SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, December 7, 2009

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Program pertemuan keluarga SATU Tandek buat julung kalinya telah berjaya diadakan kelmarin (06.12.2009), bertempat di dewan serbaguna SMK Tandek. Saya berkesempatan hadir walaupun tidak sempat mengikuti program sepenuhnya kerana komitmen lain di Kota Belud. Kesempatan itu juga menggembirakan saya kerana dapat menjejakkan semula kaki di SMK Tandek setelah hampir 18 tahun meninggalkan sekolah ini. Ramai yang telah hadir saya boleh cam muka, tetapi tidak pasti nama dan kaitan kekeluargaan. Ada juga yang saya tidak begitu kenal sangat. Apa pun rata2 yang telah hadir kelihatan begitu ceria sekali. Ada yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Inilah kesempatan terbaik untuk berkongsi cerita pengalaman hidup dan mengimbau nostalgia silam. Tahniah! kepada AJK penganjur dan pelaksana program. Di samping kemeriahan dan erat perhubungan kekeluargaan yang dinikmati oleh ahli2 keluarga yang hadir, ada juga suara2 yang tidak begitu sedap kedengaran di sana-sini, mengatakan program tersebut hanya untuk kepentingan politik dan memalukan keluarga kerana sebab2 tertentu. Tidak pasti sama ada mereka yang telah menyuarakan ketidakpuasanhati itu benar2 ahli keluaraga SATU yang dimaksudkan atau orang lain yang tidak suka ada keSATUan di Tandek. Tidak pasti juga sama ada mereka ini telah menghadiri pertemuan tersebut atau hanya menganalisa dari jauh. Siapa pun dan apa pun tujuan mereka bersuara sedemikian, saya secara peribadi ingin mendorong agar janganlah terlalu menurut kata hati yang tidak puas itu. Bapa saya sendiri (dan mungkin adik-beradik saya yang lain) juga tidak tahu ada pertemuan ini, tetapi itu bukan alasan untuk tidak bersetuju dan monyokong program seperti ini. Kada tokow no mikokoos banar tobo. Nunu ma korualan banar do ginawo dot amu nelaan om amu nokoongoi. Nunu ma kamaamalu dot waro tongo kinoruangan manaak sumbangan. Amu i mari songko suka2 dot tongo tulun manaak sumbangan ki ong okon ko elaan dot awasi ot koontokon dino sumbangan. Sagai agaan i o ginawo minanaak do sumbangan diri, awasi tokow bo diti koulun2. Adi ino no gam ot reetan kamaamalu? Sumakit tokow po nono gam ong kalaga tongo YB sino? Pilion no daton it pongitungan tawasi to ongobpinee. Mungkin ramai yang telah bekerja untuk memastikan program ini berjaya diadakan. Mungkin mereka tidak tersenarai sebagai AJK, dan nama mereka tidak tercatat di mana2 sebagai pekerja yang paling berusaha, tetapi tidak apa saudara, Tuhan mencatat semuanya dan saudara pasti akan diberkatiNya. Kita masih ada alasan untuk bersyukur kerana pertemuan yang sukar ini dapat juga kita rintiskan walaupun mungkin banyak kekurangan yang kenampakan. Jika diizinkan Tuhan, pertemuan yang seterusnya masih ada ruang untuk kita perbaiki lagi. Saya bukanlah siapa2 untuk menegur dan cuba mengajar sesiapa pun. Saya faham benar, saya sendiri juga ada banyak kelemahan dan tidak menyumbang apa2 dalam pertemuan tersebut, tetapi saya hadir sebagai tanda sokongan dan dengan harapan yang besar agar Tandek benar2 berSATU. Nokoboros oku sid KW (Kimaragang Wagu) di guulu dot oruol nogi koyuwan ong rumilik nogi mangarantis dot wayaan. Kanto no ong gowuton molulu ot rilikon. Kadang2 ogoritan tongo rugi, koolok tongo kilau podos om osingot tongo poniningot. Nga iri no ot nontodon dot awasi om oopud ot gopu. Ongobpinee, piuludan daton nga ugu dino i. Kada tokow no mitotoyow, miindaraat om mipoopokoruol. Okukudik tokow diti sitid pomogunan. Orubat yoomogun. Nota: Bumi mana tidak ditimpa hujan, dan lautan mana tidak bergelora. Rupa air lembut kelihatan, dan mudah mengalir mengikut arus, tetapi dicincang tak akan putus. Kotoluadan mantad KW. -IsOn.

16 comments:

Anonymous said...

Awasi no boh ong amu momudut.Waro songulun lumaga sid dagai mokianu do sponsor.A'ih monguro manaak do tusin,a'ih monguro ogumu karaja nga ih momudut diri amu keinginan ya.Ih aki duyu nga sino ih ka di songulun.Om rumikot okoi diri nga atigagang okoi no tu asosoi ngaran ih aki ya siri.Okon ko rumasang okoi nga omomoluon boh.

Anonymous said...

Ibu saya adalah cicit Aki Tumunda dan dipertemuan ini saya begitu teruja untuk mengenali lebih dekat sanak saudara saya.Namun saya kecewa kerana pengisian program yg nampaknya tidak memenuhi objektif hari keluarga.Ramai orang2 tua yg hadir tidak saya kenali dan saya tidak tahu bagaimana hubungkait mereka dgn saya.Sepatutnya pihak penganjur menyediakan info tentang generasi ke generasi supaya orang baru seperti saya mudah mengenali kaum keluarga saya.Contohnya sebagai cicit kepada Aki Tumunda bagaimana pula hubungkait saya dengan Aki Pamansah dan Aki Sambion.Pihak penganjur lebih tertumpu kepada melayan ahli politik yang hadir sedang kami warga remaja tidak tahu apa2...BLURRRRR

Kalau ada lagi lain kali bah kasitau la bah.Ramai kami di Longob,Timbang Batu n Pitas yang seakan terpinggir.

Kami generasi muda sebagai pewaris perlu tahu apa kehebatan Aki2 Tagayo kami.

Siou ki kalau lantang bersuara tapi biasalah bah darah muda keturunan Panglima Aki Tumunda

IsOn said...

Komen yang saya fikir baik dan wajar untuk diambil perhatian dalam penganjuran yang akan datang.

Siapa pun yang telah memberi kedua2 komen di atas, saya puji dan menghargai komen yang membina itu.

Di sebalik kata2 itu, saya tetap dapat melihat keikhlasan dan ketulusan hati untuk mengangkat semangat kekeluargaan.

Mari kita maafkan segala kelemahan yang kelihatan dan terus menyumbang ke arah kebaikan dan kesatuan keluarga2 kita.

Terima kasih.

SANGURU said...

artikel yg berjaya menjawab hampir keseluruhan persoalan. Tahniah dan terima kasih doc.
Ingin benar saya menjawab pelbagai "kekeliruan" namun tak manis kerana jawapan yg pasti, akan pasti memalukan kaum keluarga sendiri.
Saya salah seorag ajk penganjur maka saya faham situasi sebenar. Kami awal2 lagi menyedari apa yg dibuat kali pertama ini banyak kelemahan dan kami sudah pun ada penambahbaikannya. So, harap bersabar dan terus bersabar dan BERSANGKA BAIK...
Kepada rakan2 ajk, kita pun perlu dan terus bersabar. Memang sukar dan perit menyatukan "serpihan2"...siapakah yang memecahkannya? Kerana apa? - tidak perlu sy jawab kr ini pun bakal memecahkan lagi.
TTg nama SATU, itu sudah cukup cantek, gabungan tiga moyang yg membentuk "tokou eh tokou", kalau ada usul yg boleh merangkum puluhan ribu bani kimaragang Tandek, elok diusulkan namun kajilah dulu salasilah sebaik2nya. Kami antara pengkaji salasilah itu, maka SATU itu dipilih sudah merangkumi lbh dari 90% komuniti Tandekian.
Akhirnya, cubalah kaji dulu atau datang dulu atau berada di majlis tersebut sampai tamat barulah buat ulasan pedas kerana "kamamalu daton kondiri ong osilap..." - tokouuu ehhh tokouuu ta ti....
Nga aku nia ambil atai sebab "air dicincang tak akan putus" bilang dr. Nelson...
MAAF ZAHIR BATIN...

SANGURU said...

utk makluman kaum family, tidaklah memalukan kerana lbh 70% kos penganjuran hasil sumbangan/collection kaum keluarga. Selebihnya para pemimpin berbagai parti.
Bagi yg hadir sepenuhnya dlm majlis akan nampak bhw majlis ini bkn politiking. Tidak terllau formal namun adab susila bangsa kita menghormati tetamu tetap dipegang. Masih ada barisan VIP namun turut diisi oleh org2 tua kita yg hanya petani dan mantan2 YB. Ada jg datuk yg kami terpaksa tempatkan di bangku biasa. So, x berapa tepatlah klu dikata majlis ni mendahulukan pemimpin politik.
Ajk menjemput semua pemimpin utama semua parti termasuk pembangkang utk berlaku adil tambahan pula mereka ahli SATU tandek. Tiada orang politik/pemimpin yg beri ucapan. Mereka hanya tetamu dan mereka amat enjoy dpt bersama kaum family dan rakan2 pemimpin dari parti lain. Bukankah ini satu kelainan dari kebiasaan yg bobrok?
Terus terang, sy bkn org politik dan manakan saya membiarkan rakan2 ajk mempolitikkan majlis ini. Syukur ajk pun sepakat melupakan ttg politik kerana KELUARGA DIDAHULUKAN, KESATUAN DIUTAMAKAN.
Harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan. Tk

SANGURU said...

Tentang salasilah, utk program pertama kali ini kami meminta sdr charles sbg pembentang utk membentang generasi 1,2 dan 3 dulu. Org kata - pembuka kata baru. Pd tahun2 mendatang, ada sambungannya lagi. Sy sendiri generasi ke tujuh, masih lama utk menanti nama kita tersebut. So, sabar dan releks. Tidak mampu kita susurkan puluhan ribu nama2 ahli SATU Tandek dlm 1 Malis yg mempunyai beberapa acara lagi. Sekali lagi saya mengingatkan agar kita sama2 terus bersabar, bersatu.
Ttg salasilah, kajian ini pun belum lengkap lagi. Kita2 ini patut membantu dan mendorong kajian sdr Charles dan Kee Rosli. Jika kita ada maklumat, ayuh berikan. Kita saling bantu barulah jadi sempurna. Masih panjang perjalanan jejak kasih, namun semua ini utk anak cucu kita, Jika kita tidak memulakan langkah pertama, susahlah kita...

kyro said...

Seperti kata Dr Nelson 'buang yg keruh ambil yang jernih,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami-isteri...oooopppss...kaum keluarga.hehehe jgn marah2 bah.

Kita ini ramai bersaudara bkn saja di Longob,Timbang Batu atau Pitas tapi dari apa yang saya dengar2 ada yang hijrah ke Brunei.

Bah sama2 la bah kita berhubung.

SANGURU said...

dlm kesempatan ini, sy menyeru kaum keluarga terutamanya yg berkemampuan agar mencontohi salah seorang ahli SATU dari cabang "S" (Sambion) iaitu sdr JAIMBOL DANGUS. Utk makluman hampir 50% kos penganjuran disumbang oleh beliau. beliau datang wpn hanya undangan sms. Beliau datang wpun kehabisan bangku "VIP" (saya duduk sebelah bellau di celah2 makcik2) kita. Beliau sedikitpun tidak mengeluh dan mahu disebut2 nama. Nah, inilah contoh org kita yg diberi Tuhan rezeki lebih dan tahu bersyukur dan tebal semangat sayang kpd keluarga dan bangsanya. Inilah contoh yg perlu direnungi...MARI KITA RENUNGKAN...

SANGURU said...

sahabat2ku yg serumpun, sekeluarga,
Kita kena benar2 mendalami permasalahan sebenar dlm keluarga besar kita, memahai status sosio eko, status sosial dll mereka barulah kita mampu "menstruktur" kembali satu bangsa, satu keluarga yg besar.
1."sesuatu harus mengikut kemampuan semasa",
2."perubahan harus mengikut prioriti"
3. "pendekatan harus mengambilkira banyak aspek"
4. "rentak langkah harus tertib dan sopan"
5."keluarga didahulukan, diri dibelakangkan"

Rasanya, cukuplah sudah penjelasan yg sy harap dapat meredakan keadaan. SATU Tandek memerlukan kita semua, kerana SATU hanyalah menumpang "populariti 1 Malaysia" namun ianya jauhhhh dari sama, bukan sembarangan SATU. Bukan politik. Ia adalah gabungan 3 insan yg boleh menyatukan kita. Kenali mereka, kita akan kenal diri kita...
"TAK KENAL MCMNA NAK CINTA"...
Akhirnya, jika benar kita dekat dengan YANG SATU (maksudku Tuhan)...insyaAllah, segala yg keruh mudah menjadi jernih, yg sukar boleh menjadi mudah...dan yang jauh boleh menjadi dekat...
Tq.

Little Mike (LM) said...

syabas ison. Artikel ni sangat baik dijadikan renungan. teruskan bersatu.... air di cincang takkan putus...

Anonymous said...

Sanguru janganlah bah seorang saja yg mahu bercakap dan menulis...SAM ni ko yg jadi President, Tulisan pun setiap hari ko punya Artikel yg ko kc keluar....Mengomen pun sampai 3,4 komen ko jga yg mengomen...Ujudkanlah DEMOKERSI d jiwa mu terlebih dahulu...Supaya SAM ini milik kita bersama-sama.Sudahlah 1TANDEK lintang pukang, beginikah mau ganti DS Dr Maximus d MP P.168 Marudu atau d N.5 Tandek?....

SANGURU said...

anon 7:31 PM,
Tak abis2 tuan ni menyerang Peribadi.
Ginilah, tanyakan pada:
1. Staf SAM - adakah hak dan demokrasi mereka saya halang?
2. Pembaca SAM - adakah mereka tiada demokrasi memberi komen?.

Jika SAM tidak demokrasi, tuan tidak akan dapat mengulas dalam SAM.

*SAM antara blog paling top, paling demokrasi di Malaysia.

Anonymous said...

walau apa sekalipun perkara yang hendak kita lakukan permulaan itu tetap sukar. terlalu sukar untuk kelihatan lebih sempurna dan tetap ada cacatnya.semua orang tidak akan dapat melihat dirinya sendiri tanpa cermin kecuali orang lain yang dapat melihat diri orang yang lain. jadi.. kalau kita ini adalah warga moyang yang diraihkan dan dapat menilai kelemahan pelaksanaan majlis ini, tiada sebab untuk tidak berani membetulkan kelemahan tersebut secara nyata dan sopan. mengaku sebagai cicit kepada moyang yang dirahikan dan dalam masa yang sama membuat keritikan negetip secara umum tidak mendatangkan kebaikan kepada seluruh keturunan moyang yang dirahikan ini. sebaliknya mendatangkan aib yang sangat dalam kesannya.saya tidak termasuk dalam keturunan kamu ini tetapi saya dapat melihat betapa rapunya ikatan kekeluargaan yang dianggap besar ini.

SANGURU said...

anon 2:24 am,
Biarpun sakit dan memalukan, saya mesti mengakui kebenaran kata2 tuan. Tk. Kerana itulah usaha2 begini dilakukan dan perlu menjadi 1tradisi.
Namun kami percaya, keluarga besar ini akan kuat akhirnya. Perbahasan, pertukaran idea, kritikan2 ini...saya yakin boleh membantu kearah kearah itu, maka dari segi itu saya BERBANGGA...

Umar al-Longobi said...

`Kehangatan` di ruangan komen bukanlah 1 indikator yg tepat utk mengukur tahap kekuatan perpaduan keluarga 1tandek. Sebab, pengulas berkenaan tidak menggunakan identiti yang jelas. Benarkah mereka itu ahli keluarga? Benarkah mereka itu AJK? dan benarkah mereka itu peserta? Mereka mungkin mengaku itu dan ini, tapi benarkah? Boleh jadi mereka itu `orang luar` yg cuba membuat onar! So, selagi tidak nyata identiti mereka... tidak payah layanlah. Buang karon. Cuma, mana2 kritikan yg membina catat utk penambahbaikan dlm penganjuran pd masa akan datang. Tahniah kpd semua yg terlibat!

Anddy said...

Bersin sudah waris Aki Tumunda dr Kampung Timbang Batu..baru terjumpa blog ini..