SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, November 19, 2009

SENARIO PEJABAT KITA

Pagi tadi saya telah pergi ke sebuah pejabat kerajaan di sebuah daerah. Saya ada urusan dengan pegawai di pejabat kerajaan tersebut. Saya sudah agak, kadang2 para pegawai kita ni ada yang lambat sampai pejabat, so saya sengajalah datang lewat 15 minit dari jam 8am. Sesampainya saya di pejabat kerajaan tersebut, kerani bertugas mengatakan bahawa pegawai belum sampai. Saya menjangkakan kerani tersebut tidak kenal saya sebab cara percakapannya pun agak kasar dan langsung tidak senyum. "Apa kau mau?" "Saya mau jumpa pegawai... bla bla bla." (Adalah tu) "Pegawai belum sampai lagi. Pigi minum kali." Bagus juga saya diminta duduk di ruang menunggu. Selepas beberapa minit, beberapa orang tetamu lain datang dengan pelbagai keperluan. "Oh! Kau pinjam lesen si anukah?" Saya mendengar kerani tersebut bercakap. "Mungkin mereka bercakap tentang projek." Saya berkata dalam hati. Selepas setengah jam duduk menunggu saya bertanya lagi kepada kerani tersebut, "Pegawai yang satu lagi tiadakah?" Kerani tersebut tidak menjawab. Seketika kemudian dia meminta saya mengemukakan dokumen yang saya bawa. Mungkin baru dia perasan saya bukan budak kampung yang tidak tahu apa2, tiba2 mulut dia yang tadi kalah2 mulut berudu, kini mengukir senyuman sampai ke telinga. "Bah, tunggu sekejap ah Dr." Wah! Sekarang bukan main peramah lagi. Tepat jam 9am pegawai yang saya ingin berurusan tiba. Saya anggap sajalah ada perkara mustahak yang melambatkannya datang ke pejabat. Tapi kalau tiap2 hari begitu pun payah juga. Kesian orang2 kampung yang ingin berurusan. Oleh kerana identiti saya sudah dikenalpasti, cepat saja kerani tersebut mengatur urusan saya dengan pegawai berkenaan. Selesai urusan saya meninggalkan pejabat kerajaan tersebut. Syukurlah saya tidak terlambat sangat untuk urusan berikutnya. Beginilah keadaan pejabat kerajaan kita di kebanyakan tempat. Kurang berdisiplin dan kurang mesra pelanggan. Tidak hairanlah ramai orang yang sakit.

8 comments:

SANGURU said...

cerita yg bagus doc.,
mudah2an sy terselamat dari sikap org pejabat seperti itu. Amin...

maikong said...

Tn Doc, ini nasip kau ada title..apa lah jadi jika kami yg tiada title termasuk org kampung..tidak tau apa mcamlah kerani punya senyuman...

ming2elly said...

staff kerajaan seharusnya melayan setiap pelanggan dengan mesra, ramah dan adil.

bukan setiap jabatan ada piawaian pelanggan ka?

kalau piawaian itu tidak dipatuhi, bagus minta tolong ketua jabatan tersebut turunkan piawaian pelanggan tu. sebab nanti tetamu datang / pelanggan baca, memang tidak menepati apa yang terkandung dalam piawaian pelanggan.

tapi, tidak juga semua jabatan begitu, cuma sesetengah individu saja yang agak kurang mesra bila melayan pelanggan.

SENYUM, ini adalah salah satu cara ketika kita berhadapan dengan pelanggan. SENYUM suda cukup membawa erti yang sangat besar, senyum itu sedekah...

JOM SENYUM ! & JOM DERMA !

kyro said...

kebiasaannya begitulah layanan yang diterima oleh orang2 'biasa' yang datang kepejabat-pejabat kerajaan.kadang2 macam bodoh saja orang kampung dimarah-marah.susahhh...

kyro said...

Saya puji layanan pegawai2 di Jabatan Air Kota KInabalu.Mesra cekap dan pantas.

Kebetulan hari itu saya mengikut suami berurusan di Jabatan Air Kota Kinabalu.Saya duduk diruang menunggu sementara suami berurusan di kaunter. Melihat saya hanya duduk sendirian pegawai lain dikaunter cepat-cepat memanggil saya..."Makcik ada urusan apa,sila datang ke kaunter supaya kami boleh bantu..."Mereka melayan setiap pengunjung walaupun tiada ambil nombor giliran.

Saya betul-betul tabik ini Jabatan Air Kota Kinabalu.Jabatan lain harus contohi sikap mereka.Syabas.

Anonymous said...

Fenomena org kita tidak hairan bah ini Dr...(Bukan juga kesemuanyalah)....Ko tengok saja kerja2 orang kita kalau d Bank !!!...Ngam sudah ni Dr keluarkan d SAM...Mustahil d antara pekerja Jabatan ni ada juga yg membaca tulisan ini dan akan mengingatkan diri mereka sendiri juga........

Anonymous said...

Salam,
Pejabat tanah Kota Marudu pun Sama saja. Saya masih ingat lagi masa mau apply pinjaman pelajaran dan perlu geran tanah. Layanan kurang memuaskan. pendek kata sakit hatilah. Mau salinan dokumen tanahpun mau juga kena hulur RM30. Amalan rasuah betullah. Bukan sahaja jabatan kerajaan, K.Kampung d----- pn sama sahaja. Mau minta sain permohonan tanah dpn mau kena hulur duit. RM50 nda main kurang-kurang RM500.


Minta maaf org jabatan Tanah KM. Ini cerita lama...

Anonymous said...

salam - pejabat tanah? inilah pejabat paling indak mesra pelanggan - di KM sama di KK sama saja - hai nasib badan. Suami saya sampai mengamuk bah di sana - taulah dia tu panas baran.