SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 16, 2009

BERSATU HATI DALAM PERJUANGAN 2

Salam perpaduan dan persaudaraan. Terima kasih di atas komen2 yang bernas dan membuka minda dalam artikel yang terdahulu. :) Izinkan saya untuk menyambung penulisan artikel ini. Namun, terlebih dahulu saya ingin mengingatkan semua pembaca bahawa saya hanya berbicara atas kapasiti sebagai penulis sahaja. Saya bukan orang dan berada di tempat yang tepat untuk menerangkan kenapa ada dua persatuan Kimaragang dan mana satu persatuan yang lebih baik kerana saya bukan presiden mahupun AJK dalam mana2 persatuan tersebut (walaupun sedikit sebanyak saya mengetahui selok-belok kedua2 persatuan ini). Saya masih berpendapat bahawa persatuan itu umpama kapal dan bangsa Kimaragang ialah lautannya (lautan manusia). Mungkin jika semua orang Kimaragang menjadi ahli atau dianggap sebagai ahli dalam mana2 persatuan Kimaragang, maka lebih wajar sedikit kita sinonimkan bangsa Kimaragang sebagai kapal itu. Tetapi pada hakikatnya mungkin tidak sampai 10% pun orang2 Kimaragang yang menjadi ahli dalam persatuan sedia ada. Lebih ramai yang berada di lautan luas, bebas dan berkecuali, serta tidak melihat pun persatuan sedia ada sebagai persatuan yang benar2 mewakili bangsa Kimaragang. Betulkah kita benar2 bersatu hati dalam perjuangan? Saya juga bertanya soalan yang sama, dan tulisan ini hanyalah lontaran idea agar kita memperhitungkan kemungkinan2 yang baik dalam situasi bangsa Kimaragang pada ketika ini. Memanglah dalam suasana yang ideal dan mengizinkan, hanya satu persatuan Kimaragang yang diperlukan. Tetapi pertemuan sekelompok gabungan para intelek dan pemimpin lama bangsa ini sedikit waktu yang lalu telah melihat keperluan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang boleh mengangkat dan memayungi garis2 perjuangan yang telah disenaraikan dalam pertemuan tersebut. Dalam artikel ini saya hanya mengajak para pembaca untuk berfikir dan menilai perkara2 yang baik daripada perkembangan yang dianggap sebagai perpecahan ini. Kita sudah banyak disogokkan dengan segala pemikiran negatif dan pesimis. Kenapa kita tidak memilih untuk berfikir dengan lebih positif dan optimis terhadap hal2 yang baik pula? Jika kita berhasrat dan berusaha untuk mencari kebaikan, pasti ada kebaikan di sebalik semua perbezaan ini dan tentu ada kesatuan yang boleh kita perjuangkan. Kita tidak seharusnya terlalu membandingkan bangsa kita dengan bangsa lain. Perjuangan bangsa Kimaragang hari ini menjadi sedemikian rupa kerana mengikut acuan perjuangan para pemimpin bangsa ini terdahulu. Namun, di sini bukanlah pentas untuk mengadili sesiapa. Para pemimpin lama perlu dihormati dan perjuangan mereka wajar dihargai dan diteruskan, sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Cuma mungkin sudah tiba masanya gerakan yang dipelopori oleh pemikiran2 baru yang lebih kompetitif dan proaktif, maka kapal baru yang lebih besar dan lebih banyak kelengkapan dan muatannya dibina untuk melayari lautan bangsa yang bergelora ini. Nota: Sila klik link berikut untuk membaca teks ucapan dasar presiden KIMARAGANG dan penasihat pertubuhan tersebut ketika pelancaran pada 13 Disember 2009 yang lalu. Ucapan Presiden http://presidenkimaragangmalaysia.blogspot.com/2009/12/rukun-kimaragang.html Ucapan Penasihat http://presidenkimaragangmalaysia.blogspot.com/2009/12/pertubuhan-kimaragang-malaysia-umpama.html

38 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya tertarik dgn penulisan Dr. Persatuan (PKM dan PKBS) ibarat kapal dan nakhoda yg belayar di lautan luas dan lautan itu adalah bangsa kimaragang. saya setuju dgn kenyataan tersebut. Pilihan ditangan masing2 kapal mana yg ingin ditumpangi ke pelabuhan. Inilah yg dikatakan manusia sentiasa punya pilihan.

Cuma diharapkan agar kapal2 tersebut tidak belayar bebas di lautan tanpa arah, tanpa mengetahui ribut dan taufan dan tanpa pengetahuan. Takut dilambung ombak besar dan karam di tengah lautan, nanti jadi tukun tiruan.

Terpulanglah para kapal tersebut samada ingin menjadi kapal dagang atau kapal perang.

kalau memilih sebagai kapal dagang, pasti akan wujud persaingan perniagaan kerana masing-masing inginkan keuntungan.

kalau memilih sebagai kapal perang, salah satu kapal tersebut mesti menjadi kapal pemerintah untuk mengatur serangan/strategi. persoalannya, kapal yg mana satu mengambil alih peranan tersebut. kapal sekarang ni amat canggih. Sesebuah kapal perang moden boleh melancarkan serangan 3 dimensi (laut, Udara dan darat). Kapal semacam inilah yg kita mau dalam aset ketenteraan.

Demikian juga kalau memilih sebagai kapal nelayan. kalau pakai kapal kecil, skop tangkapan cuma di persisir pantai dan skala tangkapan pun kecil-kecilan. Kalau mau jd kapal mcm dlm discovery channel (deadliest catch) kena lah beli kapal besar yg cukup peralatan samudera,baru hasil pun lumayan.

Anonymous said...

apa ba kamu cakap ni?
LIHAT KONSEP INI....
BANGSA KIMARAGANG adalah kapal yg belayar di atas LAUTAN DUNIA, sementara PERSATUAN2 N PEMIMPIN2adalah NAKHODA2nya. di sini lah dapat kita lihat dengan jelas mengapa kewujudan persatuan kimaragang yg lebih dr 1 itu tidak baik untuk survival bangsa kimaragang sebab 1 kapal, ramai nakhoda. lama kelamaan, nakhoda2 itu sendiri yg bergigit sebab berebut jd KAPTEN untuk KAPAL KIMARAGANG!!!
Sdra ANON n yg lain2 itu kena faham konsep sebenar.
Jgn terlalu 'playsafe' saja. perkara ini sdh berlaklu. jd, KITA KENA KUPAS BTL2 IMPLIKASI DIA.
itu saja.

Anonymous said...

Anon 4:37pm..
Kucar kacir pula konsep mu itu.. Nakhoda sama kapten sama ba maksudnya. Nakhoda dlm BI maksudnya captain tp dimelayukan jd kapten. Hehehe... jgn marah arr.. saja melawak.

Konsep si Dr itu sudah betul bg saya... Kimaragang itu lautannya dan kapal itu umpama saudagarnya. dan komen si Anon 3:42 ada makna yg tersirat dan tersurat.

Anonymous said...

Salam,
Anon 4:37pm. Kalau sudah ramai mau jd kapten, pilihlah ba yg terbaik utk jd ketua. Gunalah ba, sistem demokrasi. sedangkan kapal lanun dulu pun ada kaedah demokrasi dlm pemilihan kapten dan inikan pula kita ni yg 'lawman' tidak boleh buat demikian.

Anonymous said...

itu kta tau. nakhoda sama dgn kapten dlm ertikata yg sebenar. permasalahan bahasa sahaja. yg kdg2 kita lakukn tiap hari di mana2.
tp yg sy maksudkn di sini ialah....
pada akhirnya nakhoda2 @ kapten yg ramai itu pasti akan berbalah n saling menyalahkn antara 1 dgn yg lain yg mana perkara ini TIDAK AKAN BERLAKU jika HANYA SATU KAPAL @ KAPTEN @ NAKHODA. kita memperkata kn tentang nasib BANGSA KIMARAGANG YG BAKAL DIPIMPIN OLEH RAMAI NAKHODA@KAPTEN@SARANG@PERSATUAN. skg pn sdh ada perselisihan pendapat tenteng penubuhan PKM. lepas ini pasti ada adegan tuding menuding jari, salah menyalah, n segala yg tidak sepatutnya berlaku la. tengok lah nanti.....

SANGURU said...

minta maaflah klu sy katakan: nasib kimaragang atau apa bangsa sekalipun bukanlah secara total ditentukan oleh sesebuah persatuan/pertubuhan/parti. Persatuan/parti hanyalah agen perubahan yang berusaha sedaya upaya. Memang kita akui, peranan mereka besar dan boleh menjadi saluran positif kearah kebaikan.
Tentang kapal dan nahkoda, dua kapal dua nahkoda, ok saja klu kepala dua orang kepala ini satu kepala dlm hal2 yg patut satu hati satu kepala. 1 kapal 1 nakhkoda pun x semestinya beres segala permasalahan. Demikian juga, 2 kapal 2 nakhoda pun x semestinya boleh bawa 2 rahmat melainkan kedua2nya ada inisiatif dan didikasi. Saya sentiasa positif dan sentiasa dari dulu membantu.
Bersatulah wahai 2 nakhoda! Kapal boleh berbeza, arah kena sama. Mitatarabang konow. Tokou e tokou.
Lebih baik kita beri syor bagaimana 2 kapal 2 nakhoda ini boleh seiringan. Nak komen patut atau tidak, sudah terlambat. Kedua2nya sudah terdaftar sah.
JALAN TERUS WAHAI KAPAL2, NAKHODA2, PERAHU SUDAH DI AIR, DAYUNG SUDAH DI TANGAN.

SANGURU said...

minta maaflah klu sy katakan: nasib kimaragang atau apa bangsa sekalipun bukanlah secara total ditentukan oleh sesebuah persatuan/pertubuhan/parti. Persatuan/parti hanyalah agen perubahan yang berusaha sedaya upaya. Memang kita akui, peranan mereka besar dan boleh menjadi saluran positif kearah kebaikan.
Tentang kapal dan nahkoda, dua kapal dua nahkoda, ok saja klu kepala dua orang kepala ini satu kepala dlm hal2 yg patut satu hati satu kepala. 1 kapal 1 nakhkoda pun x semestinya beres segala permasalahan. Demikian juga, 2 kapal 2 nakhoda pun x semestinya boleh bawa 2 rahmat melainkan kedua2nya ada inisiatif dan didikasi. Saya sentiasa positif dan sentiasa dari dulu membantu.
Bersatulah wahai 2 nakhoda! Kapal boleh berbeza, arah kena sama. Mitatarabang konow. Tokou e tokou.
Lebih baik kita beri syor bagaimana 2 kapal 2 nakhoda ini boleh seiringan. Nak komen patut atau tidak, sudah terlambat. Kedua2nya sudah terdaftar sah.
JALAN TERUS WAHAI KAPAL2, NAKHODA2, PERAHU SUDAH DI AIR, DAYUNG SUDAH DI TANGAN.

Little Mike (LM) said...

PKM baru dilancarkan. Kita berikan kepercayaan kepada para pemikir dalam PKM melaksanakan objektif mereka.

Fikiran boleh membawa kita berfikir jauh memperkatakan tentang apa sahaja yang tidak mampu kita kawal. Tetapi kita dapat menghadkan risiko ketidaksefahaman, atau seperti kata anon tidak sependapat, iaitu... melalui karekter perancangan dan bentuk mindset terhadap peluang memperjuangkan bangsa kimaragang. ATTITUDE akan menentukan sejauh mana persatuan ini membawa objektifnya.

Kita mungkin banyak menggusarkan tentang kewujudan 1-2 persatuan. Baru langkah 1 tapi kita lebih banyak menenpatkan dalam diri kita tentang kerisauan 'sesuatu itu akan berlaku'. YA, pengalaman lepas banyak catatan. Jadikan catatan itu sebagai GURU. Takkan BANGSA KIMARAGANG BUAT BALIK SEJARAH LEPAS. Sampai bila kita membiarkan bangsa kita dibelenggu dengan kenyataan bahawa lebih persatuan ini menjatuhkan bangsa?? Bila lagi kita mahu membuktikan 1-2 persatuan ini memberikan input tambahan kepada keterampilan kimaragang?

APa salah kalau kita bersahabat dengan anjakan paradigma mereka? Tidak mungkin KEBIJAKSANAAN mereka adalah KERUNTUHAN BAGI BANGSA SENDIRI.

Beri mereka peluang... Kalau sudah namanya BERSATU... yang SATU itu ialah MATLAMAT bukan siapa nahkodahnya

TONDIRAN GOWOT said...

jika kita merujuk kepada sejarah, belum ada lagi kerajaan di dunia ini yang berjaya maju dengan diperintah oleh dua maharaja... klu pun ada biasanya tidak akan bertahan lama., kenapa? jawapannya tidak kukuh. namaun demikian kita tidak perlu lagi merujuk kepada sejarah ini atau berbagai perumpamaan bagi membandingkan baik/buruk nya ada dua pertubuhan kimaragang. apa yg penting sekarang ini akan ada pejuang bangsa kita yang benar2 sejati dan perjuangan itu bukan atas kepentingan peribadi. oleh itu lebih baik kita sama2 melihat sejauh mana kebenaran kata2 ikhlas pertubuhan ini, untuk memperjuangkan martabat bangsa kimaragang. tindakan penubuhan pasukan yg baru ini bukaniah satu jenayah, jadi tiada sebab untuk tidak diberi peluang menabur jasa kepada bengsanya sendiri... kalau pencapaiannya adalah lebih baik, tiada sebab untuk kita tidak terus menyokong pasukan ini untuk agenda yg seterusnya.

PENULIS BARU 17.12.2009 said...

DIPERINDAHKAN PERSOALAN-PERSOALAN DAN PERBUALAN TUAN-TUAN TENTANG 2 PERTUBUHAN KIMARAGANG INI SENANG SAJA, AYUH LAH KEDUA2 PERSATUAN ITU BERGABUNG AGAR MENJADI SATU PERSATUAN YANG LEBIH KUAT DAN LEBIH IKHLAS DAN AMANAH SERTA BERTANGGUNGJAWAB KEPADA BANGSA KIMARAGANG.

JANGAN ADA YANG BERSENGKETA DAN TIDAK BERPUAS HATI YA SEBAB KITA-KITA JUGA BAH NI. KALAU DI DEWAN SMK TANDEK ADA 300 ORG KIMARAGANG YG HADIR DAN DI DEWAN KG MASALOG PULA JUGA ADA 300 RATUS YG HADIR, MAKA KITA CUBA CAMPURKAN LALU TERHASIL 600 ORANG BUKAN JADI KAN ITU LEBIH AFDAL, LEBIH MANIS, LEBIH AMPUH, LEBIH KUAT, DAN LEBIH BIJAKSANA.

SELEPAS KITA DAH BERSATU SIAPA DI ANTARA ANDA YANG PALING LAYAK MENJADI ORG NOMBOR SATU BAH SILAKANLAH JADILAH SEORANG PEMIMPIN YANG BETUL2 BERJIWA RAKYAT DAN BOLEH DITERIMA DENGAN MAJORITI OLEH PENDUDUK KIMARAGANG KHUSUSNYA DAN PENDUDUK LAIN AMNYA.

TETAPI JAGN LUPA JUGA JIKA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KITA DAH KENALI SEKARANG INI MASIH BELUM SESUAI SEBAGAI PEMIMPIN NOMBOR SATU, BELUM DITERIMA OLEH MAJORITI MAKA TUAN-TUAN DIMINTA BERDEIA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN PENUH SOKONGAN UNTUK MENERIMA SESIAPA SAHAJA ORG BARU YANG PALING SESUAI JADI PEMIMPIN DAN MUNGKIN ORG ITU TIDAK TERFIKIFPUN NAK JADI PEMIMPIN TETAPI OLEH SEBAB KEPERCAYAAN BANGSA KIMARAGANG TERLALU TINGGI TERHADAPNYA MAKA TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI DIA LAH YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN NOMBOR 1 KIMARAGANG.

AYUHLAH KITA TERUS BERJUANG BERSAMA-SAMA DENI UTK BANGSA DAN WILAYAH KITA YANG TERCINTA.

SANGURU said...

Penulis Baru, terima kasih pendapat.
Usahlah dikaitkan 300 (lebih dari itu sebenarnya) orang d SMK Tandek dlm hal ini. Majlis Hari Keluarga di Dewan SMK Tandek bukan anjuran satu2 badan. Ia adalah inisiatif kaum keluarga yang terdiri dari berbagai parti dan persatuan. Ia semata2 untuk suai kenal dan pemantapan talian kekeluargaan semata2.
Bukan apa bah tuan, risau pula kalau hari keluarga sebegini menjadi 1 lagi isu perpecahan. Maaf ya, saya sekadar membetulkan keadaan. Cukuplah PKBS dan PKM ni membinggungkan sesama kita. Tq.

Penulis Baru 17.12.2009 said...

Terima kasih sanguru, angka 300 itu hanyalah contoh saya sahaja yang agak tersirat dan bukannya tersurat. kalau di smk.tandek lebih kepada kekeluargaan dan di masalog pla adalah penubuhan persatuan itu dan mempunyai hala tuju visi dan misi utk bangsa kita maka baguslah kalau begitu, sebab dikaca mata kita ia adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain, saling perlu memerlukan oleh itu buatlah link antara du pertubuhan tersebut. tahniah kepada usaha yang ikhlas dan rajin yang saudara2 telah laksanakan di smk tandek itu.

Panaitan Boy said...

Hairan bin Ajaib juga ni.. belumpun reda sepenuhnya(komen2 ketidakpuasan) penganjuran Hari Keluarga 1 Tandek baru-baru ni, disambung pula lagi dengan isu kewujudan lebih drp satu persatuan/pertubuhan 'Kimaragang'...
Sayang sekali idea, tenaga, masa dan wang yg dibazirkan utk bergaduh ttg perkara di atas.

Anonymous said...

marilah kita rapatkan barisan, bulatkan azam dan ketepikan segala perbezaan kerana di luar sana ramai insan2 yg terkapai2 memerlukan sentuhan keramat dari pertubuhan ini.

Pertubuhan ini masih di peringkat permulaan dan terlalu awal utk kita terjemahkan mengikut acuan sendiri, marilah kita mencorakkan medan perjuangan ini dan menceritakan apa yg kita inginkan.

SANGURU said...

tuan2, bangsa ini kelihatannya lintang pukang sekarang, mari kita doakan bangsa ini dikemudian hari menjadi bangsa yg boleh mandiri dan mendirikan/membantu berdiri bangsa lain. Semua ini sejarah bangsa. Tiada lautan x bergelora, bersakit2 dhulu bersenang2 kemudian.
Bangunlah bangsaku (bangsa kerdil lain juga),
"NASIB SESUATU BANGSA DI TANGAN BANGSA ITU SENDIRI..."

Penulis baru. said...

TIADA APA YANG LINTANG PUKANG SANGURU YANG PENTING TEAM ANDA BUATLAH MOU DENGAN CARA SEMANGAT KEKELURAGAAN YANG LEBIH BESAR ...1 TANDEK KAN DENGAN PKM, TIADA MASALAH TU, PESAN SAYA KEPADA PKM IALAH TEAM ANDA PUN PERLULAH CEPAT2 WUJUDKAN MOU DENGAN TEAM SANGURU....KAN ITU YANG LEBIH MANIS DAN LEBIH HEBAT. KITA2 JUGA BAH NI.

Anonymous said...

Keinginan kita agar kedua-dua persatuan itu lebih memperkukuhkan bangsa kimaragang, namun realitinya kita dapati contoh2 yg ada adalah disebaliknya. Contoh USDA dulu jadi kuda tunggangan BN pecah belahkan Kadazan Dusun, KDCA pula lebih berkiblatkan pada PBS, Persatuan Murut juga anak emas UMNO begitu juga KCA penyokong UMNO.

Apakah kita juga mengalami nasib yang sama kerana wujud 2 perastuan berasaskan kaum ini??..
Akhirnya pecah perintah mudah dan berjaya dilaksanakan

Penulis Baru said...

maksud saya dua persatuan itu dijadikan satu sahaja siapa yang tidak mahu diurus dan mengurus denganbaik maka mudahlah kita mebezakan dan menolakknya mana2 duri didalam daging kita harus singkirkan.

maikong said...

jadi klu begini mana saya mau masuk haa?..yg lama kah yg baru?...

TONDIRAN GOWOT said...

KAU PIKIR SENDIRI SAJA BAH MAIKONG.
TAPI KALU SYA SETEKAT INI SYA LEBIH SUKA KEPIMPINAN DAN SIKAP SI LM DAN SI DR ISON. DOURANG ADA SESUATU KELEBIHAN YG TIADA SAMA ORG LAIN. IA ITU MEMPUNYAI KESABARAN DAN BOLE BERFIKIR TENTANG POSITIF DAN NEGITIF. DIORANG INI BANYAK GUNA DIPLOMASI DAN BUKANNYA SUKA GUNA EMOSI DAN RASA HATI. DIORANG INI MEMPUNYAI SESUATU YG PERLU DIMILIKI OLE SEORG PEMIMPIN YG SEJATI. INI PENDAPAT SYA TAPI TAK TAU LAH KLU ORG LAN... SO KITA SAMA2 LAH BAGI PANDANGAN DAN PENILAYAN YG BETUL....

Anonymous said...

Salam,
Yg penting skrg ni, perahu sudah dibina, pengayuh sudah disediakan. terpulanglah kepada kaum kimaragang kemana haluan perahu-perahu tersebut. jangan jadi ibarat monyet, dikala hujan berkumpul beramai-ramai dan bermesyuarat untuk memikirkan apa yg akan perlu dilakukan selepas hujan. Tetapi sebaliknya dikala hujan berhenti sang monyet pun masing2 membawa haluan masing.

Jadilah ibarat semut yg saling berkerjasama dan bermuafakat dalam sgala hal. Walau panjang mana sekalipun laluan yg sang semut bina,mereka tidak akan hilang arah tujuan kerana setiap seekor semut akan menanda laluan yg mereka lalui agar rakan2 semut yg lain tidak sesat dan kehilangan arah.

Anonymous said...

Salam,
Ko masuk la yg baru ba maikong. kalu yg lama sudah lama tidur dan tiada perubahan, comfort zone baik kita ambil yg baru. PKM bg saya lebih nasional dan ada kekuatan pd namanya dan gah mcm persatuan lain.

Sy suda berumur 33th, tp nda pernah dgr pula PKBS dan apa itu PKBS? Mungkin kesilapan saya xpeka kpd keadan sekeliling atau pesatuan itu sendiri yg tidak berfungsi.

Kpd tn/pn dan para Anon2 sekelian. Sudah kah anda mendaftar kpd kpd salah satu persauan tersebut? Jgn tulisan dan komen saja yg gempak tp buktikan keprihatnan anda kpd kaum kimaragang...

Kata org jangan bnyk ckp saja tp buat....ahaha

Anonymous said...

Salam,

Kpd panaitan boy, saya berpendapat kita tidak membazirkan idea, masa, wang dan tenaga dgn apa yg kita bincangkan sebelum ini. Perkataan 'bergaduh' yg sdr ungkapkan tersebut tidak sesuai. Komen2 yg diberikan tersebut lbh kpd 'brainstorming' untuk mengupas permasalahan. Ada pendapat yg pro dan kontra tetapi kesemuanya adalah penting sebagai 'check and balance' dlm suatu perbincangan.

Anonymous said...

Permasaalahan Persatuan Kimaragang & Family 1Tandek tidak akan dapat d selesaikan seandainya banyak manusia yg masih berperasaan mahu menjadi Calon pada PRU ke-13 nanti. Kesemua bos2 persatuan ini masing2 memasang CITA & ANGAN2 mahu bergelar YANG BERHORMAT bah itu...Saya ni bukan juga menjadi batu api kepada Ras Kimaragang tetapi sebagai Manusia luar yg suka ikut2 melihat telatah Masyarakat KM/Tandek yg setia sahaja.....yg terbaik dan terbagus adalah "DEMAI ITU INDAH" untuk semua...Sabar2lah giliran anda pasti akan menunggu....Kalau belum REZAKI masuk d dalam mulut pun boleh saja keluar semula tu Tampinai...!!!

maikong said...

cadangan yg bagus anony 18/12@7:42pm..mari kita buktikan keprihatinan kita terhadap kimarangang..

Anonymous said...

mau jd YB bah itu beberapa org dlm PKM itu gaman. lihat saja lah sejarah mereka2 itu. budak tadika pun tau ba. ada yang mau jadi calon sampai buat buku WAWASAN TANDEK tp inda masuk top 5 pn sb x mesra rakyat. ada yg pernah jd calon pembangkang tp inda d pilih oleh rakyat sebab talampau cepat dia mau jadi YB (belum pun konvo). jd skg dorang2 mencuba cara lain la.
MAIN KAU JANGGI!!!

JOMO BANDAU said...

anon 20/12 3:46pm, jangan mimpi diorang mou jadi yb la, gaya tembirang diorang tu becakap ke hulu ke kehilir kamu ingat org kampung suka ka... jadi yb suka2 bole lah.. bagi sya yb yg ada sekarang ini masih lagi sesuai dan baik. klu pun mau ambil calon org baru, lebik baik ambil orang yg lebih dikenali serta bersikap sederhana dan telah banyak membut pengorbanan dlm parti macam diorang si Hendrus anding,beliau ini dikenali d seluru kota marudu.

SANGURU said...

sekali lagi mohon jangan dianggap hari keluarga sebagai satu team. Kami bkn persatuan. Ajk2 dikalangan ahli2 keluarga yg x mau membawa faham politik dan persatuan. Hanya cintakan family sahaja. Setiap tahun akan ada perubahan ajk utk memberi peluang kpd semua kaum keluarga menabur bakti dan merasa keseronokan berkerja utk family. Saya harap konsep berkecuali seperti ini menjadi tradisi keluarga. Cukup2 la selama ini keluarga besar ini berantakan dek mcm2 hal....

mongkowosing boy said...

jomo bandau.. kita tidak tahu org punya nasib. tuah ayam nampak d kaki, tuah org siapa yg tau. dari segi kelayakan memang semua pun ada asas dan ciri2 yg bertepatan cuma bergantung kpd tempat yg betul.

toburili said...

sukar d duga

maikong said...

mau jadi YB(yg berbahagia&yg berhormat) kah..boleh bah apa salahnya..siapa2pun boleh...Tapi itulah keputusan semua d tangan rakyat n.5 Tandek...

Anonymous said...

tapi jangan gara2 mau jadi YB segera, tp memecahbelahkan perpaduan yg sudah lama terjalin pula.

Anonymous said...

Mustahillah, kan 3 tahun dari sekarang ini memang sudah PRU Ke-13akan bermula. makahnya banyak dan ramai yg mau ujudkan Persatuan dan keluar masuk Kampong donate itu donate ini....Ini adalah tanda2 awal mau menunjulkan diri....Benda yg mustahillah saya rasakan kalau tdk ada "UDANG D SEBALIK MEE"....Hanya yg tahu perkara ini adalah PERANCANG dan PAMUAKAL saja...Fikir2kanlah...!!!

Anonymous said...

apa salahnya tn, biarlah kita cari pemimpin yg terbaik di kalangan yg baik, bgi sya yg baik tetap sya akn kata baik dan sya tdk brkompomi dlm hal ini smada dia org luar/dalm. yg kita mau cari ialah permulaan, pertengahan dan akhirnya adalah baik

Anonymous said...

PERMASAALAHAN KITA SEMUANYA WARGA KM/TANDEK...ada yg baik ttpi tidak ada CIRI2 KEJUJURAN...Mangaku mencari yg TERBAIK,TERBAGUS buat warga KM/Tandek ttpi kata2 tidak terbetulkan....Hanya OMONG saja yg LUNAK dan MANIS2 aja sich....Liat UANG langsung Hati/Jantungnya DAK DAKAN....Apa lg kalu liat uang terlalu banyak?...Waduh bisa mati berdiri oleh Uang pa...!!!

Anonymous said...

BAGUS KAMU SEMUA TIDURLAH BIKIN MUNTAH SAJA SAMA ORG KAMPUNG

Anonymous said...

SAYA AKAN MENUBUHKAN PERTUBUHAN KIMARAGANG BARU SEDUNIA. PELANCARAN AKAN DI ADAKAN PADA TAHUN HADAPAN.
NIAT DAN TUJUAN SAYA BAIK DAN IKHLAS UNTUK MEMBANTU DAN MEMBAWA KIMARAGANG KE SATU TAHAP YAG LEBIH BAGUS DAN TERJAMIN.
SAYA ADA PERANCANGAN YG LEBI MANTOP.
SAYA PERLUKAN SOKONGAN TUAN2 DAN PUAN2 SEKALIAN.
INFO2 AKAN DIKELUARKAN DARI SEMASA KE SEMASA. TERIMA KASEH.

Yomogun said...

Ngam tu Anon 10:40am, lagi bnyk perahu di lautan yg boleh ditumpangi ke destinasi.