SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, December 14, 2009

GAMBAR BERBICARA :TAHNIAH!

TANDEK, KOTA MARUDU: 13 angka yang saya suka, dan saya amat suka hati hari ini melihat dua majlis di dua kampung. Di Kg. Salimandut, berlangsung persandingan dua keluarga SATU Tandek iaitu En. Rujim Majinau dan Pn. Rinawati Danil. Di Kg. Mosolog, berlangsung pelancaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang disempurnakan oleh Mejar (K) Abd. Latif Kandok. Untuk kedua belah pihak ini, kami mengucapkan syabas dan tahniah. Semoga berjaya mencapai impian indah.

43 comments:

SANGURU said...

soalan kuiz: anak siapakah di gambar di atas yg sedang menutup telinga? Hehehe.

maikong said...

selamat pengantin baru ..Rujim..semoga bahagia hingga ke anak-cucu..dan jalan terus....

maikong said...

ini macam anak si TOmpinai ini..raut wajah dia macam mamanya..jgn marah klu salah teka...
tahniah kepada En.rujim krn telah berjaya mengakhiri zaman bujangnya..
saya tau org yg paling sibuk adalah ibu beliau..maklumlah anak kesayangan...

maikong said...

tahniah kepada persatuan kimaragang diatas pelancaran pertubuhan kimaragang..semoga success utk memajukan kaum kimaragang..saya menyokong penuh persatuan ini..syabas TN dan kwn dlm persatuan kimaragang..
Apakah agaknya agenda selepasnya yg ingin d capai ..........

Anonymous said...

saya bangga jadi anak kimaragang..semoga satu hari nanti saya dapat berbakti untuk bangsa saya ini..

dr tanjung (x rambutan) said...

pd sy, lbh baik rasanya jika semua yg menganggap dirinya sbg Bangsa Kimaragang bersatu dlm HANYA SATU(1) persatuan sbg wadah perjuangan bagi melesterikan survival Bangsa Kimaragang. usah d ungkit segala sengketa atau tidak kesefahaman. buang segala permasalahan n bersatu dlm HANYA SATU(1) suara.
sy pcaya, dgn apa yg brlaku pd 13 Dec akan mnyebabkn bangsa Kimaragang akn berpecah n akan timbul masalah yg baru. tak percaya? lihat lah nanti...
klu pn, sdra Baintin Adun(presiden PKBS)or mana2 AJK peraatuan yg lama tidak disukai oleh (?), itu bukan alasan yg munasabah sehingga mengujudkn perkara berkenaan. tambahan lg, mereka bkn presiden or AJK seumur hidup - bakal digantikn oleh org lain jg. apa pn, kta bkn brmaksud utk mempersalahkn siapa2 jauh sekali menuduhn yg bukan2. malah, sekadar perkongsian pdgn. seperti jg dlm soal agama n kepercayaan. semuanya menyeru kpd perkara kebaikan belaka w npn berlainan cara n anutan. insyallah, mudah2an. kopitamanan.

srixon said...

boleh tuan SANGURU tinjau itu tapak permainan Futsal yang dibina dekat pasar am KM?

Maya said...

Apa pun perkara di sebalik penubuhan Persatuan Kimaragang Malaysia, saya percaya dasarnya satu iaitu BERSATU, BERPADU KE ARAH MEMARTABATKAN BANGSA KIMARAGANG KE TAHAP YANG SEPATUTNYA. Tahniah kepada ke dua2 persatuan!
PKBS atau PKM atau apa saja 'namanya' asalkan berada pada landasan perjuangan yang satu, pada saya tak ada masalah kecuali ada yang sengaja mencari masalah.
Apa yang penting adalah berganding bahu berpaksikan KIMARAGANG KE PUNCAK KEGEMILANGAN YANG BERMARUAH!
Seharusnya, semakin ramai pakar dalam satu kaum semakin majulah kaum itu sekiranya kepakaran tersebut diguna pakai dengan AMANAH.
Tapi saya tidak menafikan fenomena disebaliknya jikalau berburuk sangka menyubur dalam sanubari kita.
Apa yang jelas, semua perkara berkaitan bukan rahsia dan sudah tentu orang yang makan lada akan terasa pedasnya...masakan tidak, kenapa kita perlu melenting kalau kita sudah bertanggung jawab ke atas amanah yang ada di bahu kita?....
Nah! Kita harus berani mencari kesilapan lalu memperbaikinya....

dr tanjung jg ni said...

mana2 saja la tuan2/puan2/cik2.
perkara sdh berlaku. sama2 la kta merasa bahangnya nti. mcm mana mengasi jln klu 1 kapal 2 nakhoda? sy brckp secara ikhlas n realistik. x d pengaruhi oleh sebarang unsur yg bersifat prejudis or provokasi. tp apa pn, pintar mengayat sja x memadai utk membangunkn bangsa yg terkesamping ini. kta perlu kesedaran n tindakan bkn omelan. kopitamanan.

orchardrace said...

Salam,
Persatuan kimaragang sudah ditubuhkan. Semoga persatuan kimaragang ada inisiatif untuk mengkaji asal/sejarah suku kimaragang untuk rujukan dan tatapan generasi akan datang. golongan muda kimaragang termasuk sy sendiri masih tertanya2 asal usul/sejarah suku kimaragang itu sendiri dan selama ini kita hanya mendengar dr org2 tua bhw suku kimaragang berasal dr nunuk ragang?? sg. sugut?? dsb dn berpindah randah disebabkan oleh faktor2 tertentu (penyakit, tanah dsb). Bagi sy cerita lagenda/mitos org tua2 tersebut tidak memadai dan perlu kajian terperinci kpd sejarah kimaragang itu sendiri. Sy jg tertanya apakah kita ini ada kaitan tanah besar asia, suku hmong, di vietnam, ataupun kita jg ada kaitan dgn kegiatan perlanunan di era kekuasaan kesultanan sulu.

Semoga cadangan ini mendapat perhatian dr tn/pn sekalian.
Sekian

Orchardrace Masolog

maikong said...

saya sukung saranan c Or masolog..
adalah kini tanggungjawab persatuan kimaragang utk mencari/mengkaji asal-usul,..Dusun itu sendiri dan Kimaragang,..supaya anak muda/generasi baru kimaragang tahu darimana aki-aki mereka(asal-usul)..rasanya betul tulisan c Asreemoro..bhawa org Dusunlah yg perlu mengkaji asal-usul mereka sendiri,..adakah dari selatan asia dan dilibatkan dgn pelanun2..oelh kaun baajau(balangingi)&kaum tidung(zaman kesultanan sulu)

Anonymous said...

Mau berapa benyak pertubuhan kimaragang oh... tuan. org rungus, bajau,kadazan, murut,bugis, bisaya, tatana dll hanya ada satu pertubuhan, sebaba itu diorang nampak lebih maju dari kita. lu pikirlah sendiri mau simpan mana lu punya sikul yg tinggi2 itu. pengwujudan dua pertubuhan menunjukan setuasi perpecahan yang amat teruk yg pasti membawa kesan buruk kepada bangsa kimaragang. budak kecilpun tau bah ini benda. bangsa lain akan menganggap org kita ini tidak mempunyi kekuatan dlm perpaduan dan memerlukan kursus jati diri bangsa kita dari bangsa lain.. bagaimana orang kita menerajui kepimpinan kawasan kita kalau konsep pemikiran kita masai begini. org bodoh pun tau bah ini adalah satu kelemahan yang besar. Bertindak segrah sebelum terlamabat, ubah semula setuasi ini. janganlah buat bangsa sendiri tidak ketentuan nanti rosak pemikiran genarasi baru kita.. ok

Maya said...

Selain jalan2 cari makan satu lagi jalan2 yang bagus adalah jalan2 luaskan pandangan.

Di Sabah lebih dari 40 ETNIK DAN LEBIH DARI 100 SUB ETNIK yang sama ada masih mengamalkan budaya ibunda atau masih menuturkan bahasa ibunda atau tidak! Ini adalah FAKTA ambaya ANON.

Jangan sebut bangsa jauh2, Bangsa IRANUNUN di KB contohnya, ada lebih dari SATU persatuan yang dorang ada tapi dorang AMAN juga bah...tiada juga kita dengar PERANG SAUDARA berlaku di antara dorang.

Apa yang saya tidak habis fikir adalah kenapa TUAN ANON bimbang sangat??? Dalam keluarga saya, akibat kahwin campur, ada 'tulun dot dagang' Cina, Iban, Murut, Lundayeh, Bugis, Jawa, Brunei, India, pokoknya macam2 ada. Sasama keluarga Kimaragang kami x pula mempertikaikan wujud persatuan baru malahan kaum 'nokotokin' dengan kami pun berpendapat positif sebab diorang sudah tentulah kenal dengan pemimpin atasan kedua-dua persatuan yang TUAN ANON maksudkan.

'Dua2 bos2 tertinggi persatuan ini ada kelebihan masing2, pasti Kimaragang selepas ini akan maju", ni antara komen dorang yang kami pun sangat2 bersetuju.

Nah! Kalau ada pun orang kita bertanya itu dan ini, sebagai orang terpelajar TUAN ANON pasti tahu menjawab soalan dorang dengan baik.

Sumintor tokou banar matog sid pisa'an pogi....

Anonymous said...

memg btl spt apa yg d perkatakn olh ANON 9:26 ni. ini terang2an menunjukkn PERPECAHAN BESAR tlh berlaku dlm masyarakat Kimaragang. jgn pla nti org2 trtentu itu dgn lurus menuding jari kpd org lain bila Bansa Kimaragang ini jadi bahan momokan n persendaan org luar kerana tiada KESATUHATIAN. INGAT! JANGAN MENUDING JARI KPD ORG LAIN! "pada saya tak ada masalah kecuali ada yg sengaja mencari masalah - Maya..." apa lg masalah yg di cari??? masalah sdh ada ni skg. PERPECAHAN....

Anonymous said...

PKBS bukan tidak baik, tapi hanya tertakluk kepada negeri sabah saja.. saya berpendapat bahawa Pertubuhan Kimaragang Malaysia sebenarnya memainkan peranan untuk seluruh Malaysia. Selama ini apa peranan yang telah dilakukan oleh PKBS dalam memartabatkan Dusun Kimaragang di persada negeri / negara? Kita buka minda baru.Jangan hanya di takuk lama.. Inilah sikap orang2 kita yang tidak mahu berubah. Sebelum ini saya pernah dimaklumkan penganjuran Pesta Kaamatan anjuran PKBS bertempat di Pekan Tandek, kalau tidak silap saya tahun 2006/2007 tapi di mana sudah? Tiada dibuat pun. Dan sebahagian AJK di bawah PKBS adalah yang tidak pandai buat kerja.
Bagi Pertubuhan Kimaragang Malaysia pula, mintalah supaya lebih telus, buat kerja dengan baik jadilah pertubuhan yang baik dan mampu jadi contoh kepada semua, tampillah jadi mentor kepada mana2 suku lepas ini. Jauhkan diri dari agenda politik. Jaga nama baik Kimaragang. Jadi sama ada PKBS atau Pertubuhan Kimaragang Malaysia, marilah kita saling sokong menyokong.

Tompinai said...

Semua itu adalah andaian para anony semua...kalau mmng kita mencari perpecahan, maka perpecahanlah yang kita dapat. Kenapa orang2 kita selalu sangat melihat perkara yg bersifat negetif?. Kenapa ia tidak dijadikan sebagai seseuatu yg positif dalam mencari keberhasilan. Apakah salahnya seseuatu bangsa itu mempunyai persatuan yg lebih dari satu, Sekiranya persatuan2 itu mempunyai visi yang jelas dalam mengangkat bangsanya, wajar berkerjasama. Ini tidak, saling menyalahkan. Bukankah kedua2nya sah di sisi pendaftaran pertubuhan. Oleh itu, kedua2nya, layak untuk membuat sebarang aktiviti.

Cuba beri peluang kepada kedua2nya bergerak, merangka segala perancangan dan melaksanakannya, kita sebagai ahli2nya., menyokong.

Ini belum apa2, pelbagai andaian buat. Sebenarnya, kita sendiri yg menyebabkan org lain mentertawakan kita.

Apa2 pun, adalah menjadi harapan agar kedua2nya dapat berkerjasama demi masa depan generasi yg akan datang.

Salam perpaduan

Maya said...

Saya salut saudara TOMPINAI punya komen. Harap2 kalau kalangan pongomen2 ANON tu baca, dapatlah sedikit ilmu meredakan kebimbangan. Bukan apa, setahu saya saudara TOMPINAI bukan Kimaragang cuma berkahwin dengan saudara kita tetapi mempunyai gagasan dan pendapat yang sangat bagus.
1 perkara lagi, kalau kita sudah melakukan amanah di bahu kita dengan ikhlas, kita x mungkin marah yang tidak terkawal bila orang kritik....betulkan???
Ish3x....

Little Mike (LM) said...

setuju dengan tompinai. Mendahulukan andaian seolah-olah memang itulah yang akan berlaku. Tidak ada lagi dalam sejarah berpersatuan ini menyebabkan peperangan terjadi di SABAH khasnya daripada kaum kimaragang sendiri. Lebih persatuan bukan tanda laras mutlak kemunduran bangsa.

Macam mana anon boleh terfikir yang 2-3 persatuan ini sebagai satu PERPECAHAN YANG TERUK? gambaran TERUK ini seolah-olah hanya boleh diselesaikan oleh mata pedang baru boleh bersatu. Setakat ini KM belum ada sebarang peristiwa pertelingkahan dalam soal berpersatuan kalau ia berkaitan dengan aplikasi bangsanya.

Anonymous said...

Salam,
Maaf mencelah. Tn/pn/fren..saya berpendapat komen para anon kita berkenaan pkbs dan PKM ini adalah berasas. Kita bangsa kimaragang kenapa perlu ada 2-3 persatuan? Terlalu banyak persatuan yg mewakili kimaragang memberikan tanggapan yg sgt besar kpd masyarakat ttg sifat/peribadi kimaragang itu sendiri. Mohonlah sdr/sdri menilai sebaik2nya kesan drp ada 2 persatuan yg semata2 hanya mewakili satu kaum sahaja. Bagi sy gambaran yg paling jelas adalah kita kurang bersatu sependapat/suka sgt menubuhkan persatuan baru. TQ.

TONDIRAN GOWOT said...

LM.. kita bukan mendahulukan andaian tapi jelas menunjukkan terdapat unsur2 perpecahan apabila wujudnya dua pasukan dalam bangsa yg sama... setuasi ini memberikan ruang kepada bangsa lain untuk menilai kerapuhan perpaduan bangsa
kita. kawanku... bukan saja org kimaragang tetapi semua bangsa d negeri sabah berpagang teguh kepada adat dan undang2 sebab tu lah org sabah dikenali sebagi perama. jadi tidak mungkin penyelasaian mata pedang yang tuan maksudkan itu terjadi.. tetapi pandangan bangsa lain terhadap pemikaran bangsa kita ini tetap akan terjadi. orang rungus dikenali d seluru malaysia/dunia sebab kekuatan semangat perpaduan mereka dlm satu suara. memperjuangkan martabat bangsa ini tidak sama dengan berlumba seratus meter.. dia lebih kurang sama dengan lumba perahu naga.. berkayu dalam satu sampan lebih jelas kekuatan semangat dan tenaga. saya bukan mendidik kalian yg lebi bpendidikan kerana sya ini cuma kerja potong gatah. tapi semua ini saya rumuskan daripada cerita org2 tua2. apa pun teruskanlah dahulu apa yg suda dimulakan dan kalau tidak membawa sebarang hasil kepada bangsa kita,, cepat2lah balik ke jalan yg asal,, ya nak. tapi janganlah tunggu sehingga kesannya jelas baru menyedari hakikatnya..

SANGURU said...

MINTA MAAF BANYAK2 SEBAB SAYA NAK "MINTA PUJI" SIIIIKIT. ADA RASIONALNYA SY BERBUAT DEMIKIAN:
boleh tak tiru sikit mcm saya? Saya bkn ahli kedua2 persatuan tersebut tapi saya tidak memburuk2kan kedua2nya bahkan pernah membantu kedua2nya atas nama persahabatan, persaudaraan dan kebaikan.
Saya tahu kenapa PKM diwujudkan, dan saya faham jg mengapa PKBS rasa tersinggung. Ada kebenaran kedua2 pihak dlm hal ini. Saya tidak akan berikan detil nya kerana ini akan menambah perpecahan (meminjam kata2 anonymous).
kasihani dan kasihi rakyat/bangsa. Mereka org kg mmg sedang keliru, namun jika mereka melihat dan mendengar kedua buah persatuan ini bermanis muka, blh senda gurau, tukar2 idea, bahagi2 tugasan, dll...saya sbg salah seorang dari org kg itu pasti tidak ada masalah dengan kewujudan 2 pstn ini. Kuncinya 1 saja : 1 hati, 1 matlamat. Tak semestinya 1 bahtera (wpn semolek2nya 1 itu la yg afdal)...
Saya serba salah, yg satu mau panggil, yg satu pun panggil. Biarlah sy berkecuali tapi bukan berdiam diri, sebaliknya terus membantu kedua belah pihak dengan kapasiti, keupayaan, dan kemampuan sy dr segi masa, tenaga, ringgit, dll.
maafkan saya, inilah saya dan cara saya.

SANGURU said...

tn srixson,
Ada masalah kaitu gelanggan futsal? Berapa kos? Siapa kontraktor?
Bahkah...hehehe...

Tn maikong,
Yaaa betullll...staring c tom itu, anak dj Nong. Hehehe...

Little Mike (LM) said...

TONDIRAN GOWOT: kita mengharapkan pemikir kedua-dua persatuan ini dapat melakukan sesuatu yang dapat memperkasa bangsa kimaragang. Saya faham kebimbangan saudara tapi jauh di sudut hati, saya mengharap agenda mereka adalah agenda bangsa.

saya memandang usaha baik kedua-dua persatuan ini. Yang kita mau ialah PERMUAFAKATAN. Harap tidak ada yang mencanangkan siapa atas siapa...

Apa kata kalau kita sarankan/ lontarkan cabaran kepada mereka bahawa sebenarnya memiliki dua persatuan ini bukan menggamit masalah kepada survival bangsa tapi dapat menjahit ketamadunan bangsa lebih kemas, lebih jitu...

buktikan kepada orang luar bahawa memiliki 2 persatuan tidak menghumban bangsa ke gaung perpecahan, persengketaan...

Seperti kebimbangan TONDIRAN GOWOT, adalah menjadi tanggungjawab para pemikir persatuan ini memberikan perhatian kepada kata-katanya. Anggaplah suaranya sebagai 'sediakan payung sebelum hujan'.. Jangan sampai terhantuk baru terngadah...

'UNITED IN DIVERSITY'

Maya said...

Walaupun saya bukan ahli mana2 persatuan setakat ini, madko ko'o oku babanar di SANGURU,LM om TONDIRAN GOWOT dot putitinongus om isai nopo it positif tanpa menidakkan kesan negetifnya kewujudan PKBS sebagai SARI & KIMARAGANG sebagai SINUMUNU. (Waro po ot tobpinee suwai da'alo dino nga LISAT)

Kalau dilihat dari sudut pelayaran, sememangnya wujud banyak ketakutan tapi kalau dilihat dari sudut 'Adik beradik' yang ibubapanya KIMARAGANG, pada saya nampak lebih meriah apa lagi kalau adik beradik itu mitotoluod, misosokudung monunggor om pengkakat dot songlominan. Pasti dasyat hasilnya... bergemerlapan gitu lo...

Dadi, isai2 daton ot kemot dot waro kopisalangan om kongotutun dino tongolun minomonguyut retko Wowoyo'on sinod PKBS ka, KIMARAGANG ka, mising siou tokou i banar sumambat pongkabang sid tinoguwangon da'alo tobo..amu i kadan susundui po om kapatai. Okoni ko nunu po nga nunu ot kelelo ong amu opilompukan da'alo modsinombol iti burunsut dot pituturanan daton diti.

Kopitamanan...

Anonymous said...

maaf tn little mike tp slogan UNITED IN DIVERSITY tidak terpakai dlm konteks pengujudan 2 persatuan mewakikli 1 Bansa Kimaragang ini. kalau dlm konyteks kehidupan seharian memg lh tergunapakai.

maikong said...

wahh Hebat ini pkbs&pkm...boleh mencetuskan idea..perbahasan Maya..teruskan kwn2 semua...

Anonymous said...

Salam,

Maaf sdri maya..saya rasa kurang lengkap ttg perumpamaan adik beradik yg anda katakan.
Bg sy sekarang ini Kimaragang adalah IBUNYA dan PKBS dan PKM ibarat suami atau bekas suaminya. Sementara tu, ahli-ahli persatuannya ibarat anak2nya seibu kpd kimaragang dan berstatus adik-beradik tiri.

TQ

Little Mike (LM) said...

tn anonymous December 15, 2009 4:42 PM..

UNITED IN DIVERSITY yang sebagaimananya difahami kita ialah bersatu di dalam kepelbagaian. Namun saya kira anjakan boleh dibuat dari segi 'kepelbagaian'... saya tidak la juga menganggap DIVERSITY ini dirujukkan kepada wujudnya 2-3 persatuan.

minta maaf kalau saya tersasar... tapi saya suka kepada fenomena aplikasinya... KEPELBAGAIAN >> BERSATU yang merujuk kepada gugusan pemikiran yang dilahirkan melalui karekter personal yang berbeza tapi seragam di dalam cita-cita membangunkan bangsa melalui objektif berpersatuan.

Maya said...

Apa pun percanggahan pendapat yang sudah berlaku atau perumpamaan yang kita gunakan sebagai mempermudahkan pengertian, sama ada ahli atau bukan ahli kepada mana2 persatuan itu, hakikat yang harus kita akui adalah dua2 persatuan itu sudah WUJUD, SAH DAN MAHAL!

Saya tidak mempunyai kepentingan dalam ke dua2 persatuan itu, bukan juga ahli! Namun apa yang jelas, saya diberi tahu oleh AMA & IYAI, AKI & ODU dan TONGO TAKI & TODU LOMBUS (It nongo-kokosupan ku) bahawa saya ini salah satu unit dalam 'MASYARAKAT KIMARAGANG' yang saya cukup sayangi.

Pesan dorang, "Onggomono diko iti tadat, boros om kobasan daton, sisiongo poma mumomogun nokuro poma ong kosunggu'd tawan ot sinikulan nga kada'ai duyu no olingai ot isai kow om siongo ot nontodon diko", iti no ot tupono da'alo dot pikakangkab ku sinongo nopo ot kolokon ku.

Apa saja yang saya tulis di mana2 atau cakap dengan siapa2 saja adalah atas dasar yang sama dan kebaikan dari itu semua adalah saya takut silap walau pun saya tau terkadang saya silap.

Saya suka menggunakan 'saya' juga sebab saya mahu pembaca atau pendengar memahami apa saja yang saya luahkan adalah mewakili saya yang naif dan dahagakan ilmu....

Kepada mereka yang terasa...maaf & TK.

Little Mike (LM) said...

saya juga tidak mengganggotai mana-mana persatuan ini. Hanyalah penulis dalam Blog SAM. jadi saya tidak la berhasrat lagi memanjangkan lagi cerna pendpat.

Sama-sama kita pegang pesan dan wasiat nenek moyang kita. Kita buat OBOR penyuluh jalan anak-anak bangsa

SANGURU said...

suda ON, kasi ON la dulu. Semoga kedua2nya umpama lampu yang menerangi.
Lumintanga okoi (org2 spt hamba) nopoh. Monokubang om manarabang. Ong waro pisalaatan, kami anjur "Tadau Pisirangan" (Hari Keluarga), tempat kita saling berkenalan, berksaih sayang, bermaaf2an...dan menjana idea memelihara persaudaraan dan memulihara warisan nenek moyang.
Serumpun, sekeluarga.
Keluarga kita adalah bangsa kita.
Seantero Tandek adalah sekeluarga, sebangsa, serumpun. "TOKOU E TOKOU"...

Uku said...

Maya-aramai tie.....

PKM-Saya memandang dari jauh..looking forward for your bright future. Best Wishes!

Anak kambing melompat-lompat
Jatuh ke sungai tiada yang tolong
Kalau saya terjatuh..boleh tolong?

(Pantun tararaat)

orchardrace said...

Salam,
W/apapun Samada PKM atau PKBS cuma nama saja yg berlainan ttp matlamat adalah sama iaitu menjaga kebajikan/kesejahteraan/sesepaduan/meningkatkat taraf hidup dsb kpd suku kimaragang. Kita adalah sku minoriti di Msia, dan dgn adanya persatuan ini diharapkan memberikan impak yg besar kpd pembangunan sosio ekonomi suku kimaragang agar setanding dgn kaum lain di Msia.

Anonymous said...

mcm mana mau jadi ahli kimaragang??? dalam surat beranak anak2 zaman sekarang tiada tulis DUSUN tapi ditulis KADAZAN???? Tlg jawab.....Sejauh mana PKM ni blh membantu dlm kemajuan penduduk berbangsa KIMARAGANG???

maikong said...

anony December 16, 2009 8:27 PM
surat beranak saya di tulis Bangsa Kadazan...(1974)..
anak saya 2006&2007..berbangsa Dusun..boleh ubah juga..ketika kita daftar anak JPN..

SANGURU said...

istilah dusun dan kadazan dan kadazandusun ni kira baru juga baini. Yg lebih duluan ialah momogun, dan sampai sekarang kebanyakan sukukaum semacam bangga mengelar dirinya yomog@yomogun@momogun.
Momogun diketepikan kerana orang momogun yg dikadazankan oleh suku sakat Tun Fuad (UNKO) risau parti pasok momogun pimpinan G S Sundang dapat sokongan. Dusun juga cuba ditenggelami kerana risau USDA naik. Perpecahan seumpama ini disenangi oleh orang "non momogun".
Kalaulah pecahan bangsa momogun ini memilih nama momogun kan bagusss...maksudnya pun bagus. Momogun=mendiri/mengasas. Bermakna kita tuan bumi Borneo utara ini. Orang asli.
Dusun? = orang bukit/hulu2 yg tinggal di dusun2/ladang2 saradiri.
Kadazan? = orang (momogun) yg dah moden (konon) yg bermastautin area2 bandar/pekan/"kakadazan". - nama yg nmpk cantik tp realitinya, bangsa kita pecah, hanya kerana org politik mau mencipta "grass roots"nya. - Tun Fuad darah INGGERIS tak punya suku, justeru dia wujudkan kadazan itu. Syukurlah suku yg kecil itu menjadi dominan tapi apakah akibatnya kepada MOMOGUN yg sepatutnya menjadi Tuan?
Sedih bukan? Angkara siapa? (kr itulah aku fobia sgt klu ada sesiapa mahu menjadi hero bangsa/suku...akhirnya nanti serpihan menjadi semakin kecilll...). Harap bangsa lain mengambil iktibar dari pengecilan Momogun ini.

Anonymous said...

Salam,
Kpd Anon 16hb,8:27pm

Soalan anda mmg bagus. Inilah fungsinya kaum kimaragang agar ujudkan persatuan yg benar2 memberikan impak kpd kebajikan sosio ekonomi, politik dan hal tuju kaum kimaragang itu sendiri agar setanding dgn kaum2 lain di Msia. Sudah tiba masanya kita bangkit tidur dan terus berada di zon selesa serta terus menerus dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Anonymous said...

Salam,
ahahaha..sanguru, fakta yg anda berikan berkenaan momogun, dusun dan kadazan tersebut menjurus kpd perbincangan kita sebelum ini pro dan kontra drp ujud dua persatuan semata-mata hanya utk mewakili kaum kimaragang di Msia. Besar kesannya bukan?? Kebimbangan dan bidasan para Anon adalah bertempat dan hasil drp pengamatan dan pengalaman yg lepas. Bidasan mrk bukanlah secara rambang dan tidak berasas. Kita sepatutnya disatukan dalam satu hati dan satu panji perjuangan dan belajar drp kesilapan yg lepas.

Cuba kita renungkan mengapa negara kita dijajah sebegitu lamanya oleh penjajah portugis, belanda, ingeris dan Jepun, w/pun ada penentangan drp anak2 watan terhadap penjajah? Ini adalah kesan drp semangat tidak bersatu oleh anak watan dan impaknya yg sebegitu besar dan kita dijajah lebih drp 500thn lamanya.

Pendapat Dr. Nelson bhw kimaragang adalah lautnya (lautan manusia) dan persatuan itu adalah kapal-kapalnya dan setiap kapal itu pasti ada nakhodanya. Persoalannya, siapakah, saudagar/taukeh/CEO kpd kapal2 tersebut yg bertindak sebagai penguasa kpd hala tuju kapal2nya? Apakah kita ingin menjadi samurai yg menjadi Ronin (samurai tidak bertuan) kerana tuannya dibunuh oleh suku samurai lain dan akibatnya Ronin tersebut akan membalas dendam dgn membunuh ketua yg membunuh tuannya dan yg kemudiannya melakukan 'sepuku' (bunuh diri dgn mengelar perut).

Anonymous said...

Anon 9:26 pm, Saya tidak bersetuju dengan anda menyebut Persatuan Bugis, Kerana d Sabah ini Ujudnya Persatuan Bugis ini adalah pada tahun2 1980an sahaja. Kerana Bangsa Bugis ini kalau tidak silap saya tidak termasuk SUku yg berada d Negeri Sabah pada mulanya...Mungkin SUluk masih ada lagi termasuk Suku Kaum d Negeri ini....Setujukah anda?

YB. SUKA2 said...

AMAN A, SYA TENGOK TU GAMBAR MACAM 2, 3 ORG SAJA, ITU PUN BUDAK2
YANG MENDINGAR UCAPAN. JADI BARMAKNA MACAM KURANG SAMBUTAN JUGA BAH INI. KLU BEGINI LA SAMBUTANNYA BAGUS LAGI KAMURANG CARI IDEA LAIN UNTUK MENARIK PEERHATIAN ORG RAMAI KLU TIDAK ALAMATNYA TAK ADA PELUANG KAMU MENJADI HERO DI KM.

YB. SUKA2 said...

AMAN A,, BAGUS KAMU BUAT MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU UTK SATU TANDEK. KASI UMUM ADA POTONG SAPI 2 EKOR BARULAH RAMAI ORG YG DATANG BARHIMPUN.

BAKAL YB TANDEK said...

ainaa....sikit ka urang datang semasa pelancaran PKM itu YB SUKA2?
maknanya 'tiada kik' la ini PKM Kan?

YB. SUKA2 said...

SUARA PKM SAJA YG KUAT BAH ITU,.. BAKAL YB. KIKNYA LNGSUNG TIADA UMPAMA MELAUNG KE LANGIT TAPI LANGIT TIDAK MENJAWAB. UMPAMA KLU RADIO KASI BIAR SAJA BERBUNYI SAMPAI HABIS CAS BATRI