleh atur program setiap tahun, kitorag blh tukar2 team pengurusan.

Lie, kau juga bah! Tabik! Mesti selalu dikasi tau sama anak jantanmu bahawa dia cicit2 Sambion. "kita bukan bangsa yg besar tapi kita bukan bangsa yg suka diperkotakkatikkan. "
Kerajaan Sulu suatu ketika dulu pernah mengakui, satu2nya suku kaum yang mereka tidak boleh suka2 perintah ialah kaum idaan(Dusun)...saya harap, kita suku sakat sukuan itu.
MERDEKA!

SANGURU said...

oya, selepas Hari Keluarga SATU TANDEK ini, pd 13 (angka kesukaan saya) akan berlangsung satu lagi program yg juga amat baik kpd Tandek iaitu - Majlis Pelancaran Persatuan Kimaragang Malaysia di kg. Mosolog. Bersama kita memeriahkannya. Tahniah kepada semua AJK.

Anonymous said...

Tuan sanguru,
Dua program ini ibarat tangan kanan dan tangan kiri, mungkin kita sudah rugi beberapa tahun yang lalu tetapi tak apa lah, kita mampu menempuhi beribu-ribu batu dengan hanya memulakan langkah yang pertama.

Tahniah di atas usaha murni tuan, sebab kita-kita sahaja bah ini.

maikong said...

tq sangguru, cadangan yg bagus..saya sukung..setiap tahun/bertukar2 pengurusan..

Umar al-Longobi said...

Bagus. Doa sy semoga pertemuan ini dapat memperkukuhkan ikatan 1Tandek. Buang Ph.D. Tanamkan keikhlasan dlm persaudaraan. Saling membaHu. Yg telah berjaya, tolonglah yg kurang berjaya. Tahniah!

Veejo said...

Uruskanlah baik2 Keluarga 1Tandek itu Sanguru agar Impian anda akan menjadi kenyataan dan tercapainya cita2 anda..........Saya akan sentiasa berada d belakang anda memberikan kekuatan......