SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, December 13, 2009

Jalan-Jalan Tamu Minggu Sikuati, Kudat.

hasil kraftangan suku kaum rungus di kudat.
trademark kudat...
Tamu mingguan, memang banyak di sabah. terutamanya di setiap pekan, daerah, mahupun di bandaraya sekali pun. hari ini saya dan elly telah jalan-jalan di tamu mingguan sikuati, lebih kurang 19 km dari bandar kudat. di tamu sikuati ini, terdapat banyak hasil jualan dari pelbagai kaum dan bangsa. ini lah kelebihan kita, pelbagai suku kaum dan berbilang bangsa sama2 menjual dan mengunjungi tamu mingguan ini. Majoriti yang berniaga di sini adalah dari suku kaum rungus. dari sayur-sayuran hinggalah ke hasil laut dan barang2 keperluan seharian. harganya pun amat berpatutan dan segar. "jom jalan-jalan" ke tamu mingguan kita!

9 comments:

NAGA KINABALU said...

Tahniah kpd org2 kita tempatan, (Siapa bilang org tmptn tdk rajin) Ttpi sebaik/sebgusnya betul sudah tu bah KM/Tandek tu d khususkan menanam Jagung untuk Kegunaan Negara kita Malaysia bah......Biarlah KM itu menjadi 'TRADE MARK' pengeluar Jagung Negara ini......Nice posting

kyro said...

Jagung dan Kota Marudu sebenarnya memang sinonim.Cuma mungkin kerana hasil yang diperolehi oleh petani daripada jagung agak kurang memuaskan maka para petani beralih kepada kelapa sawit dan getah menyebabkan kekurangan bekalan jagung.Para petani perlu dibantu diberi tunjuk ajar bagaimana cara yang betul menanam jagung secara komersial untuk mendapatan hasil yang optima.

Dulu-duuulu di Tandek waktu saya budak2 lagi,nenek saya (waktu itu masih pagan lagi) selalu buat tapai jagung....fuyooo...macam stout ba rupa dia....power gilakkk.Tapi takkanlah petani kita sekarang mau tanam jagung untuk buat minuman saja.Boleh jugalah kalau dijadikan industri minuman malta tanpa alkohol.Kerajaan kena bantu juga ini buat R & D.Takut nanti kalau orang kampung yang buat R & D sendiri lain jadi dia....masing2 pigi test power terus ampai2 kena stout ori...hehehe

SANGURU said...

sependapat dgn kedua2 ulasan di atas. Itulah jg yg pernah sy tulis/maksudkan. Klu ada pasaran yg ok, sy pun mau tanam2 jagung belakang rumah...

Little Mike (LM) said...

saya masi ingat mendiang bapa mengusahakan jagung di parong.... mengutip jagung tua, dan kasi 'lisan' tu jagung di papan kayu yg dipacak sebanyak mungkin paku tersusun kemas dan kepalanya dibengkokkan utk memudahkan biji jagung bercerai dari tongkol.

kuku menyangkut di kepala paku perkara biasa.... hahaha. sya rasa dulu2 penanaman jagung sangat aktif dilakukan di parong.

kyro said...

Kalau kami dulu mike kasi repuh itu jagung pakai gagamas ooo.Expert betul saya buat tu.Kami adik beradik ramai2 buat waktu malam sambil main teka-teki supaya nda terasa penat atau mengantuk.

Anonymous said...

Alang2 mau cari nama jadi "JAGUNG 1MARUDU" bah kalau KM/Tandek tdk tanam Jagung yg betul2 banyak...Jangan biarkan 'TAHI AYAM ITU PANAS SEKEJAP SAJA' bah.....

Anonymous said...

Salam,
Sabar ko Anon 8:30pm. Walaupun cara luahan kata-katamu bagi saya kurang profesional tapi amat bermakna juga jika dihalusi. Sblm ni sy sudah bagi pendapat jika inginkn KM sebagai ikon jagung, warga tani/usahawan KM perlu kerja keras, berpengetahuan serta perlu bantuan kerajaan. Kenangan lama tn/pn yg dulu2 itu tidak boleh diterjemahkan jika menanam jagung secara komersil. Terimalah kenyataan tersebut. Tanaman jagung adalah tanaman yg berisiko tinggi dimanan penanam perlu menghadapi ancaman cuaca yg tidak menentu, kos operasi yg mahal, penyakit dan perosak. Era skrg ni, merumput guna 'gagamas' dan meleraikan biji jagung cara tradisional tidak lagi praktikal.

Little Mike (LM) said...

kyro.. bila sudah jara kana kuku di paku... terus short cut pakai tangan ja pusing2, terus cerai berai tu biji jagung.. masalahnya inda menahan kulit. hahaha

Perempuan seja selalu sya nampak kasi repuh jagung pakai gagamas... hehehe.

Ba, alang2 ada ikon jagung KM.. kasi jadi laini tanah KM antara pengeluar jagung di Sabah...

Anonymous said...

Anon 1:52pm @ Sanguru: Zaman sekarang ini sudah terlalu Modern d katakan bah...Pemimpin KM/Tandek tu berotak juga d orang tu. Tambahan lagi SAM sudah ada untuk Membantu Rakyat d KM/Tandek ni...Pasti akan berjaya lah, Apatah lagi Sanguru selalu keluarkan Petani "FARMVILLE" d SAM ini. Ikutlah petunjuk "FARMVILLE" tu sebagai garispanduan...!!! Jangan BERKATA-KATA sahaja yg Lunak2 d dengar d dalam SAM dan Blog2 Rakyat KM/Tandek...Jadikanlah..
Jadikanlah Kenyataan yg betul2 bah....Jangan menjadi Tahi Manok saja seperti d Blog2 ini....