SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 3, 2009

TERSADAI

RUANGAN PENULIS TAMU

OLEH: KULANZ

Hari selasa lepas, aku memulakan perjalanan awal dari rumah, lebih kurang jam 5.00 pagi. Melakukan perjalanan untuk menghadiri kursus.. Salah satu perkara yang wajib aku buat sebagai salah sorang yang perlu menurut perintah..

Dipendekkan cerita…. Sampai di satu kawasan (setelah memandu lebih kurang 50 minit)… aku tengok lampu sensor di dashboard kereta mula menyala… dah confirm dah… penyakit kereta dah datang! Masa tu, berabis tekan pedal minyak pun, kereta tetap tiada power… tak boleh jalan. Nasib baik aku sempat berhenti di bahu jalan. Aku matikan enjin kereta dan berehat sebentar..

Lebih kurang 20 minit berehat, aku cuba start enjin kereta dan cuba tekan pedal minyak… kereta dah datang power dah… cepat-cepat aku teruskan perjalanan… Tapi lepas jak pekan Kota Belud, kereta mogok lagi… Sekali lagi aku berhentikan kenderaan di tepi jalan. Macam sebelum ni.. aku matikan enjin kereta dan berehat lagi.. Masa tu lebih kurang pukul 6.20 pagi.. lebih kurang 6.50 pagi, aku start enjin kereta dan cuba memandu… kali ni memang kereta dah tak ada power… Rosak teruklah ni… dengan siapa aku minta tolong awal pagi macam tu… tak mungkin ada workshop yang buka time tu.

Apa lagi, aku terus telefon isteri… beritahu hal kereta mogok… dia terus bagitau aku akan datang ke tempat tu.. untuk ambil aku… Syukurlah, nasib baik isteri dah boleh memandu… Lepas tu aku telefon penganjur kursus, bagitau masalah yang berlaku. Nasib baik diorang faham. Iyalah.. macam mana nak datang kursus kalau kereta tersadai di tepi jalan. Aku kena uruskan hantar di workshop. Takkan aku biarkan di tepi jalan tu jak..

9994

Isteri sampai di tempat kereta aku rosak lebih kurang jam 9.30 pagi.. Sempat lagi aku tidur sementara menanti isteri… Isteriku lewat sampai sebab dia singgah di beberapa buah workshop di Kota Marudu… Tanya kalau worksop di sana tau nombor telefon workshop di pekan tempat aku tersadai… Senanglah berurusan nanti…

Lepas jumpa workshop yang berhampiran… aku bawa boss workshop tu tengok keadaan kereta… Boss tu bagitau yang kereta aku mengalami kerosakan sensor… Tu pasal CPU kereta tak boleh fikir dengan baik… sampai tak boleh control kerka.. lebih kurang gitulah… Runding punya runding, maka tinggallah kereta aku di Kota Belud buat seketika.. Kos? Kata boss workshop tu… periksa guna komputer = RM350 + Sensor = RM350 + upah = Boleh runding (??) + kerosakan lain = ??… Tak kisahlah, janji kereta okey lepas ni..

Hari ni aku datang opis.. kawan opis heran tengok aku datang pagi ni dengan beberapa helai pakaian kerja yang masih tergantung di kereta… aku tidak sempat punggah turun… penat aku tersadai di tepi jalan tu…

Daripada peristiwa ni.. aku belajar satu perkara tentang memohon pertolongan daripada orang… Kalau kita berada dalam kesusahan, ORANG yang pertama perlu kita hubungi ialah isteri/suami… kerana mereka inilah orang yang akan sentiasa ambil berat dengan kita… Bagi yang belum kahwin, mintalah bantuan ibu bapa..

4 comments:

SANGURU said...

kisah yang menarik tuan. Pengajaran yg saya dapat: sayangi orang tersayang, jaga dia baik2, dan beri ganjaran sewajarnya. Demikian juga sahabat baik kita, hak2nya pun sama mcm yg tersayang. Piaralah sahabat kerana sahabat sejati tidak pernah gagal untuk meringankan kesusahan dan derita kita. Selalunya begitulah...
Teruskan menyumbang tuan.

SANGURU said...

tuan penulis/pembaca, suatu ketika dulu dalam suatu perjuangan (yg hanya difahami oleh sahabat2 terdekat,), beberapa kali aku memohon pertolongan dan setiap kali itulah aku menangis sendirian:
1. Aku menangis bila kaum kerabat sendiri memandang amat serong dan tidak menghulurkan sebarang bantuan,
2. Aku menangis bilamana sahabat2 ku kalangan bangsa lain termasuk orang seberang Indon, ikhlas membantu kerana tahu perjuangan itu,
3. Aku menangis takala bermunajat dan mengadukan isi hatiku kepada Tuhan...
Tangisan demi tangisan itu mendewasakan dan membijaksanakanku. Jika Hemingsway menulis buku "untuk siapa genta bergema", aku jua ingin bertanya "untuk siapa airmataku tumpah?"...

Sekali lagi tuan penulis, sama2 kita sayangi sahabat sejati (isteri pun sahabat jua) kerana dalam hidup dan perjuangan, amat payah menemukan sang sahabat yg ikhlas menangis bersama. Itupun kalau ada!

Little Mike (LM) said...

setuju tn..

menghargai orang terdekat dalam serba serbi kehidupan.. apa lagi kalau bercakap soal institusi keluarga. Kekalkan semangat saling bantu membantu..

Kulanz Salleh said...

Terima kasih tuan sanguru dan tuan LM.. perkongsian daripada tuan berdua juga telah memberikan semangat kepada saya... moga persahabatan dengan isteri dan juga rakan karib akan terus terjalin erat