SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, November 11, 2009

SELAMAT PAGI DAN SALAM SEMUA.

Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Kesungguhan SAM menjalankan aktiviti amalnya semakin aktif tambahan lagi mendapat suntikan dana dari Mereka yang amat perihatian dengan keadaan masyarakat Kota Marudu. Walaupun hanya bertindak sebagai penyampai sahaja namun SAM mempunyai peranan yang sangat penting.
Dalam pada masa itu, pelbagai tanggapan dari pihak-pihak tertentu. Sama ada positif atau pun negitif. Ada yang menyokong dan ada yang sangsi atau sinis dengan usaha SAM ini. SAM akui yang cara SAM menyampaikan sumbangan ini amat telus dan selalunya mendapat maklumat penerima dari orang-orang yang SAM amanahkan untuk mencarinya. Sumbangan pun tidak lah sebanyak mana, namun SAM harap ia seboleh-boleh meringankan sedikit keresahan mereka yang memerlukan.
SAM juga mendapat respon dari mereka yang lain, yang ingin menyumbang sedikit-sedikit berdasarkan kemampuan mereka. Mereka percaya yang SAM telah mula membuka mata orang2 tertentu. Kata mereka, biarlah apa yang orang lain katakan, yang penting SAM tetap meneruskan kegiatan ini. Kata mereka lagi " inilah sikap orang2 kita, kalau NGO kita yang buat amal, macam cakap, tapi kalau orang lain/luar, bukan main julang lagi" .
Ya, itulah responnya dan kata salah seorang penyumbang " biarlah sama menikmati segala rezeki yang Tuhan bagi ini, biarpun sedikit dan tidak seberapa, moga ia akan memberi kelegaan kepada mereka" dan " selagi saya mampu, selagi itu saya akan memberi" katanya.
Salam SAM.

3 comments:

DINAKAN said...

ngam tu tuan, saya rasa tiada pun d dunia ini terus dpt rezeki dari langit tiba2 dan tidak semestinya sumbangan berbentuk wang ringgit, namun titik peluh dalam menghulur bantuan juga d kira sumbangan ba kan.

kecuali org2 anon...hahahaha....
jgn marah anon2 ah..

MindaGuru said...

SAM,teruskan amalan mulia kepada mereka2 yang layak menerimanya. Dan kepada para penyumbang (besar atau kecil) ,tahniah kerana rezeki yang tuan2 dapat dan terima kasih kerana mengingati mereka yang memerlukannya..

Kerja-kerja yang tuan lakukan "bagus sekali".

SANGURU said...

bagus sekali jika sesekali tuan ada sekali. Demikian juga tuan2 yg lain. Sesekali dpt bersama dlm program "1Minggu 1Keluarga"...