SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, December 1, 2009

BAYANGKAN KALAU MEREKA TIDAK BERSUARA...

KG. TG.BATU, TANDEK, KOTA MARUDU: Pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada penduduk setempat tentang maklumat kewujudan telaga/sumur keramat yang menjadi punca air kepada seluruh penduduk pesisir pantai Tg. Batu. Saya begitu kagum dengan sumur tersebut yang walaupun kecil dan tidak dalam tetapi tidak pernah kering dan menjadi sumber air sejak sekian lama. Menurut penduduk kampung, air tersebut keluar dari rekahan batu di kaki bukit dan saya mengesahkan kebenarannya. Menurutnya lagi sumur ini tidak boleh ditutup, kalau ditutup airnya menjadi hitam, dan tidak boleh berkelakuan tidak senonoh kerana sudah ada beberapa orang jatuh sakit selepas berkelakuan demikian di sumur tersebut. Sumur ini hampir musnah akibat pembinaan jalan aspal tetapi dibantah oleh para penduduk. Pihak kontraktor dan konsultan terpaksa membuat jajaran jalan baru untuk mengelak sumur tersebut walaupun terpaksa membayar banyak pampasan keatas rumah2 lain. Bayangkan kalau penduduk kampung ini hanya tunduk dan tidak bersuara/membantah. Tentu mereka sengsara tidak punya bekalan air bersih, kerana hingga kini bekalan air paip dari Jabatan Air hanya mimpi tak kunjung jadi realiti. Kerana menyedari realiti bahawa sumur keramat itu satu anugerah Tuhan yang amat tidak ternilai, maka saya sempat menitipkan pandangan kepada pemilik tanah, "hutan/belukar kawasan sumur ini mesti dikekalkan selamanya".

7 comments:

SANGURU said...

tambahan: penduduk kg telah membuat sistem perpaipan sendiri dari sumur ini, maka setiap rumah mendapat bekalan air bersih dan jernih secara berterusan dan secara PERCUMA. KITA DI TAMAN2 DI BANDAR2 MACAMANA? ...

SANGURU said...

iklan:
Nantikan catatan selanjutnya berkaitan tingalan sejarah sekitar Tg. Batu.

maikong said...

tn sangguru, saya pernah jumpa sumur(berair jernih).jarak kurang 20 meter dari airlaut(pantai)..di SK sri pantai Tungku..namun saya tidak tahu pula ia keramat atau tidak..cuma yg saya tahu air ini di gunakan sebagai sumber air bersih kepada penduduk kg..saya cuma minum air itu langsung tiada rasa masin..sama saja air deepwell yg ada di kg saya(damai)..perigi yg terletak d depan dewan serbaguna damai..keadaan muka bumi tg.batu dgn kws sk sri pantai tungku lebih kurang sama..berbukit batu dekat dgn pantai..
kita di bumi bertuah sabah ini sangat beruntung krn ada sumur2 seperti ini..

Anonymous said...

apa itu keramat ?

Umar al-Longobi said...

wajar dipelihara!

kyro said...

Nasip diurang bijak....kalau tidak mana mau dapat air? Jiran2 saya d Tandek pun terpaksa ambil air perigi d rumah saya....mau harap air dari jabatan air? adehh nda payahlah

SANGURU said...

keramat membawa dua maksud:
1. Sesuatu yang hebat, bawa tuah, banyak jasa, dll. Cth: stadium shah alam, stadium keramat team selangor.
2. Sesuatu yang dikaitkan dgn sesuatu karamah yg dimiliki oleh org2 qaramah.
Realitinya, telaga ini memenuhi definisi no.1.
Menurut cerita orang dulu2, telaga ini ada kaitan juga dengan no.2.
Apapun, telaga ini MESTI dipelihara. Tq