SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 9, 2009

DIMANA HILANGNYA ADAT, BUDAYA DAN BAHASA ?

Ucapan 'SYABAS dan TAHNIAH' kepada penganjuran Hari Keluarga 1 Tandek yang telah berjaya dan cukup sempurna pada 6 Disember 2009 baru-baru ini. Namun begitu, terdapat banyak kekeliruan dan kecelaruan yang biasanya bermain difikiran setiap minda seseorang. Lebih-lebih lagi individu yang boleh dikategorikan sebagai manusia yang sangat pintar (merujuk komen Anonymus-1 Tandek). Ingin saya kongsikan sedikit ulasan berhubung komen Anonymus dari sudut penyampaian hasrat pemikiran mereka; 1. Setiap komen Anonymus seolah-olah anon memperlihatkan dirinya kehilangan kasih-sayang daripada keluarga kandung. 2. Anonymus memperlihatkan gaya penulisannya yang merujuk kehilangan akal dan fikiran, tanpa merujuk kepada gambaran dalaman program 1 Tandek yang dibuat. 3. Setiap bait penulisan Anonymus menggambarkan anon seorang yang tiada pendirian, mudah kecewa atau putus asa dan di belenggu masalah kewangan. 4. Cara anon mengungkapkan perkataan menunjukkan anon terdiri dari kalangan individu penipu, penuh hasad dengki dan kurang maklumat usul ketamadunan. 5. Penggunaan bacaan bahasa anon merupakan antara gaya bahasa seseorang yang tidak beretika, tidak beradab dan masih kurang didikan keagamaan. Justeru, mana hilangnya adat masyarakat kita yang penuh tatasusila? mana hilangnya budaya kita yang tinggi nilai pekertinya? mana hilangnya cara kita berbahasa yang penuh sopan dan dapat memartabatkan bangsa? *Nota - Berfikir sebelum membuat ulasan.

10 comments:

kyro said...

Bagus juga ada orang begini disekeliling kita.Sekurang-kurangnya dapat membantu kita supaya sentiasa beringat dan bermuhasabah diri.

Little Mike (LM) said...

sama-sama kita fikirkan...

SANGURU said...

lambat bah tuan masuk. Binjul2 sudah baru datang. Hehehe. Gurau aaa...tokou e tokou

liau said...

Wah hangat pula kamu disini ni - ai yu aku ni ketinggalan kapal kah? - Bah Tahniah pada AJK Penganjur - kerja ni bukan sinang tau, perlu banyak sabar mesti ada saja yang silap oooops terpulang pada persepsi masing-masing.

Aku ada cadangan kenapa tidak dipaparkan atau disebarluaskan 'family tree' tu di blog, untuk makluman ahli keluarga yang terutamanya 'remaja' he he he. sebelum acara diadakan ? Ini mungkin sedikitsebanyak dapat mengelakkan kekeliruan. Cadangan aje - saya ni mungkin 'piut' Tumunda - siapa setuju angkat tangan.

Anonymous said...

Tuan2 semua... sila bagi komen ya, ini untuk pengetahuan bersama saja.
Adakah dibenarkan bangunan sekolah atau dalam kawasan sekolah untuk kita mengadakan progrem yang tidak berkaitan dengan progrem sekolah. jika dibenarkan silah nyatakan bukti yang menyokong kebenaran. kalau tidak kenapa majlis itu tidak dibuat di dewan tandek saja supaya tidak membelakangkan peraturan sekolah. semua kakitangan awam tertakluk kepada prentah2 am. tidak kah tuan terpikir yang mungkin progrem ini boleh mengganggu warga SMK tandek atau pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM/STPM yang pada masa itu tinggal di asrama. jangan bimbang ya saya bukan menentang tuan.

Anonymous said...

Nah...Sudah saya bilang ada d antara Anonymous ini memang ada orang dalaman SAM bah sia tengok2.....Semenjak dulu lg saya menulis d SAM ini pakai ANONYMOUS tidak terlintas 1 pun fikiran saya sepertimana yg d Tulis oleh C 'DINAKAN' ni.....Jangan2 dia yg Menulis sebagai Anon yg PANAS e2....he ha ho he ha ho.Saya ni suka saja melihat apa KOMEN anda tentang Komen saya ini.he he he he he

Umar al-Longobi said...

Sy cadang agar ditubuhkan Persatuan Anon Marudu (PAM). Anon yg hebat2 kita surung sebagai tikung dia. Apa pendapat anon2 sekalian? :-)

DINAKAN said...

hahahaha.... anonymous..!

setahu saya dalam dunia ini, semua orang ada nama diberikan oleh ibu bapanya, namun adakah anonymous ini tersilap dilahirkan? atau anonymous ini seorang yang bodoh dan tidak tahu membaca, menulis dan berfikir... mustahil juga hehehe...! pasal, tahu menulis.

Justeru, sebagai seorang insan yg bergelar manusia, adalah baik utk seseorang anonymous itu mendedahkan namanya, agar keturunannya digelar baik2 belaka dan bukannya keturunan anak luar nikah atau anak haram.

kasihan ibubapa anonymous, sebab susah2 cari nama tapi tidak didedahkan... mungkinkah PEMALU? ANAK LUAR NIKAH? hehehe...

buat anonymous, cuba dedahkan nama dan cuba jgn menuduh seseorang tanpa bukti.

sekian...

SANGURU said...

si luncai boleh berubah dan diubah jika mahu berubah atau ada yg ikhlas mengubahnya. Tapi kalau dah ikut jejak harut marut, mmg susah laa...

Anonymous said...

kita sebenarnya tidak bole menggunakan kemudahan sekolah untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan sekolah, kecuali atas kepentingan negara atau kes2 yang melibatkan mkn 20. kalau untuk acara2 yg bersifat peribadi/ pertubuhan kenalah bayar sewa yang berpatutan, itupun jika mendapt keizinan secara rasmi...