SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, November 13, 2009

TANDEK BOLEH!

Tandek, Kota Marudu, Khamis: Mengagumkan! Siapa sangka sekolah luar bandar di Sabah berjaya menjadi johan online survey anjuran laman web doctorjob.com.my? Sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Tandek yang mengalahkan semua sekolah menengah seluruh negara yang mengikuti pertandingan tersebut (Keterangan lanjut layari http://doctorjob.com.my). Acara penyampaian hadiah komputer riba disempurnakan oleh En. Wilson Magusun (PPD KM) yang pada masa yang sama merasmikan Hari Anugerah Pelajar SMK Tandek 2009. Penerima di pihak pelajar ialah adik Sharil Junioh, pelajar 6 Sains Atas. Kejayaan SMK Tandek ini menjadi penanda aras bahawa kadar celik IT di Tandek dan Kota Marudu semakin meningkat dan masyarakat khususnya warga muda begitu berminat dengan internet. Maka sudah tiba masanya pihak yang berkenaan memperluaskan lagi kemudahan wireless percuma untuk komuniti dan bukannya terhad di kawasan2 tertentu sahaja.

9 comments:

Tulunbunou said...

wahhhh.... Tahniah kepada semua warga SMK Tandek. Khasnya kepada Pendidik SMK Tandek yg. telah berusaha mengajar pelajarnya celik IT.Begitu jg dgn Pelajar yg. berusaha untuk mengikut tunjukajar gurunya. Semoga Tandek Sekolah ku terus cemerlang!!

Terima kasih Tuan Presiden diatas paparan ini.

ming2elly said...

Tahniah SMK TANDEK!

seharusnya semua sekolah di Kota Marudu mengejar kejayaan seperti ini!

CONGRATULATIONS!!!

DINAKAN said...

TAHNIAH KPD YG BERJAYA...

SYABAS SMK TANDEK....
sekolah ini merupakan antara perintis kejayaan anak2 muda yg cemerlang d daerah kota marudu. Buktinya? Banyak atau ramai telah berjaya.

Apakata jika kita cadangkan SMK TANDEK dijadikan Sekolah Angkat terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

liau said...

Tahniah Tahniah - aku ada satu permintaan - Boleh kah SK Tandek (sekolah satu tingkat ditepi sungai) yang sudah wujud sejak sebelum perang dunia ke-2 tu di wartakan sebagai 'Warisan Negara"?

SANGURU said...

adess kak liau, klu sia ada kuasa ttg itu, mmg sy kata "LULUS". Mmg sesuai, setidak2nya diwartakan bangunan bersejarah.
Bah, sama2 war2kan dan klu ditakdirkan ada insan yg berkuasa membaca komen ni, bolehlah bantu2 ya tuannnn....

Sdr dinakan, SOKONGGGG....usahakan.

Panaitan Boy said...

Tak da berita dari SMK lain-lain ka?... asyik2 SMK Tandek ja ni!!.

SANGURU said...

jika ada sesiapa yg ada berita sila hubungi SAM. No. Hp dan email telah lama dipaparkan. Offer pun dah lama diberi. Semua info yg bersesuaian akan disiarkan. Tq.

Anonymous said...

Tahniah SMK Tandek...

sya rasa, xda salah sya tumpang bangga atas kejayaan ini... sbb,sya jga salah seorg produk SMK Tandek...
em,kelihatan Tuan Pengetua itu spt ku kenal....mcm Mr Keng pensyarahku d Maktab gaya dulu... hahaa...terima kasih cikgu Keng!

maaf sya mencelah kpd saudara Panaitan Boy... sya percaya d sekolah2 berhampiran kg anda mesti ada byk perkara menarik yg boleh d kongsikan...terimalah tawaran yg Sanguru & Rakan2 SAMnya berikan.. Kongsilh apa sja perkara yg anda ingin kongsikan.... klu Sanguru kata "LULUS"... kluarlh cerita itu d SAM ini....
sbb, kita sma2 adalh SAM...bagi sya, besar maksd "SAM" yg blh kita kaitkan @ kongsikan... SUARA ANAK MARUDU..SAYA ANAK MARUDU! kemudian SUMBANGAN ANAK MARUDU atau mgkn SEMANGAT ANAK MARUDU atau mgkn..?? terpulanglh apapun... itulah kita dlm ungakapan pendek.... "SAM"

p/s maaf Sanguru & Rakan2 SAM lain....sya harap..ungkapan yg sya buat d atas xda mnyinggung..sya sekadar cba, membwa keceriaan dalam suasana....harap maaf..

GB-Guru Biasa

SANGURU said...

tq GB. Bkn setakat info2, jadi penulis tamu pun dialu2kan. SAM "milik" kita cuma staf SAM jadi pengurustadbirnya.