SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 26, 2009

Hidup Berani Setelah Gagal

Kulanz

Oleh : Kulanz ( Semua Jadi Satu )

Dalam hidup ini, siapa yang tidak pernah gagal walaupun sekali atau sekecil-kecil kegagalan?.. Rasanya semua pernah mengalami kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebenar mana kegagalan yang kita alami itu.

.. ada yang mengatakan hidup harus berani untuk gagal. Adakah ini bermaknahidup tidak dapat dipisahkan daripada kegagalan? Jika saya ditanya, memang saya akui. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap hari aku berhadapan dengan kegagalan. Gagal tidur atau bangun mengikut waktu sepatutnya. Gagal menepati janji terutamanya waktu yang telah ditetapkan.. gagal menunaikan ibadah..dan macam-macam kegagalan lagi..

..kadang aku memang sedar akan kegagalan itu, cuma mungkin sudah menjadi tabiat aku dan kelemahan aku, semua itu sukar untuk dielakkan.. tapi ini bukan bermakna aku menyalahkan takdir yang telah menetapkan kegagalan itu.. yang aku tahu, memang ia daripada kealpaan sendiri.. dan itu tidak akan berubah selagi aku tidak mengubahnya sendiri..

Satu yang aku selalu tertanya-tanya, benarkah kegagalan akan memberikan kesedaran dan kekuatan kepada kita? Jawapannya ada pada diri masing-masing.. terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana kita menghadapi situasi kegagalan itu.. Jika kita ambil perkara positif daripadanya, maka kegagalan hari ini akan jadi pendorong kepada kita di masa hadapan.. tetapi jika kita semakin lemah akibat kegagalan itu, maka untuk membina hidup yang lebih baik pada masa akan datang hanya tinggal harapan..

..apa yang penting.. hidup mestilah lebih berani walaupun setelah kita gagal.. jadikan kegagalan hari ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna supaya kita tidak mengulangi kegagalan besok hari..

Hanya sekadar perkongsian sahaja…

5 comments:

SANGURU said...

berSATU kita tuannnnn...

DINAKAN said...

gagal sebenarnya ibarat sejarah, tanpa sejarah mungkin ada kegagalan atau tiada kegagalan..


renungan..

Tulunbunou said...

Yupppp.... setuju dgn penulis dan tn Dinakan..

Kehidupan tidak akan bermakna tanpa kegagalan..
kerana saat kita di puncak jaya kegagalan yang pernah dialami itulah yg akan senantiasa menjadi kenangan manis,sempadan dan peringatan untuk tidak tersalah langkah buat kesekian kalinya.
Boleh sahaja dijadikan bahan cerita tauladan/motivasi yang berguna.

tulundusunranau said...

orang yg pernah mengalami kegagalan boleh menjadi pakar motivasi yang kepada mereka yg memerlukan... tidak akan lupa siapa dirinya.

Kulanz Salleh said...

Salam,
Terima kasih sebab memuatkan arikel ni di ruangan SAM, rasa kecil sebenarnya untuk berada di sini, dan sya ucapakan brbanyak-banyak terima kasih sebab masih dapat kepercayaan daripada rakan2 SAM... Moga rakan2 SAM juga terus tabah utk menghadapi apa saja cabaran...