SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 9, 2009

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH: Final Episode

Salam perpaduan dan persaudaraan buat semua pembaca SAM secara amnya dan SATU Tandek secara khususnya. Saya yang telah memulakan posting bersiri Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih ini pada hari isnin yang lalu. Seperti tayangan bersiri, sudah masuk part yang ke-1v penulisan di bawah tajuk ini. Terima kasih kepada Illie, Kyro, dan Sanguru atas inisiatif menyambung cerita tersebut dengan harapan SATU Tandek benar2 dapat direalisasikan. Di kesempatan ini, izinkan saya untuk menamatkan siri penulisan ini dengan beberapa ungkapan kesimpulan, ibarat penggulungan terhadap sesuatu perbahasan. Semoga dengan kenyataan2 ini, lebih ramai (kalau bukan semua) warga Tandek yang prihatin, menyokong dan membantu usaha2 penyatuan keluarga seperti ini. Sekalung tahniah wajar diberikan kepada AJK penganjur dan pelaksana kerana atas daya usaha mereka program ini telah berjaya diadakan. Walau pun terdapat pelbagai pertikaian dan permasalahan yang telah ditimbulkan oleh (mungkin) pelbagai pihak yang belum dikenali melalui ruang komen, tetapi tanpa ada AJK yang telah bekerja, entah bila baru ada pertemuan seperti itu. Memang tidak mudah untuk memulakan sesuatu yang dianggap sukar, tetapi setiap perjalanan menuju kejayaan dimulakan dengan langkah pertama (meskipun sukar). Setelah dibuat penelitian, kelemahan utama yang saya dapat simpulkan ialah kurangnya publisiti kepada seluruh warga Tandek yang 'sekeluarga'. Ramai yang mengeluh kerana langsung tidak tahu dan merasa diri ter-atau-diabaikan sedangkan mereka berada di Tandek. AJK pelaksana pada pertemuan akan datang perlu memperkemaskan promosi program agar lebih menyeluruh kepada sekurang2nya satu Tandek. Sama ada dapat datang atau tidak itu persoalan lain. Apa yang penting ialah ada hebahan yang meluas (banyak kerja AJK bahagian promosi ni). Dari segi sumbangan dan penyumbangnya, saya berpendapat ia bukanlah satu masalah besar dan perlu diperdebatkan sangat. Dari mana dan siapa pun penyumbangnya, kita wajar menerima dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran. Tidak perlu wujud prasangka tidak baik dan anggapan bahawa martabat diri direndahkan. Terima kasih yang tak terhingga seharusnya diberikan kepada para penyumbang yang telah menyumbang dengan rendah hati dan penuh keikhlasan (walau pun ada yang mempersoalkannya). Berkenaan dengan pengisian program, itu juga bukan masalah yang besar. Setiap yang hadir, datang dengan harapan dan jangkaan yang berbeza. Oleh itu, memanglah sukar untuk dapat memuaskan hati semua orang. Walau bagaimana pun, AJK pelaksana wajar membuat penilaian semula dan memikirkan cara penambahbaikan agar kebanyakan (kalau bukan semua yang hadir) tidak berasa seperti diri dipinggirkan atau tidak diundang. Mungkin program yang akan datang boleh dibuat seperti sambutan perayaan, di mana boleh diadakan acara sukan rakyat dan permainan. Kemudian disudahi dengan majlis kesyukuran dan makan bersama. Saya tidak akan mengulas banyak tentang kaitan dengan politik kerana hal ini pun sangat bergantung kepada persepsi dan kehendak masing-masing. Saya fikir tidak ada salahnya para pemimpin rakyat setempat dijemput bersama untuk memeriahkan acara seperti ini. Jika ada pun niat berpolitik bagi individu2 tertentu, dan melalui acara ini ada pengaruh2 politik yang terjadi, tiada siapa pun yang boleh menghalang. Apa yang paling penting, acara penyatuan keluarga ini dibuat dengan semangat dan nilai2 kasih sayang dalam kekeluargaan. Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pembaca dan pengomen SAM. Komen2 andalah yang telah merancak dan menceriakan suasana di sini. Cuma saya seperti juga rakan2 yang lain menyeru agar setiap pengomen memberi komen dengan cara yang menunjukkan bahawa kita adalah orang2 yang bertanggungjawab dan masih memiliki nilai2 murni dan etika dalam percakapan. Apatah lagi kita berbicara secara terbuka di mana 1 dunia boleh membacanya. Kata2 kita mencerminkan nilai diri. Itulah sebabnya ramai yang mengomen tidak mahu diri dikenali sangat kerana tidak mahu nilai dirinya kelihatan. Salam SATU Tandek. Kotoluadan mantad KW. -IsOn. :)

10 comments:

SANGURU said...

mcm jernih2 sudah ni. Syukur. Klu ada ulasan nakal, jawab dgn nada bergurau saja la. "tokou e tokou".
Maaf zahir batin.
Salam sayang semua keluarga dan sahabat.

MindaGuru said...

Kepada AJK Pelaksana,
tahniah3 kerana berjaya melaksanakannya...usaha yang harus dihargai dan dicontohi.

salam

maikong said...

teruskan perjuangan sahabat2,ku., mari kita perkasakan kekeluargaan kita..1 Tandek,..
mari kita renungi/pratikkan kesimpulan yg dibuat oleh sahabat kita(saudara ison)..

Anonymous said...

kalau ada 10 orang saja macam Nellson dikawasan KM, bukan satu tandek saja tapi satu sabah akan aman. saya tidak kenal org ini tapi saya dapat menilainya dari kerja penulisan yang beliau buat. beliau mempunyi keikhlasan dan kerendahan hati yang tidak terdapat pada orang lain.saya percaya orang ini rapat dengan ibadat dan tuhan tinggal didalam
hatinya. pada pirasat saya orang ini akan menjadi pemimpin teragung dimasa akan datang. org2 tua2 cakap, beliau membalas dengan madu walaupun racun yang orang barikan. kekalkan penampilan tuan yang baik ini.

IsOn said...

salam perpaduan dan persaudaraan...

Terima kasih sdra anonymous di atas. Izinkan sya menganggapnya sbg satu bentuk penghargaan bukan hanya untuk diri sya sendiri tetapi jg kepada SAM secara keseluruhannya.

secara peribadi sya jadikan kata2 itu sebagai panduan dan kesempatan utk menilai diri serta berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan. Terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

he he he..Ison kau jangan takut d Puji bah....Kaulah harapan Bangsa KM/Tandek kita ini bah...Tidak 'MUSTAHIL' kau menjdai MP/ADUN juga akhirnya ini Ison..
Belajarlah ko bapolitik baik2, Bapolitik ni bukannya senang seperti yg d fikirkan......Macam TENGGALAM sudah nama DS Dr Max semanjak tercetusnya 'KELUARGA 1 TANDEK' ini....???

Orang Ulu Sorinsim said...

Ucapan tahniah kpd penganjur krn berjaya mengumpul sebahagian drp warga Tandek. Maklum balas(positif/negatif) drp pembaca dan masykat Tandek boleh la dijadikan sebagai 'input' penting untuk memperbaiki dan memantapkan penganjuran seterusnya.

Apapun pihak penganjur(or warga Tandek/KM/Pitas) perlu memikirkan(pd masa akan datang) beberapa isu spt badan/pertubuhan yg menganjur acara ini, adakah Persatuan Keluarga SATU or Pertubuhan Kimaragang or badan2 lain(supaya yg menganjur dan hadirin merasa 'empunya' acara tsbt)

Umar al-Longobi said...

Ya...

Yg jernih kita ambil. Yg keruh jangan buang terus. Suling/tapis dulu. Kalau masih ada sisa kekabutannya baru buang.

Selamat maju jaya utk semua!

SANGURU said...

eloklah hari keluarga dianjurkan oleh jk keluarga SATU tandek yg menghimpunkan anak2 Tandek dr berbagai parti, berbagai persatuan/pertubuhan. Saya amat risau jika dianjur oleh satu2 badan sahaja, akan timbul persepsi yg lain lg dan paling saya risau jika kesepaduan kembali berkecai kpd serpihan2 kecil.
Apapun, kami hanyalah perintis. Terpulanglah kpd pewaris tradisi ini menentukan yg terbaik. Satu saja "pesan" dari saya - DAHULUKAN SATU, UTAMAKAN SATU...
Dirgahayu keluargaku, bangsaku.

Maya said...

Woi kangku...awasi ot popanau dot kiniro om palanut dot ginawo......

Apa pun yang telah tersurat sememangnya ada 'ilmu' yang tersirat sebab walau 'jahat' macam mana pun sesuatu tulisan iti, tetaplah tersirat pengajaran yang baik sekiranya kita ambil yang baik sahaja walau pun ianya bukan mudah.

Untuk saya dan untuk kita demi kebaikan bersama sesama keluarga, kita cubalah muhasabah atas apa yang telah kita tulis dan ikhlaskan semua agar kita dengan mudah dapat pula melihat kelemahan yang perlu malahan harus diperbaiki.

Ungkapan maaf bukannya sukar untuk diluah....

Hormat dan sayang dari Maya untuk semua keluarga tak kiralah keturunan SATU sebelah bapa atau sebelah mama kerana "TAK WUJUD KETURUNAN TANPA BAPA DAN MAMA'....