SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, December 21, 2009

BERSATU HATI DALAM PERJUANGAN: Final Episode

Kalau sudah otak politik, semua benda pun akan dipolitikkan dan fokus penglihatan juga hanya memihak pada sudut politik sahaja. Demikianlah pandangan individu2 tertentu terhadap beberapa perkembangan yang berlaku di Tandek sejak kebelakangan ini; khususnya perjumpaan 1Tandek dan pelancaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Saya bukan anti-politik atau menafikan kewujudan elemen politik dalam kedua2 program tersebut. Saya hanya mengajak semua pembaca supaya berpijak di bumi nyata. Bukankah sesungguhnya politik itu sendiri adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini? Walau bagaimanapun janganlah kita terlalu menyempitkan fikiran dengan hanya fokus kepada politik sahaja sehingga perjuangan untuk memartabatkan bangsa kita terabai begitu saja. Tidak ada yang boleh menghalang seseorang daripada berpolitik, tetapi politik itu sendiri tidak harus menjadi penghalang untuk kita bekerjasama dalam memperjuangkan nasib bangsa. Hanya mereka yang fanatik terhadap politik dan membelakangkan bangsanya sahaja yang menidakkan kesatuan dalam memperjuangkan nasib bangsa ini. Sila perhatikan penggerak2 utama PKM, dan para pembaca akan dapat melihat bahawa mereka adalah gabungan para pemimpin politik (kerajaan dan pembangkang), pegawai2 tinggi kerajaan, usahawan2, dan golongan cedekiawan. Dengan komposisi sedemikian, berilah sedikit ruang untuk mempertimbangkan bahawa banyak agenda lain yang diperhitungkan dan perlu diperjuangkan oleh pertubuhan ini selain daripada berpolitik. Jika ada individu dalam barisan kepimpinan pertubuhan ini atau mana2 persatuan lain pun yang mendapat manfaat dan menjadi Yang Berhormat pada masa akan datang, saya tidak nampak di mana salahnya. Apa yang salah sebenarnya ialah apabila kita saling memburuk2kan dan menjatuhkan satu sama lain sehingga bangsa kita tidak mampu 'berdiri di bumi sendiri'. Ayuhlah! rakan2 dan para saudara sekalian, kita ketepikanlah semangat saling bermusuhan dan bersatu di bawah bumbung kemandirian dan kebangunan bangsa kita. Kita boleh berbeza ideologi politik, berbeza anutan agama dan kepercayaan, tetapi kita masih satu bangsa yang dipanggil Kimaragang. Kita boleh memilih untuk berjuang di bawah bumbung pertubuhan/persatuan atau bergiat secara solo atau hanya dalam kumpulan kecil yang terasing, tetapi kita masih 1Tandek, dan 1Kota Marudu dan kita masih memiliki hasrat yang sama untuk memerdekakan bangsa kita daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Last but not least, izinkan saya memetik kata2 seorang rakan dan permata bangsa kita sedikit waktu yang lalu. Kurang lebih begini bunyinya; "Kota Marudu merupakan antara daerah yang termiskin di Malaysia. Penduduk daerah ini pula majoritinya Kimaragang. Dari segi logik perbandingan biasa, bangsa Kimaragang merupakan antara bangsa yang termiskin di Malaysia. Kita sendiri mungkin tidak lagi miskin, tetapi masih ramai orang2 kita yang miskin." Nota: Sungguh benar kata2 ini, "nasib sesuatu bangsa tidak akan berubah melainkan bangsa itu sendiri berusaha untuk mengubahnya." And you know what my friend, "Kita mampu mengubahnya!"

16 comments:

Anonymous said...

Salam kepada semua pembaca SAM. Ison, nice to be the first to respone your post. I must say that we are in the same line; 200% agree with U. Apa juaga ba diurang bergaduh pasal mo memajukan bangsa Kimaragang ni. Ini la masalahnya apabila semua hal dikaitkan dengan politikang buruk; pada hal skop politik ni lebih luas lagi. Buat masa ni saya tidak melihat kewujudan PKM ni menjurus 100% kepada politikang. Tapi susah juga kan di Malaysia ni apa juga yang kita buat pasti mo pulitik bah kan. Semua 22 perkara yang dibawa oleh PKM sesuai dengan Dekalarasi Torongsoko 2008 tersebut memerlukan momentum Politik untuk membuat perubahan. Rasanya itu yg kita dengar dari kebanyakan ahli dalam seminar tersebut. Penjajahan minda kita ke arah politikus buruk lah yang banyak mengekang dan membantutkan pembangunan dan kecemerlangan bangsa Kimaragang.

DINAKAN said...

siuk pula 'post' ni ison..
apapun, saya ada cadangan sikit ba... apa kata kalau diserlahkan kebudayaan bangsa di KM? agar pengaruh budaya luar tidak bermaharajalela. Kita boleh ambil 'input' cara Jepun.... ada si ILLIE ka..? minta komen sikit?

Anonymous said...

o bo.... sino i at taring-aring ya mokinongou om sino i at mato ya mongimpa... nunu po suwai nga mimpulitik no yo alo PKM dino. mokisasalun om moki wawaibi i bo dogima.

maikong said...

anony maaanka banaar yaalo dino..awasi nogi ong cumalun..sukungon ponu tokou..hidup PKM..

Anonymous said...

org akan melenting apabila menyedari dirinya tercabar, ini bermakna pertubuhan kimaragang perlu bersatu, berani dan saksama.

keujudan pertubuhan kimaragang pd wktu ini, tepat pd waktunya dan 1permulaan yg baik. teruskan mengatur langkah yg seterusnya.

SANGURU said...

doc, sudah terang, kita sulu lagi, klu masih keliru, kita akan terus menyuluh.
Final tp bukan THE END...
Jalan terussss....

TONDIRAN GOWOT said...

DR. PENYAMPAIAN MU MELALUI PENULISAN KALI INI AMAT BERKESAN UNTUK DI HAYATI OLEH SEMUA MASYARAKAT KM YG TAHU MENGGUNA RUANGAN INI. TERSERAHLAH KEPADA SEMUA PEHAK UNTUK MENGHAYATI MATLAMAT PERJUANGAN SEBENAR PKM. SETELAH MEMBUAT KAJIAN SECARA PERIBADI TENTANG KEWUJUDAN PKM MELALUI KOMEN2 DAN SEBAGAINYA, SYA MENDAPATI PERTUBUHAN KIMARAGANG YG SEDIA ADA TIDAK DAPAT MEMENUHI KEHENDAK SEBENAR ORG KIMARAGANG. DAN TIDAK ADA CARA UNTUK PENAMBAH BAIKAN PENTADBIRAN PERTUBUHAN TERSEBUT. DENGAN INI PKM DITUBUHKAN OLEH BARISAN KEPIMPINAN YANG BARU, JADI DISINI KITA TIDAK DAPAT MENGATAKAN PENUBUHAN PKM INI ATAS DASAR KEPENTINGAN PERIBADI ATAU SENGAJA MENJAHANAMKAN PERTUBUHAN KIMARAGANG YG ASAL. SOAL AGENDA POLITIK ITU ADALAH PERANCANGAN MASING2 DAN BUKAN SATU JENAYAH KEPADA SEMUA PEHAK KERANA SEMUA ORG MEMPUNYI HAK UNTUK MENENTUKAN APA YG SESUAI KEPADA KM DAN INI ADALAH TANGGUNGJAWAB BERAT KEPADA YG BERANI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ORG KITA. KETIKA ADA GENARASI ORG KITA YG BERKEMAMPUAN DAN BERANI TAMPIL UNTUK MEMBELA NASIB ORG KITA, JANGAN LAH PULA ADA DIANTARA KITA YG MELUNTURKAN SEMANGAT MEREKA INI SEHARUSNYA KITA BERIKAN SEMANGAT YG SEBAIK2NYA. SEMEMANGNYA KITA SEMUA TIDAK AKAN DAPAT FAEDAHNYA SECARA PERIBADI SEKIRANYA MEREKA INI BERJAYA, TETAPI SECARA KESELURUHAN MUNGKIN KITA AKAN MENDAPAT FAEDAH HASIL DPD PERJUANGAN MEREKA INI .

Penulis Baru said...

Salam Semua kepada warga Tandek,

Saya sangat menyokong pendapat majoriti kawan2 Kimaragang agar Tandek-Kota Marudu biarlah ditadbir, diwakili dan di YB oleh anak watan Tandek sendiri, sebab kalau bukan orang sendiri mentadbir tempat sendiri maka siapa lagi? dari segi kelayakan tidak menjadi soal ada ramai tokoh2 Tandek yang berkaliber menjadi pemimpin oleh itu minta phak kerjaan BN pertimbangkan usul dan hasarat kami agar memilih wakil dari kaum Kimaragang Tandek menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Kedua cadangan saya di sini ialah.....harap semua pihak ambil perhatian ya....jika cadangan saya ni dipersetujui semua bagusllah dan selepas ini marilah kita bertindak.
Memandangkan sejak kebelakangan ini wujud isu mengenai 2 pertubuhan Kimaragang - PKB dan PKM, maka disini saya ingin mencadangkan agar biarlah kedua-dua pertubuhan ini membuat satu Debat/Forum/MOU yang sihat dan menjuruskan kepada penyatuan kedua2 pertubuhan tersebut menjadi 1Pertubuhan yang lebih Kuat. cuba kita laksanakan hasrat ini, pilih 1 tempat dan tarikh yang sesuai dan kita panggil semua warga Kimaragang untuk datang menyaksikan perjumpaan ini dan seterusnya menyaksikan acara penyatuan Kimaragang ini menjadi 1 persatuan besar dan kuat. melalui perjumpaan kedua2 pertubuhan itu nanti maka disitulah kita memabawa segala2 persoalan atau konflik yang timbul pada ketika ini utk dibincangkan dan mencari jalan penyelasaiannya. saya percaya jika kita lakukan ini secara terbuka dan dengan mengamalkan prinsip 1 Tandek maka saya percaya kekuatan kita akan lebih terserlah pada waktu itu dan ini akan menjadi landasan kita utk memajukan lagi bangsa kita dari semua aspek termasuk merealisasikan hasrat kita utk memilih pemimpin taua wakil rakyat kita dikalangan Kaum Kimaragang tandek.

Anonymous said...

Oohh.....maiduyu akano om imuko eno.

TURIDING said...

tolono dikoo e baanar ino isai ma mongundi dikoo dino dot lopung kow kiawi.

JOMO BANDAU said...

ANON 2.38, KALIAN BELUM MAMPU MENCABAR SESIAPA. MENTADBIR BANGSA SENDIRIPUN TIDAK MAMPU APA LAGI UNTUK MENTADBIR SATU DAERAH. JADI BAGUS LAGI KAU DUDUK DIAM2 DAN KERJA BAGUS2 JANGAN BERLAGAK PANDAI.

Anonymous said...

jomo bandau stady kau...perjuangan bru mula

Penulis Baru said...

Teruskan Transformasi kita, dan suara-suara sumbang tidak perlu dihiraukan kerana mereka mungkin masih terus suka berada di kopompong yg lama, sayang sekali ada yg masih berbicara seperti keanak-anakan, ada yang bercakap dusun tetapi nilai bahasanya agak rendah sifatnya.

ong momoros kou....umbalan mah balajar momoros dit kiadat sabat tu tokou ti yang sabanar nodidik dot komolingan tokou utk momoros dit waro tonsi dot boroson..okon ko mamaki po tokou.

Umar al-Longobi said...

walaupun 1 itu ideal, namun 1 tidak semestinya bersatu. 2 pula tidak semestinya berpecah. Demikian juga sebaliknya. Banyak faktor yang mesti dipertimbangkan untuk dihalusi. mungkin juga kita tidak perlu terlalu cerewet di peringkat permulaan ini. biarkan mereka mengatur langkah masing2 dulu. berikan mereka peluang utk membuktikan perjuangan mereka kpd anak bangsa kita. 100 hari mungkin cukup bagi mereka berbuat demikian?

SANGURU said...

agak dangkal dan sedikit lucu, semua staf SAM bukan/belum menjadi ahli PKM, namun kami positif dan "membuang yang keruh" bahkan ke depan dalam mempertahan mana yang wajar. Saya pada dasarnya memahami semua maksud pengomen, ada kebenarannya jua yg tidaklah boleh dibuang mentah2. Harap rakan2 dalam PKM selalu ziarah SAM utk meninjau2 pandangan umum.
Pandangan sdr Umar amat wajar dihayati maksudnya...(saya faham itu kerana saya nampak dan sy rasakan)

Anonymous said...

bukan senang utk menjawab segala cacian dan cercaan yg di lotarkan walaupun ia tidak ada kena mengena dgn staf SAM secara langsung, kadang2 serangan berbentuk peribadi...semua orang tau itu...itulah variasi yg seringkali menghiasi ruang2 komen dlm setiap atikel...kepada staf SAM...anda telah lakukan yg sepatutnya dan berjaya memartabatkan wadah ini sebagai wacana yg mencanag polarisasi idea dlm masyarakat tandek/km... jln terusssss...