SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, December 29, 2009

KEAJAIBAN...

Tengahari tadi saya menerima sms mengenai penemuan kalimah ALLAH (alif lam lam ha) pada daun pisang di Kg. Mosolog, Tandek, Kota Marudu. Saya segera ke lokasi untuk mengesahkan dan membuat liputan ini. Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Memang benar kejadian tersebut (Lihat gambar atas), sehingga kanak2 pun turut dapat mengesan kalimah tersebut (lihat gambar bawah). Menurut Ustaz Jasni yang pertama perasaan tentang kalimah ALLAH ini, pagi tadi beliau merasakan sesuatu yang "luar biasa"; udara nyaman yang sejuk dan wujud perasaan yang lain dari biasa. Semasa duduk di anjung rumah beliau ternampak kalimah tersebut. Semoga keajaiban ini merupakan petunjuk awal tentang perkara kebaikan khusnya kepada warga kampung ini dan SATU Tandek amnya. Amin.

11 comments:

kyro said...

Subhanallah...mungkinkah ini seruan supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.....?

SANGURU said...

muhasabah jua satu rahmat.

Anonymous said...

ahhh..itu satu kebetulan ja ba...apa la kamu ni....klu bgitu ja mana2 pun bole carii..hahahaha

SANGURU said...

anon, jika benar apa yg dikatakan, maka anda manusia yang diberi keistimewaan kerana bisa menemui sepertinya dimana2. Orang seperti anda sangat sukar dicari walau di mana2...

Anonymous said...

ANON jangan mempermainkan nama ALLAH...kami orang2 islam akan lakukan apa sahaja jika anda tidak meminta maaf atas sikap kurang AJARRRR anda.

SAM wajib perang anon ini. jika tidak maka saya akan perang SAM

Danishalkausar said...

satu tindakan yang betul2 kurang ajar dan tidak bertamadun, tidak ada sesuatu perkara yang di jadikan oleh Allah secara kebetulan. semuanya yang berlaku sebenarnya ada hikmah d sebaliknya. lebih baik ANON istigfar dan bertaubat.

Anonymous said...

saudara anon1.. Jangan memperlekehkan soal kepercayaan orang lain. Berbicara begini boleh menyebabkan darah anda menjadi manis. SAM perlu mengambil inisiatif untuk menangani perkara seperti ini agar isu-isu sensetif seperti ini tidak sebegitu mudah tercatat dalam blog dan terpapar untuk tatapan umum.Tapi kalau gentlemen.. sama-sama kita zahirkan diri..

Anonymous said...

ini perkataan monyet saja yang cakap macam ni.. Kalau manusia tahu menghormati orang lain.

SANGURU said...

saya memohon maaf kiranya posting sy bersifat keagamaan. Niat saya dan SAM ingin menjadi media alternatif yg mahu memaparkan berbagai perkara termasuk kejadian ganjil sebagaimana media lain lakukan. SAM sedia memaparkan apa2 jua keganjilan (yg bukan dibuat2) dari agama/bangsa apapun untuk tatapan bersama. Jika pembaca mempunyai sebarang maklumat yang sesuai dipaparkan dalam SAM, janganlah segan2, hubungi kami. Sedaya upaya kami akan paparkan.

Bugis Suluk said...

SUBAHANALLAH.....Allah memberikan PETUNJUK akan KEKUASAANnya...Supaya Manusia sesama Manusia jangan takut akan KERITIKAN dan TEGURAN oleh sesama Manusia....Subahanallah wabihamdihi.....

Umar al-Longobi said...

setiap keajaiban perlu dihargai. cara menghargai yg terbaik adl mengoreksi diri. adakah kita layak menjadi hamba-NYA?