SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 16, 2009

AL KISAH TERSEBUTLAH KISAH...

Pada suatu tahun di abad ke-21, seorang datuk bercerita kepada cucunya yang berminat menyelidik tentang salasilah dan sejarah bangsanya yang bernama KIRA RAGANG. Maka berceritalah datuk itu lebih kurang begini ceritanya.
Pada zaman dahulu (awal abad ke-21) ada satu tempat di sebuah negeri bawah ribut namanya. Di tempat puaka itu ada sepohon kayu bercabang dua yang tidak disenangi penduduknya yang ditanam oleh seseorang dari dataran tinggi. Pohonnya cantik, halus dan tegap tapi jarang berbuah dan kalau berbuahpun habis dimakan makhluk luar biasa yang memang tinggal di pohon besar itu. Adalah beberapa orang yang dikira pendekar berusaha keras mahu menebang kayu itu. Ramai yang memaki hamun, ada yang mengelar mengguna pisau, ada yang mengguna kapak, ada yang guna parang, ada yang menggunakan aura dalaman, ada yang cuba mencantas dahannya. Maka saling bertelingkahlah sesama mereka, masing2 anggap dirinya kuat, menyatakan senjatanya yang paling sesuai. Namun kayu puaka itu tetap juga subur walaupun hanya tinggal satu dahan (dahan yang satu hilang dek angin perubahan barangkali...)
Akhirnya datang seorang lelaki kurus (tiada putungan pendekar) dan mengusulkan: kayu itu keramat. Yang boleh menghilangkannya adalah sang penanamnnya. Hantarlah utusan yang paling jujur dikalangan kalian. Pujuklah ia seikhlas2nya agar mengasihani para penduduk yang rasa tersinggung dan tidak berpuas hati dengan pepohon kayu itu. Jika sekiranya rayuan kalian tidak juga diendahkan maka gunakanlah ini (beliau menunjukkan sebatang pensil daripada kayu), cucuklah akar tunjang kayu puaka ini secara beramai-ramai, nescaya akan tumbanglah kayu besar ini keesokan harinya. Kata lelaki kurus itu lagi: adapun semua ini sebenarnya adalah takdir buruk kepada kita semua kerana kesilapan orang kita sendiri suatu ketika dulu. Sang penanam itu hanyalah asbab kepada takdir buruk itu, maka janganlah sesekali memarahi beliau kerana jika kalian terus marah2, kayu ini akan bertambah saiz dua kali ganda!
Maka berkatalah datuk itu kepada cucunya: Akhirnya, pepohon yang kurang disenangi itupun akhirnya ghaib dan tumbuhlah pohon nunuk Kimaragang di tempat itu seperti sedia kala.
Maka berwasiatlah datuk itu: "Wahai cucuku, demikianlah, kalau ada permasalahan, gunakan akal untuk mencari akar sebenar masalah. Zaman kalian semakin canggih, kalian mesti menggunakan kepintaran...

10 comments:

SANGURU said...

mulanya sy tiadakan ruang komen utk entry ini kerana risau ada komen yang membuat andaian kurang tepat lantaran kurang memahami latar sejarah dan cerita serta rahsia2 yang hanya diketahui oleh penulis dan beberapa "pakar bedah masyarakat".
Namun ada sahabat yang ingin benar komen dibuka kerana menurut beliau entry ini bagus sekali (pada saya cerita ini biasa2 saja bahkan saya senyum2 sija masa menulisnya hanya via hp sy).
Namun percayalah, inilah hasil "pembedahan dlm masyarakat". Saya paparkan kerana sedih melihat polimek demi polimek kalangan rakan2 saya sendiri yang sebenarnya sangat cintakan bangsanya tapi mungkin tidak mengetahui al kisah disebalik begitu banyak cerita ceriti di sana sini.
Kpd "bro lumpis" (harap ada membaca), saya "si lompok" telah memaparkan apa yang kita tahu. Kita ini ikan kecil yang sentiasa ke hulu ke hilir dari paya ke paya, dr sungai ke sungai bahkan ke lautan dan perbukitan, menyelami dasar permasalahan. Masalahnya berpunca dari "1 masalah", insyaAllah masalah itu akan selesai jua sebelum kita mati.

Anonymous said...

dulu masa saya kecil2...sekolah rendah lg..time saya pigi sikulah ada tu nunuk di siring jalan...bikin takut.....hari2 limpas tu nunuk dalam keadaan ketakutan...tp skrg tu pokok nunuk suda kana tumbang...jarang suda la saya terjumpa nunuk skrg ni...teda suda kali kan....zaman sudah berubah..

Anonymous said...

nunuk ragang di Ranau, ada ceritakah yg boleh kita kongsi.

tq

maikong said...

anony,December 17, 2009 8:41 AM
itu nunuk dekat sungai lamou kah maksud kau nunuk dulu2...

Anonymous said...

iya ba maikong..mana suda tu nunuk???di tebang dek arus perubahan laluan sungai lamou...tp disebalik penebangan nunuk tersebut byk cerita yg saya dengar...tp saya nda pasti betul ka nda...mo kana tanya2 org2 lama@tua ni sana masolog....ada kaitan jg ni sma cerita nunuk c sanguru tu...mungkin la..????

maikong said...

bikin naik bulu itu nunuk itu, ..tapi inda ada apa2 juga bah...itu cerita dulu2 ada mondou dia org bilang...
yg nunuk lamuo ini..indada kaitan dgn nunuk yg sangguru maksudkan..

MindaGuru said...

Ngam Tn..unsur pengajaran yang baik,
hanya dengan menggunakan akal yang bestari untuk mencari akar atau punca sebenar permasalahan itu barulah ia dapat diusahakan penyelesaiannya...kalau tidak mungkin masalah tempelan sahaja yang selesai tetapi sel masalah itu masih ada dan pasti penyakit itu akan "kambuh" semula.

salam.

Anonymous said...

Salam,

Ketakutan itu pemberi kekuatan....

maikong said...

ANONY December 18, 2009 7:45 PM
ADA BETUL JUGA itu..biasanya klu takut sama itu nunuk..boleh beri kekuatan utk berlari...

Anonymous said...

Sanguru, Sindiran dan tulisan anda ini terang2an sudah bahkan....? Jadi macam manalah kamu mengatasi perkara yg semakin berlarutan ini? Hanya menyindir dengan tulisan sahaja tidak akan membawa KESAN yg begitu BERKESAN.......Sampai kapan pun juga Warga KM/Tandek tidak akan MENUMBUHKAN NUNUK KIMARAGANG d Kawasan KM/Tandek, Percayalah.....