SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 5, 2009

FARMVILLE....(PART 7)

Daya fikir yang berinovasi dan kreatif diperlukan dalam apa jua usaha. Saya ada menemui ladang seorang farmer yang bijak. Dia memagar ladangnya dengan pokok buah2an. Penggunaan ruang secara maksimum agaknya, sambil menjadikan ladangnya lebih indah dari segi landskap. Ada pula seorang sahabat membebas lepas ternakannya untuk menyediakan baja organik tambahan? 2 in 1 namanya tu, dapat daging, dapat tahi/baja... Demikianlah yang perlu dilakukan oleh orang kita. Harus ada "imaginasi hebat" dan menjana seberapa banyak idea baru yang praktikal. Kita kena terus belajar. Sahabat saya, pemilik kedai tersohor di KM, tiap kali beliau turun KK, beliau akan mencari idea2 baru, katanya. Dan dia tidak segan2 bertanya saya kalau2 orang Dusun ini ada idea yang baik punya...

1 comment:

Umar al-Longobi said...

terus kreatif dan berinovasi...