SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, December 4, 2009

"Jutawan Di Tangan, Zuhud Di Hati"

Ramai orang termasuk para Permata Bangsa binasa kerana terlalu cintakan dunia. Terlalu cinta kepada dunia menyebabkan timbulnya sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, bongkak, amarah, dendam, cemburu dan sebagainya. Sifat-sifat ini menjadi barah, bernanah dan membusuk di dalam jiwa. Impaknya, terjadilah pelbagai kebejatan sosial seperti mana yang pernah kita dengar sebelum ini. Pembunuhan, pemerkosaan, rasuah, rompakan, penagihan dadah, permusuhan dan lain-lain lagi.
Masyarakat dan negara menjadi porak peranda. Bobrok. Punah dan sirna segala nilai yang sepatutnya ada pada makhluk yang bernama manusia. Tidak salah mengejar dunia. Kejarlah. Kumpullah harta setinggi Gunung Kinabalu sekali pun. Tidak ada masalahnya. Apa yang penting, tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh ajaran agama. Jika saya ditanya, jawaban saya mudah. Marilah kita menjadi seorang yang, "Jutawan di tangan, zuhud di hati". Saya percaya, jika jawaban ini dapat meresap di dalam diri masyarakat, akan lahirlah sebuah negara yang madani dan terpuji.

2 comments:

Anonymous said...

sindrom takut mati dan cinta pada harta adalah satu fenomena yang sedang bertiup kencang dan membawa era ini ke ambang kehancuran.

melainkan orang-orang yang bertakwa dan bersederhana dalam segala segi...

kita-kita saja bah ini tuan

SANGURU said...

tulisan tuan sentiasa sarat dengan re-evolusi. Teruskan me....