SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, December 14, 2009

BERSATU HATI DALAM PERJUANGAN

Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG) telah berjaya dilancarkan pada 13 Disember 2009 (Kelmarin) di dewan Kg. Masolog, Tandek, Kota Marudu. Walaupun Saya sendiri tidak berkesempatan untuk menghadirinya kerana komitmen lain di Ranau, saya mendengar cerita dari rakan2 dan ahli2 keluarga bahawa acara tersebut berlangsung dengan meriah sekali. Syabas dan tahniah kepada presiden pertubuhan, pengerusi pelaksana acara, serta seluruh AJK yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan acara tersebut berlangsung dengan jayanya. Saya membaca komen2 posting Sanguru, GAMBAR BERBICARA: Tahniah!, bernubuat tentang perpecahan bangsa Kimaragang dengan lebih parah lagi akibat penubuhan dua persatuan yang berdaftar, menggunapakai nama bangsa Kimaragang sebagai wadah perjuangannya. Saya tidak menafikan kewujudan kebarangkalian nubuatan tersebut, tetapi izinkan saya untuk melontarkan sedikit idea yang berbeza. Manalah tahu idea ini ada kebenarannya dan membawa kebaikan bersama. Orang selalu berkata bahawa kewujudan dua persatuan ini digambarkan sebagai sebuah kapal dengan dua nakhoda. Jika itu kebenarannya, wajarlah kapal itu sukar untuk bergerak ketika dua nakhoda ini bertentangan pendapat. Tetapi dalam keadaan yang sebenar, tidak mungkin ada dua nakhoda dalam kapal yang sama. Apa kata kalau konsep pemikiran itu kita alihkan dengan memikirkan bahawa 2 persatuan yang telah wujud bukan dirujuk sebagai dua nakhoda dalam kapal yang sama, tetapi dua buah kapal yang ada nakhodanya masing2 di dalam lautan yang sama, dan lautan yang dimaksudkan itu ialah bangsa kimaragang. Apa salahnya ada lebih dari sebuah kapal yang beroperasi dalam lautan yang sama? Asalkan kapal2 itu bukan kapal haram, dan para nakhodanya mematuhi peraturan yang terpakai ketika berada di perairan mahupun di pelabuhan. Ruang untuk para nakhoda sentiasa terbuka untuk berbincang dan bekerjasama memanfaatkan sepenuhnya ruang lautan serta segala sumber di dalamnya dengan sebaik mungkin. Persaingan memang sentiasa ada (itu lumrah alam), namun pilihan untuk bersaing secara sihat juga sentiasa wujud. bukankah pilihan itu terletak di tangan nakhoda dan para anak kapal? Nota: Asalkan kita sentiasa suka memilih apa yang baik dan berusaha untuk melakukan kebaikan, saya tidak nampak alasan kenapa bangsa Kimaragang tidak boleh bersatupadu dan bergerak maju. Sesungguhnya kesatuan yang sejati bermula di dalam hati.

25 comments:

Maya said...

Saya bertuah kerana mungkin saya di antara orang pertama yang membaca post terbaru oleh Ison. Waw, baru sebentar tadi saya memikirkan perkara yang sama apabila saya 'sumasak' dalam ruangan komen pagi tadi dengan topik yang sama. Waw, saya benar2 sependapat dengan apa yang tersurat mahu pun yang tersirat. Sedar tak sedar, ramai orang 'kerdil' ahli masyarakat Kimaragang yang 'berjuang' dengan cara tersendiri, bukannya tau 'ngomel' saja.

Apa yang dimulakan dengan niat baik dan dilaksanakan pula dengan cara yang betul tentu menghasilkan kebaikan tentunya.

Tepuk dada tanya selara....

Anonymous said...

Saya merujuk kepada tajuk besar BERSATU HATI DALAM PERJUANGAN.
Betul ka kita ini betul2 pegang itu tajuk besar. cuba tuan bagi alasan mengapa tuan masi tidak menganggap sebagi satu perpecahan yang amat dasyat dengan wujudnya dua pertubuhan kimaragang. bukan kah ini menunjukkan yang bangsa kimaragang tidak dapat bersatu untuk memimpin bangsanya sendiri. Setiap pertubuhan ada mesyuarat agung bagi menentukan barisan kepimpinan pertubuhan tersebut, satu proses yang muda untuk menggantikan barisan kepimpinan yang lama. jadi tak perlu la membuat pertubuhan yang baru untuk mengatasi masaalah pertubuhan kimaragang yang sedia ada. kalau kita membuat pertubuhan yg baru, tidak ka ini akan dianggap org lain sebagai..... kau pikirlah sendiri? malu juga saya tuan bila ada kawan2 dari bangsa lain yang bertanya .. Ada berapa bangsa kimaragang di kota marudu. apa yg saya kena jawab... binggung betul la tuan kalu begini... carilah bah agenda yang betul2 boleh membawa perpaduan kepada orang kita di kota marudu ini. Saya cakap ikhlas ni tuan. Jangan marah ya...

Anonymous said...

secara peribadi saya bersetuju dgn pendapat yg dicetuskan oleh DR. asalkan ditunjangi dengan niat yang suci, biarlah motif perjuangan itu jelas, konsisten dan teratur.

maksudnya ialah kalaulah sebuah kapal itu berlayar di atas lauatan biarlah yang satu lagi belayar di dasar lautan (kapal selam) ataupun diruang angkasa(kapal terbang).

sudah tiba masanya sentuhan dari kedua2 pertubuhan ini berkerjasama utk membela/memperjuangkan nasib bangsa kimarangang secara holistik.

jangalah hanya bermegah disebalik jenama. ukuran bagi sebuah kejayaan itu bukanlah terletak pada berapa banyak pertubuhan yang ujud tetapi stretegi yang baik.

Maya said...

Kopisanangan. Saya teruja dengan komen yang ANON tulis. Sememangnya ada kebenarannya dengan segala peraturan persatuan spt mesyuarat agung tu. Tapi kena ingat setelah bertahun-tahun PKBS misalnya jadi PERSATUAN YANG BERMAKSUD MENGANGKAT MARTABAT BANGSA, bagaimana nak ikut mesyuarat Agung atau mesyuarat lain sedangkan nak masuk jadi ahli pun teramalah susah! (Maf! Kalau merujuk kepada PKBS, setahu saya penggubalan mengenai penambahan keahlian saja mungkin baru lulus atau ...)

Segala-galanya dari dalam diri kita bah...dan perlu kita ingat kita ini kita2 juga.

pada saya apa pun yang hendak dilakukan asal ianyanya untuk kebaikan, LULUS!!!

Maya said...

Kepada bangsa Kimaragang, jangan rasa rendah diri atau malu dengan wujudnya macam2 persatuan sekiranya ada lagi persatuan yang munkin didaftarkan selepas ini sebab bukan dalam bangsa kita saja yang macam ni.

Kada tokou no dot kadung korongou ongkenong kelo dot ka om ka diti nga madiko nokogom dot linowisan pogi...mad apo kopokorul ot persatuan po ot gumumu, kopokorul nogi ot aso momorintah daton dot tulun 1 Tandek ko poporinta'on dot tulun dot dagang ong yoku...

Nai pogi...mad waro-i ot iso duwo diti kabansaan daton dot aso-i ot persatuan nga magul-paguli dot monokubang diti komoyo'on dot mongowungali dit nongolitan dit kobasan daton, gigisom dot elala'an nga songkadada om ongokakarongi mari ki ambaya....dadi sumintor tokou banar nogi ka oi.....

Kimaragang Kebanyakan (marhaen) said...

kopisanangan minsasarap.
apa pn alasan, sy ttp kurang (bkn tidak) bsetuju dgn idea (bagus jg itu lbh dr 1 psatuan yg mewakili Bansa Kimaragang). tp klu dh org2 yg 'educated' n agak 'steady' pn blh mengiyakn pkara ini, apa blh kta bt. ini lah demokrasi namanya. susah mau masuk? sy kurang pasti n kurang setuju dgn yg ni sb sy tgo org lain senang jg masuk malah borang keahlian pn setahu sy sdh d edarkn (tanya SU PKBS, Joba Penguji 0148758874). atau mungkin org yg d beri amanah menyampaikn perkara itu tidak brbuat demikian di setiap kg.
mungkin ekoran dr idea bgs jg lbh dr 1 ptubuhan yg mewakili Kimaragang maka kta mdpt maklumat bhw dlm masa akn dtg sebuah lg pertubuhan (Pertubuhan Kimaragang Tulen) akan dilancarkn yg mana jg d terajui oleh para ilmuan n cendekiawan n org2 kuat Kimaragang. dan spt biasa, mereka kt penubuhan ini adalah brtujuan baik n murni untuk Bansa Kimaragang seluruhnya. jd kita bersedialah berhadapan dgn banyak kapal n nakhoda Kimaragang ini (klu dpt jd ahli lg bgs) sementara sdara2 kita yg blm brapa kna 'expose' akan trpinga2 memilih kapal Kimaragang yg TERBAGUS. mungkin, siapa nakhoda yg kuat 'bertempik' dia la yg dpt byk penumpang ni. hehehehe.... (destinasi?) sendiri mau ingat la..(membawa Bansa Kimaragang ke satu tmpt yg TERBAIK. Bansa Kimaragang tidak la ramai sgt. jd klu byk kapal n nakhoda, ba.... nda tau la apa kejadian. harap2 tidak menjadi spt yg ada dlm benak kta semua. akhir sekali, sy memohon brjuta kemaafan dr hujung kaki sampai ke hujung rambut (kata org dulu2) jika trdpt kata2 sy yg x sama dgn apa yg tuan/puan/cik fikirkan (x sesaliran la bo...) kopitamanan.

Little Mike (LM) said...

terima kasih kepada anonymous. Ini baru la saya tabik cara melontar
komentar. Siapa kata anonymous tidak boleh komen. Siapa juga menghalang anonymous daripada mengkritik.. Tapi terus terang anonymous seperti inilah yyang diperlukan utk memanjangkan idea dan sebarang 'perdebatan' minda ditunjukkan oleh anak Marudu.

persoalan tentang persatuan kimaragang ini, bagi saya ia bukan memperlihatkan satu bangsa yang
tidak bersatu. Aktiviti berpersatuan, objektifnya pun ke arah kebaikan. bukan menjatuhkan karekter bangsa. Setakat ini, Persatuan Kimaragang Malaysia ditubuhkan bukan kerana mencanangkan persatuan lain tidak baik. Saya rasa mereka tidak mungkin akan membuat kenyataan, persatuan ini dan itu tidak baik. Tidak ada kenyataan bahawa PPKM ditubuhkan disebabkan persatuan yang lain tidak boleh dipercayai/tidak diterimapakai... Yang penting bagi saya di sini ialah.. kesedaran memerhatikan bangsa melalui wadah
intelek. Persatuan bagi saya cuma platform asas menggerakkan objektif. yang penting ialah bagaimana survival bangsa dijadikan pengisian dalam objektifnya. Berjuang la demi bangsa. Saya masih percaya 'UNITED IN DIVERSITY'

Anonymous said...

Salam,

Saya tidak stuju dgn pendapat Dr Nellson. Bg saya kenyataan beliau adalah bersifat 'playsafe'. Tuan/puan perlu ingat bahawa kita adalah mewakili BANGSA KMARAGANG. Bangsa Kimaragang adalah kapalnya dan peneraju kpd kimaragang itu adalah nakhodanya. Kalau kaum kimaragang ini diwakili oleh kapal dan nakhoda masing2 ini adalah penunjuk kpd kelemahan kimaragang itu sndri dan memberi persepsi yg besar kpd kaum lain di Msia. Kenapa perlu ada persaingan antara dua persatuan tersebut? Dan untuk apa kita perlu bersaing dlm hal2 perpaduan bangsa kimaragang itu sendiri. Kalau ingin bersaing, lebih baik bersaing dlm hal2 lain sprt perniagaan, pelajaran dsb. Agenda utama adalah KESEPAKATAN utk memajukan bangsa itu sendiri. Sepatutnya perkara penubuhan persatuan kimaragang yg baru tersebut dihalusi oleh sebaik bijak2 pandai kimaragang samada perlu persatuan baru atau memantapkan saja jentera pentadbiran persatuan yg sedia ada. Bagi saya ini adalah kelemahan kita dan kita ibarat membuka pekung di dada kpd kaum lain. Mmg benar, kapal dan nakhoda yg berlainan boleh berkerjasama, tetapi kapal2 dan para nakhoda tersebut semestinya diterajui oleh seorang saudagar.

Persoalannya, katakan ada keperluan salah satu samada PKBS atau PKM perlu dibubarkan, adakah akan ada kesepakatan ahli dan pemimpin kpd kedua2 persatuan ini untuk undur diri? Jika ada, makanya adalah tepat bahawa kaum kimaragang ini sanggup berkorban apa saja demi untuk kemajuan bangsanya. Jika sebaliknya, lu pikir lah sendiri....

Maaf mencelah..

TQ
Kimaragang asli

SANGURU said...

setuju dgn penulis , setuju juga anonymous. Bkn atas pagar tapi kebetulan ada kebenaran di kedua belah pihak.
Begini sajalah, dah terlanjur lahir, x kan dikasi buang/cekik (kasi mati) kan? Memang agak memalukan spt kata anonymous tapi ibarat dua bahtera spt kata dr. Nelson, diharap rasa malu kita itu dapat ditebus oleh salah satu atau kedua2 bahtera itu dgn mambawa ikan yg banyak (jika mencari ikan) atau membawa banyak barangan mewah (jika berdagang)...mungkin bangsa Kimaragang yg pertama "berpecah" begitu tapi biarlah kita ,menjadi role model sebuah "perpecahan membawa rahmat".
Nah di sinilah cabarannya, jika kedua belah persatuan ini berjaya membawa kebaikan kpd bangsa, bermakna Kimaragang la yang pertama membuktikan "2,3 itu tetap 1".
YANG PENTING SEKARANG: JALAN TERUS. JGN SAJA ADA CANTAS MENCANTAS, MAKA KEDUA2NYA AKAN TUMBUH...
BERBAIK2LAH KLU PUN X DPT BERKERJASAMA DLM SEMUA PERKARA. "TOKOU E TOKOU"

Anonymous said...

persoalan: adakah penbubuhan Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM)- (bukan Partai Komunis Malaya ki! jgn silap intepretasi)adalah hasil perundingan dgn PKBS? kalau bukan, maknanya penubuhan PKM ini adalah menifestasi daripada ketidakpuasan hati individu2 trtentu kpd PKBS. jd, masih perpaduan kah namanya ini??? bkn kah ini yg di namakn PERBALAHAN? kita tidak mahu menyentuh peribadi sesiapa individu dlm PKM tp sendiri mau ingat la. mungkin merasa diri lbh baik dr org lain, lbh brpendidikan, lebih berilmu pengetahuan, lbh brpengalaman, lbh hebat, org bt serba tak betul (sendiri serba betul). pendek kata meremehkan yg selain dr diri sendiri.
jika ini yg brlaku, perpaduan apa yg blh d bentuk? sdgkn perpecahan itu diundang siang-siang. apa pn, kta mgharapkn agar tiada individu atau golongan 'opportunist' dlm Bansa kita Kimaragang ini.
maafkn sy jika komentar ini tidak sama dgn apa yg sdra2ku fikirkn. sy adalah insan biasa yg lemah tp kdg2 berdiri jg jika keadaan memerlukan.

orchardrace said...

Salam,

Dalam islam, Ketika sembahyang berjemaah, hukumnya wajib hanya seorang imam yg mengimamkan sesuatu jemaah. Kalau ada dua imam dalam suatu solat jemaah,hukumnya adalah haram kerana dkuathiri akan menyebabkan perpecahan kpd ummah. Jadikan hukum Allah itu sebagai panduan dlm penubuhan persatuan. Dan sebab itulah saya tidak akan bersetuju sampai bila2 sekiranya ada dua persatuan yg mewakili suku kimaragang. Andaikata, kaum lain bertanyakan soalan kenapa dan mengapa kimaragang diwakili oleh dua persatuan> Bagi saya kita tidak akan memberikan jawapan yg munasabah tetapi memberikan alasan semata-mata utk menutup kesalahan/kelemahan. Maaf ini cuma idea orang kampung mcm saya yg kurang berpelajaran. Minta maaf sekiranya menyingung perasaan tn/pn semua.

Orchardrace

Maya said...

Saya nak respon komen saudara orchardrace 3:54pm si orodot nama yang saya percaya beragama Islam. (Maaf kalau x betul)

Hukum dalam Sembahyang memang betul begitu, malangnya persatuan jauh dari hukum seperti itu. Kalau pun ada hukum yang boleh cuma demokarasi ciptaan manusia yang dihimpun dalam ROS.

Sebagai orang Kimaragang yang beragama Islam, tidak wajar HUKUM SEMBAHYANG di bawa masuk dalam gelanggang sebegini kerana Hukum itu milik ALLAH yang WAJIB bagi penganutnya.

Janganlah pula kerana perkara sebegini HUKUM SEMBAHYANG yang tarafnya tak sama pun dibawa masuk... lagi pun kita ni mitata'am dot boros SECARA DAMAI, mi'anu dot kiniro SECARA IKHLAS dalam proses mencari 'apa kebaikan di sebalik wujud 2 atau lebih persatuan dalam masyarakat Kimaragang.

SEMUA ORANG BERHAK MENILAI DAN BERCAKAP TAPI AKHIRNYA YANG MEMILIH ADALAH DIRI SENDIRI.

Sama2lah kita menghitung dan memperhitungkannya..... lagi pun saya kenal ramai di antara peneraju 2 persatuan itu. dorang tu orang baik2 dengan pelbagai anutan agama...dan yang paling penting amu po osodu ot pinimpusadan da'alo kikiawi dino!

Untuk saudara2 pongomen yang lain khususnya saya sendiri, kalau kita tak dapat membantu jangan pula kita menganiaya...

Kopitamanan dan salam maaf...

orchardrace said...

Sdri Maya...
Tolong halusi sebaik-baiknya soal hukum-hakam agama. Saya rasa semua agama di dunia ini menjadikan agama sebagai panduan dalam hidup. Dalam hal ini saya rasa tidak perlu berbincang lebih lanjut sbb anda pun saya rasa sdia maklum. apakah agama itu semata2 hanya beribadat tuhan???

Lagi satu, saya mohon sdri buka kamus BI dan teliti apa maksud orchard=Dusun buah=buahan dan Race=kaum/suku/bangsa. waduh2...sdri maya.

saya rasa orchardrace itu satu nama yg unik dan mewakili diri saya seorang dusun dan bersuku kimaragang. w/pun mcm orodot tapi bermakna jika dihalusi. Kalau buka cafe/restoren pun nampak komersil.

Berfikir secara matang, berwawasan dan berhemah..

Anonymous said...

Salam kd semua pembaca SAM, saya kira tuan2, sahabat dan saudara yg memberikan komen yang negatif mengenai kewujudan dua pertubuhan yang menunjangi kaum Kimaragang terlalu terpengaruh dengan entiti persatuan yang bertunjangkan perjuangan parti politik. Harus di ingat kedua2 persatuan ini adalah bersifat NGO semata-mata. Lantaran itu saya harap tuan2 semua melihat dari perspektif demikian dan bukan sebaliknya. Kalau dah namanya NGO, tidak ada sesiapa pun yang menghalang tuan2 daripada menaiki kedua2 bahtera tersebut. NGO tidak mewujudkan persaingan, bukan juga menentukan siapa juara; tetapi menuntut kedua2nya 'to guide' pembangunan dan kemasyuran bangsa Kimaragang dalam apa jua aspek kehidupan. Bukan kah lebih baik & cepat menyeberang lautan dengan dua kapal daripada hanya kehadiran 1 kapal sahaja? Kalau salah satunya terpaksa off utk maintenance, so masih ada satu lagi yg boleh digunakan (tanyakan lah org2 Pitas d suatu masa dahulu dan org P.Banggi untuk ke Kudat)

Anonymous said...

Salam,
Anon 5:23pm

Suatu alasan yg baik. Trimas

Anonymous said...

Orchadrace, Bertunjangkan kepada Islam; apakah tuan mencadangkan di Malaysia ini hanya perlu seorang imam dan/ mufti sahaja? Mohon tuan merujuk kepada yang arif tentang tafsir sebelum menggunakan perumpamaan dan hubungkait berkenaan dangan isu yang dibincangkan. Saya setuju dengan tuan bahawa Islam itu syumul dan meliputi segala aspek kehidupan kita. Tapi dalam hal ini, maaf..

Anonymous said...

Anon5:37.

Trima pendapat yg baik. Cuma sy tertanya-tanya dan keliru, dikalangan mufti or Imam di Msia, tiadakah ketua mufti/imam negara dikalangan mrk? Tq

TONDIRAN GOWOT said...

Hem., nampaknya banyak ulasan bernas yang telah diberikan. ini menunjukkan orang kimaragang bertanggungjawab terhadap bangsanya sendiri. saya juga bukan ahli mana-mana pertubuhan ini tapi saya memang org kimaragang dan dlm surat beranak sya pun bangsa kimaragang, bukan dusun atau kadazan. kamurang apa.. bangsa apa kamu tulis dlm surat beranak. klu org rungus tetap rungus itu, begitu juga org lotud, tatana dan sungai. Nah.. dgn cara ini pun boleh mengekalkan bangsa kimaragang sebagai satu bangsa di dunia.. barulah boleh guna propaganda takkan kimaragang hilang di dunia. Ini bangsa dalam surat beranak pun bukan kimaragang macammana mahu jadi pejuang martabat bangsa kimaragang... Betul ka tidak LM & Sanguru,.. kau punya bangsa dlm surat beranak pun bukan kimaragang bah kan.. Mengaku sajalah.. saya percaya kebanyakan daripada org kimaragang tidak meletakakn bangsa kimaragang dalam surat beranak sebagai bangsa kimaragang. saya berani cakap tidak sampaipun 10% orang kimaragang yang berbangsa kimaragang kalu dirujuk di jabatan pendaftaran negara. jadi fikir2 kan lah kawan ku ..........

Anonymous said...

lebih baik kita bincangkan pro dan kontra bagi penubuhan 2 persatuan ini tanpa menyentuh tentang apa2 anutan agama, ambilah contoh lain.

terima kasih kerana memahami sensetivi kaum dan anutan agama kerana blog ini bukan milik km semata2 tetapi 1dunia. bermakan kimaragang telah mencipta nama di peta dunia, berbincanglah secara ilmiah.

tq
raan tomulok

TONDIRAN GOWOT said...

secara peribadi sya ini tidak beragama tapi saya masi menghormati agama orang lain.. jadi
saya menyokong anon 6:35 supaya jangan libatkan secara serius perumpamaan yg berkaitan dengan agama jika tidak bersesuaian dengan persoalan., tidak baik walaupun secara tidak sengaja akan menyinggung agama orang lain. terutama sekali anda2 semua yang sewaktu dengan saya....

SANGURU said...

releks bro tindiran, kita sama. Sy lebih/panjang sikit barangkali sb dlm surat beranak : MOMOGUN KIMARAGANG.
Pernah saya usulkan kepada org2 kuat pertubuhan ini ttg apa yg tuan syorkan semasa deklarasi torongsoko, tapi....
Atas dasar persahabatan, persaudaraan dan persebangsaan, SAYA AKAN MEMBANTU TUAN2 SEDAPAT, SEIKHLAS YG SAYA MAMPU. INSYAALLAH...

Little Mike (LM) said...

Tondiran... Dalam surat beranak di sana kena tulis DUSUN. hehehe
Tapi dalam mana-mana aplikasi atau borang yang meminta saya menyatakan apa bangsa saya saya letak KADAZANDUSUN (KIMARAGANG)...

todindot kimaragang said...

tiakan oku ra'an tomulok masak sup teraju owo.... hehehee.....

TONDIRAN GOWOT said...

NUNU KOMOYOON NU DINO OI TODINDOT KIMARAGANG.. ET KOTONIDAN OI..KO BUTAKAL POOH TU OONGO LOMI OT TONSI YOO

Anonymous said...

Apakah kamu percaya kepada saya bahawa:-

1/.Ada Manusia yg tdk berbapa dan bermama?

2/.Ada manusia yg bermama sahaja?

3/.Kesamua manusia ada bapa dan ada mama?

D sinilah Kita/kamu mengambil KESIMPULAN bahawa Tuhan/Allah itu maha Pencipta dan Maha berkuasa, Ternyata rupa2nya Tuhan/Allah itu menunjukan juga Kekuasaannya kepada manusia, supaya manusia boleh berfikir 2,3 kali bahawa yg dia (Tuhan/Allah) itu benar2 UJUD d DUNIA ini...Fikir2kanlah..!!!