SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 12, 2009

FARMVILLE....(PART 8)

Saya juga tertarik dengan konsep kepelbagaian usaha dalam farmville ini. Ada ladang tanaman, ada kandang ternakan dan ada dusun buah2an. Dan bukan terhad untuk kegunaan dapur sendiri sahaja bahkan unlimited mengikut kebijaksanaan dan daya usaha farmernya. Dan ada pula "KPI" nya. Kalau cincai piara itu babi, lembu, kambing, keluarlah bunyi2 bising. Itu signal "KPI" sedang menurun. (kan elok kalau rakyat pun....) Demikianlah kalau bangsa kita mau maju, kena pelbagaikan usahaniaga. Tidak semestinya jadi petani, penternak dan nelayan sekaligus. Mati penatlah kalau begitu. Maksudku, dalam 1cabang usaha, contohnya petani, kalau mampu, boleh tanam padi, proses padi, jual padi, eksport padi. Demikian juga kalau nelayan, jangan setakat penat2 cari ikan kemudian peraih beli dengan harga cekik darah... Wahai pemimpin, sayangilah rakyatmu, mereka bukan malas berkerja, mereka perlukan daya bantumu, .

No comments: