SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, December 1, 2009

ADA APA DENGAN JAGUNG?

Pesta jagung yang baru saja berlalu pada 21-22 Nov yang lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi para pengunjung dan orang2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaannya. Ada yang berpendapat ianya sangat meriah. Ada juga yang berpendapat banyak kecacatan yang kelihatan. Ada lagi yang berkata pesta jagung tidak sesuai kerana jagung bukanlah ikon yang sesuai untuk Kota Marudu memandangkan tanaman utama di daerah ini ialah padi dan bukan jagung. Bahkan terlalu sedikit pengusaha jagung di Kota Marudu. Kenapa jagung menjadi ikon Kota Marudu? Saya juga tidak ada jawapan yang pasti dan seperti para pembaca sekalian juga, masih tertanya2, dari mana datangnya jagung di Kota Marudu? Mari kita merungkaikan sedikit maksud penggunaan jagung sebagai mercu tanda Kota Marudu. Secara faktanya, jagung merupakan makanan yang tinggi nilai nutrisi. Sumber makanan yang lengkap dengan kandungan lemak tak tepu, kabohidrat, protein, vitamin (A, B1, B3, B5, C), mineral (kalsium dan magnesium), serta mengandungi serat untuk melancarkan sistem penghadaman. Jadi, tidak hairanlah jika jagung merupakan makanan yang amat berkhasiat bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada binatang ternakan seperti lembu dan sebagainya. Bahkan jagung sebenarnya merupakan salah satu sumber utama makanan dunia. Amerika Syarikat merupakan pengeluar utama jagung di dunia (merangkumi hampir 50%). Selepas itu diikuti oleh negara2 seperti China, Brazil, Mexico dan negara2 Eropah yang lain. Malaysia dan Kota Marudu terletak di mana dalam senarai ini? Terlalu jauh ke bawah, kalau bukan yang terbawah. Namun, mungkin kerana kepentingan dan kelebihan jagung dari segi kualiti makanan, maka jagung diambil sebagai ikon Kota Marudu untuk menggambarkan betapa pentingnya Kota Marudu dalam peta Sabah dan Malaysia. Mungkin kerana pengeluar jagung dunia merupakan negara3 besar dan semakin pesat membangun, maka jagung diambil sebagai ikon Kota Marudu untuk menunjukkan betapa Kota Marudu juga merupakan sebuah daerah yang 'besar' di Malaysia dan perlu di'maju'kan. Jika alasan di atas adalah sebabnya, saya salute siapa pun orang yang telah mengetengahkan idea tersebut kerana ia merupakan idea yang visionary (memandang jauh ke hadapan) untuk kemajuan dan kemakmuran Kota Marudu. Tetapi jika pengambilan nama jagung itu semata2 kerana belum ada ikon jagung dan pesta jagung diadakan di mana2 daerah di Malaysia, saya ingin menggesa agar mentaliti itu diubah kerana Kota Marudu bukan perlukan kelainan tetapi kemajuan. Kita sudah ada kelainan yang terlalu lama dipertahankan, iaitu dalam banyak2 daerah di Malaysia, Kota Marudu merupakan salah satu daerah yang termundur. Di samping itu, saya turut bersetuju jika ikon jagung itu jangan dibiarkan hanya sekadar ikon, tetapi diperlengkapkan dengan commercialization jagung di Kota Marudu. Kota Marudu bukan pengeluar utama jagung di Malaysia, tetapi berpotensi besar untuk ke arah itu. Terima kasih atas pengenalan jagung 1 Kota Marudu. Cuma jangan hanya sekadar hangat2 tahi ayam, dan membiarkan para petani kita tidak terdidik dalam penanaman, penuaian, dan pemasaran yang berjaya. Akhir kata, meskipun jagung kita jadikan sebagai ikon Kota Marudu, tetapi janganlah kita mengikut resmi jagung yang semakin berisi semakin menegak, tetapi ikutlah resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Selamat maju jaya untuk kita semua.

18 comments:

Tulunbunou said...

Kupasan idea yg. membuka minda utk terus berfikir... terima kasih saudara Ison. Semoga daerah Kota Marudu terus maju.

SANGURU said...

sepengetahuan, sependengaran sy la, ikon/nama pesta dipilih kerana BELUM ADA di tempat lain dan kerana ada jual2 jagung tepi2 jalan yg jd keunikan KM.
Sy ok saja. Bagus. Yg penting ikon itu tidak dipersenda org luar dan dimomok org KM sendiri. Masa sentiasa ada utk membuat penambahbaikan. Pendapat umum perlu diambil perhatian, barulah ada kemajuan.

Ttg tunduk dan tegak, sy x brapa kisah sgt. Yg x manis klu tong kosong. Ada kalanya dan ttiba masanya org2 KM yg berisi - TEGAKKAN KEPALA, PANDANG DEPAN, KEMBANGKAN DADA - KM BOLEH, SABAH BOLEH, MSIA BOLEH. Rasanya, klu nawaitu menegakkan diri itu baik, Tuhan dan manusia boleh terima.

Tulisan yg baik kerana MEMBUKA MINDA DAN MENEGAKKAN YG BAIK. TEGAKKAN LG DOC!

SANGURU said...

bukan saya nak puji daerah sendiri tanpa fakta.

KM boleh digerak menjadi no.1 di Malaysia. Dulu, KM antara penanam koko terbesar di msia. Tembakau no,1 di dunia (masa era Belanda). Bila ada potensi, padi, sekelip mata petani membesarkan saiz sawah (pakai kos sendiri) kini jd no.2 d Sabah. Maksud saya, anytime KM blh jd no.1 pasal produk jagung, tapi ingat: MESTI ADA JAMINAN BHW ADA UNTUNGNYA. ADA INPUT2 SESUAI. Jgn dok cakap, jgn dok pesta jagung ja. Org kg menyampah dah...buang karan saja tanam jg klu x ada keuntungan, baik tanam padi, sawit, getah dll. Nah, di sinilah letaknya peranan PEMIMPIN...perlukah kita mengajar 1 persatu?

maikong said...

saya sependapat dgn tn sangguru:
December 1, 2009 11:43 PM
setiap daerah perlukan ada pesta utk mempromosi dearah masing2, so pesta jagung belum ada yg pakai dan ngam2 pula KM d sepanjang jln manggaris-ulu kukut..penduduk di situ ada jual/bakar/monunu jagung. maka jadilah pesta jagung sebagai Ikon KM..cuma klu boleh maskot jagung itu perlu d buat d roundabout pekan goshen atau d simpang tiga kk-kdt-kmu.

Anonymous said...

Salam
Hahaha...kalau ingin jadi ikon tu biarlah jadi kenyataan. Kalau setakat dapat nama, menang sorak dan jd modal politik tiada makna. Menteri sudah buat statment satu Malaysia ni, bahawa KM akan bakal pengeluar jagung utama di Msia. Kena buktikan, kalau nda malu kita satu Malaysia. Lagi satu kepada pihak yang berwajib di Kota Marudu, ajarlah petani gunakan varieti jagung yang sesuai. Saya pernah beli jagung di tempat yang sdr maikong sebut tu. Alamak tiada rasa, macam makanan ayam sahaja. Sebabnya, petani guna benih jagung yang kurang berkualiti.

Kalau mau jadi ikon tanaman jagung di Msia, perlulah usaha lebih, komitmen dari MP kita minta bantuan, baiki infra, bagi bantuan mesin, pemindahan teknlogi kpd sasaran kena mantap, barulah impian jadi ikon jadi kenyataan. Siapa nda mau jadi macam perak Ikon tanaman durian, Johor gah dengan tanaman nenas, Kedah dengan jelapang padinya, sarawak dengan beras wanginya dsb. kalau setakat jadi ikon sebab jual jagung bakar di tepi jalan belum cukup lagi sedara. Kalau tuan-tuan pergi ke cameron, sepanjang jalan orang asli di sana pun jual jagung bakar. Kesimpulannya, banyak perkara lagi yang perlu dibuat dan usaha kena lebih. Cuba tuan-tuan kaji semenjak pesta jagung ini diadakan apakah perubahan/impak yang jelas? Tiap2 tahun saya balik KM, tp jagung bakar masih apalo lagi. Setakat bahan cerita kedai kopi atau blog memang sedap, tetapi on the ground memang payah.

Saya bukan mau mempersenda malahan menyokong sepenuhnya impian tersebut. Malahan bersetuju pesta jagung tersebut atas kelebihan memberi kesedaran, pendedahan dan membuka minda kepada warga KM. Cuma biarlah ada impak kepada industri jagung di KM.

kpd sanguru, mmg KM skrg sudah jadi no.2 selepas KB dari keluasan tanaman padi. Persoalannya, brp purata pengeluaran padi petani di KM? Dan berapa petani yg mampu mencapai hasil tuaian 7-8t/ha. Bagaimana dengan infra? bagaimana dgn aspek pengembangan? Sama2 lah kita renungkan.

:Alangkah aiknya sekiranya sawah di KM ada infra pengairan seperti di Sekinchan. Untunglah pesawah KM.

maikong said...

eyi betul itu anony December 2, 2009 10:24 AM

apalo ka anony, sapu sama planta+garam bah..macam jagung yg d jual d kk(prince philip park)..Tg aru.

Anonymous said...

kalau tanam byk2 ni jagung, mana mau jual ah?
selain d tepi2 jalan dan pasar2 la... ada pemborong ka? atau ada cadangan lain?
tentu jenuh juga menunggu jagung habis terjual semuanya dalam jangka masa yg lama kalau mengharap org datang membeli d tepi2 jalan atau d pasar2.

Anonymous said...

Hahaha....maikong jgn makan banyak sgt planta+garam, nti kolestrol.

Tentang pasaran pula selain tepi jalan+pasar, saya pun nda pasti. Mau cari lubang betul2 tu. Kalau sime darby diorang jadi pembekal kepada pasar raya besar. Dorang jual sweetcorn. Keluasan lebih kurang 300ha. Tanya Fama la lagi bagus.

Kalau di Perak ada usahawan cina yang tanam jagung sweetcorn. Dia pun ada ladang sendiri dan bagi contract farming sama petani di kawasan sana. Tapi dia sudah ada market sendiri.

Kalau saya la, baik saya tanam sawit, modal sekali ja lepas itu boleh dapat hasil sampai 25 tahun.
Tanam padi pun boleh tahan lagi untung drp tanam jagung. Kalau ada sawah 10 ekar boleh sudah beli kancil 2nd. Buat apa mati2 tanam jagung sedangkan tanaman lain lagi menguntungkan. Saya bukan melemahkan semangat penanaman jagung tapi itulah realitinya. Kalau sara diri tu lain ceritalah. Setakat beli liniking dan garam bolehla.

Kalau mau jagung yang sedap dan manis, tanamlah bah jagung hibrid. Ndalah payah lg taruh plant+garam. Makan mentah2 pun boleh tu.

SANGURU said...

adapun maksud saya ialah KM bersedia utk dimobilasi menjadi APA YG KITA MAHU cuma perlu diordinasi dan dikordinasi dan dimotivasi dgn betul. Daerah2 lain di Msia pun gitu juga. Ada potensi masing2. Ada yg sudah maju kerana ada usaha yg betul dan praktikal ke arah itu. KM perlu dijadikan begitu...

Anonymous said...

Jika membaca tulisan Sanguru ni memang KM tidak termasuk Daerah Termiskin d Negara ini. Atupun KM pura2 Daerah TERMISKIN?.....Jika benar bagai d kata kenapa juga tidak d gerakkan Jentera Kerajaan dan pemimpin BN yg maha Berkuasa itu untuk turun ketanah membuktikan bahawa Zaman ini juga KM adalah No 1 D Dunia Pengeluar JAGUNG 1 MARUDU d dalam Negara Malaysia yg d Perintah oleh 1MALAYSIA yg tersohor dengan Slogan kata2 "JANJI SABAH 100 HARI-dan SABAH BARUnya !!! Dimana sudah sunyinya JANJI 100 HARI & SABAH BARU itu !!!

Anonymous said...

Salam semua...
Biarlah jagung itu kekal sebagai ikon kota marudu walaupun atas alasan belum ada daerah lain di Malaysia yang menggunakan ikon ini, yang penting sekarang ini ialah bagaiman hendak mempelbagaikan proudak daripada jagung tersebut dan tidak hanya tertumpu di gerai-gerai tepi jalan sekadar untuk mengisi perut.

Saya percaya bahawa masih banyak lagi rahsia yang para ilmuan belum ditemui, mungkin bahan yang diestrak daripada jagung boleh digunakan sebagai bahan kosmatik dan sesuai dari segi perubatan kerana penyakit juga mengalami evolusi setiap masa.

Walupun negara lain telah muncul dipeta dunia sebagai pengeluar jagung yang terbesar tetapi mungkin bukan nasib mereka untuk menemui keajaiban ini. lagipun sektor pertanian semakin penting di abad ini.

Kota Marudu tidak akan kemana-mana hanya kerana menolak jagung sebagai ikon yang paling sesuai di Kota Marudu.

Maaf ya, ini cuma pendapat suka-suka saja tidak ada fakta. Saya cuma sampaikan mesej bahawa apa-apapun boleh menjadi kenyataan asalkan optimis dan kretif. Sama-samalah kita fikirkan yang terbaik untuk daerah bertuah ini.

kita-kita saja bah ini

MindaGuru said...

Tahniah dr. berjaya membuat pembaca berfikir dan berfikir.. Ya biarlah ikon jagung benar2 memberi faedah kepada rakyat KM.

Buat mereka yang berkenaan, diharap pandangan dan cadangn semua pengomen diambil perhatian.

Salam

Umar al-Longobi said...

demi menghapuskan `kelainan` itu, apa yg ada usahakan betul2. kita panjangkan tempoh kehangatan `tahi ayam` tersebut. selepas itu upgrade dan tambah nilai dari semasa ke semasa.

Gaaman said...

Tahniah dan Syabas kpd penganjur "Pesta Jagung". Pandangan jauh penganjur utk menjadikan pesta ini sebagai sebahagian drp usaha/kaedah utk menyubur dan mengembangkan industri pertanian(dan industri lain2) di KM. Dengan kata lain utk MEMAJUKAN KM.

Usaha dan tindakan penganjur utk BERANI melaksanakan pesta ini, walaupun KM bukan pengeluar utama Jagung di Sabah(Malaysia/Dunia), serta tanaman jagung bukan merupakan tanaman utama di KM, amat mengkagumkan!.

Teruskan usaha Puan DO!!..

Anonymous said...

Salam,
Tidak mustahil KM sbg ikon jagung di Msia. Oleh itu penanam jagung KM perlu usaha lebih dan kjaan perlu lah beri bantuan kpd mrk. Dan warga km perlu buktikan impian ikon jagung mjadi kenyataan. Dan terpulanglah kpd petani KM menilai pelaburan mana yg lebih menguntungkan. Penanam jagung KM tidak akan kemana-mana dgn hanya menjual jagung di tepi jln atau pasar sahaja. Nilai tambah drp tanaman jagung perlu ada, barulah dapat menembusi pasaran tempatan. Oleh demikian, penanaman secara small scale tidak lagi significance jika ingin kearah itu. Perlu penanaman secara besar2an perlu dilakukan, barulah menguntungkan dan ada nilai tambah berasaskan produk jagung. Insyallah, impian ikon tersebut menjadi keyataan.

Namun demikian, satu benda yang saya betul2 sokong dengqan penganjuran pesta tersebut adalah pendedahan ilmu kpd warga KM berkenaan dgn teknologi terkini dlm bidang pertanian. Kita kena ingat zaman skrg ni adalah zaman K-knowledge. Ilmu itu amat penting dlm memulakan sesuatu usaha dan modal semata-mata bukan lagi sebagai ukuran kejayaan kpd perniagaan.

Cuma kita renungkan kpd kes pengeluaran padi negara. Berapa banyak bantuan yg diberikan oleh kjaan kpd pesawah padi semata2 utk meningkatkan SSL negara? Macam2 bantuan diberi-subsidi, baja, racun, baiki infra sawah, kursus kpd petani, sunsidi SUBUR dsb. Sebabnya beras adalah makanan utama negara dan dgn apa sekalipun SSL negara perlu dicapai sebagai jaminan kpd food security negara. Bayangkan sekiranya tiada subsidi dan bantuan, saya fkir akan semakin kurang orang berminat utk menanam padi disebabkan kurang menguntungkan ekoran peningkatan input pertanian yang meningkat hampir 20% setiap tahun.
Dan cuba kita letakkan situasi tersebut kpd tanaman jagung, kalau ada semua banuan tersebut, industri jagung juga akan jadi mantap. Kita tidak akan dapat bersaing dengan negara pengeluar jagung utama dunia sprt USA, sebabnya mereka ada kelebihan dari segi cuaca yang konsisten dan tanah yang subur. Tambahan pula jagung adalah salah satu makanan ruji mrk. Tapi utk memenuhi keperluan tempatan adalah tidak mustahil.

Ini cuma pengalaman saya berbual2 dengan mereka yang mahir dgn tanaman tersebut. Tapi kalau jiwa berbudi kpd tanah itu mmg sudah sebati kpd warga KM, untung atau rugirugi bukan lg ukuran. Yg penting kepuasan. Salam.

-Orchardrace-

Anonymous said...

Salam,
Masa inilah kita menilai kepimpinan dan wawasan pemimpin kita samada beliau tahu apakah kekuatan daerah KM pada masa ini. KM tidak ada kilang2 industri, apatah lagi jlan infra timbang mengaris -K.Belud yang sudah lama berlubang-lubang dan merbahaya kpd penggunanya. Macamana pelabur mau berminat membuka kilang di KM dengan kemudahan asas yang kurang memuaskan. Apa yang saya lihat, KM ada kekuatan dalam industri pertanian dan perikanan. Tambahan pula warga KM ini rajin2 belaka dan kos buruh agak murah. Tp kita tidak hanya bergantung kpd pertanian dan perikanan semata2, perlu lebih dari itu jika ingin KM maju dan kadar kemskinan tegar menurun.

Formula utk menurunkan kemiskinan amat mudah mcm sifir dua. Berikan setiap warga KM pekerjaan, nescaya kemiskinan kakan berkuranga. Melaksanakan formula tersebut bukan mudah seperti yg kita rancang atas kertas. Maaf terlebih sudah...

Anonymous said...

Panas pula serita jagung ni - ikut2 dulu ka sia beserita - duuuuulu bapa sia sampai di Tandek tahun 1940 - sebelum perang jipun. Mula-mula sampai dia bilang dia menangis sabab sunyi butul ini tampat dan lagi urang-urang makan jagung (jagung tua ditumbuk halus macam beras dan di tanak macam nasi)

Siapa ingat itu kabun sawit Mr Steel sikarang sudah SLDB kali tu. Bah itu dulu kabun Mr Evans, urang putih yang menanam jagung. Itulah kabun dia dulu. Dia saja yang tanam jagung begitu luas dan guna traktor. Urang tua2 tantu masih ingat lagi. Isteri dia Mrs Evan dulu jadi nurse di rumah sakit Tandek. Itulah mangkali jagung dipilih jadi ikon KM...cuba bah selidik.

Anonymous said...

Sia benar2 setuju pendapat Umar al-Panjangubi sekalipun tulisannya bgtu pendek...he he he