SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 9, 2009

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH IV

Keterangan Gambar: 1. (Gambar paling atas)Sdr. Charles K., membentangkan salasilah keluarga besar Tandek, 2. Sdr. Jaimbol Dangus menerima cenderahati khas dari SAM 3. Pn. Norhamidah (AJK dan REM), Dr. Nelson (SAM), sdr. Rozan M., (PKM) antara yang hadir 4. Antara pemimpin yang hadir 5. (Gambar paling bawah) Antara keluarga yang hadir memenuhi Dewan SMK Tandek Hari Keluarga SATU Tandek yang diadakan 6 Dis lepas berjaya membuktikan bahawa "Serumpun, sekeluarga" itu adalah benar dalam konteks Tandek. Selain berjaya mempertemukan 3 cabang keluarga (Sambion, Pamansah, Tumunda - SATU), program ini juga dapat mempertemukan semua pemimpin utama di Tandek/Kota Marudu (YB Anita, Dtk Maijol Mahap, Dtk George Sangkin, Sdr Wetrom Bahanda, Dr. Jurin Gunsalam,) dengan mantan2 pemimpin (Hj. Omar Majun, Hj. Madina Unggut dan Hj. Maralang@ zulkiflie Majun). Satu lagi kejayaan yang jarang terjadi sebelum ini. Program ini juga berjaya memotivasikan generasi muda untuk menyumbang pada masa akan datang demi keluarga besar tercinta. Secara tidak langsung, menyumbang kepada "buang yang keruh, ambil yang jernih" .

10 comments:

Umar al-Longobi said...

Bagus juga ada pembangkang di dalam keluarga besar ini. Sekurang2nya kita tidak terperangkap selama2nya di dlm zon selesa. Perbedaan itu jika terurus dgn baik boleh menarik rahmat dari langit.

Tahniah kpd semua. Yg lama dan yg baru!

Nota: Gambar no.3 kiri sekali adl sdr. Taufik. Penulis REM (Revolusi Pertanian), hehe.

kyro said...

Saudara Umar,kalau difikir-fikir hebat betul ini keluarga macam2 ada tapi itulah bah lumrah kehidupan.Dalam 1 tandan kelapa belum tentu bagus semua isi dia kan? hehehe.

Apa pun syukurlah macam reda sudah ini.

Taufik said...

Program 1 tandek yg julung2 kali diadakan ini sangat bermakna dalam menyatukan kimaragang khususnya di tandek. Sambion,pAmansa & TUmunda ( SATU, perkara yang baik seperti ini perlu diteruskan pd masa2 akan datang.

Bagi saya program ini berjaya dilaksanakan dgn jayanya. Menyatukan golongan tua dan golongan muda.Perkara baik kita mesti sokong penuh dan bukanya membuat pandangan yg negetif dan kelak merugikan bangsa kita sendiri.

DINAKAN said...

syabas kpd program 1 Tandek yang telah berjaya menghimpunkan kerabat keluarga yg mungkin selama ini masih kurang pendedahan usul kekeluargaan dalam komuniti golongan generasi baru.

congratulations...!

Uku said...

macam Datuk Pairin ja yg gambar plg last tu...? hahaha

SANGURU said...

siou sdr taufik...cgu btl2 lupa nama. Ni kelemahan cgu! Umar, mus, mimie pun pernah jd "mangsa" mula2 dulu. Hehehe...
(teruskan meREM...bukan merempet kio).

Uku, ya kan? Hehehe...harap2 suatu ketika nanti SATU tandek mampu menjemput CM dan mantan2 CM pula. InsyaAllah.

IsOn said...

Haha uku. dulu keluar klon datuk max. ni kali klon huguan siou pula. mcm2 ada ba di KM dn Tandek ni. :D

Taufik said...

Terima kasih Tuan Sanguru, ingat juga muridnya meskipun uda lama tidak ketemu he..he..

Teruskan perjuangan Tuan

Umar al-Longobi said...

Pn. Kyro,

Ya, betul tu. Mcm tu iklan bilang, "macam2 ada", hehe. Syukurlah sudah reda. Harap tiada gelombang susulan. :-)

Little Mike (LM) said...

mcm Cikgu Janir pula tu yg c Uku bilang mcm Huguon Siou muka dia.. hehe