SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, December 25, 2009

Kehebatan Permata Bangsa Dulu-Dulu (Siri 1)... "Banyak Bini"

Jikalau kita rajin bertanya dengan orang-orang lama, kita pasti akan dapat mengetahui sedikit sebanyak kehebatan para Permata Bangsa dulu-dulu yakni moyang kita. Semasa arwah datuk dan nenek saya masih hidup, saya banyak bertanya kepada mereka. Kadang-kadang, tanpa ditanya pun mereka sendiri akan menceritakannya. Banyaklah kehebatan mereka, antaranya badan yang besar dan gagah perkasa, tajam pemikiran, kuat angkat berat, petah berhujah, hebat memimpin, boleh jalan jauh dalam masa yang singkat, ada kebal, keyakinan diri yang tinggi, berbudi pekerti mulia, pakar mineral, ahli perubatan tradisional, ahli nujum, pengembara dan lain-lain lagi. Namun ada satu lagi yang tiada dalam senarai di atas dan akan saya kongsikan dalam Siri 1 ini, iaitu berani beristeri lebih daripada seorang.
Keberanian dan kemampuan mereka beristeri lebih daripada seorang ini telah menyebabkan keturunan mereka berkembang dengan pesat sekali. Bab-bab seperti ini sering menjadi gurauan pakcik-pakcik dan makcik kita, ha ha ha... Biasanya lelaki yang suka bergurau tentang "poligami" ini takut untuk berpoligami. Suami pendiam itu yang makcik-makcik kena pantau betul-betul. Bak kata ayah Rohani dalam filem P. Ramlee (Madu 3), "Diam-diam ada makne tue...". Ya, memang ramai wanita yang tidak ingin dimadukan. Bagaimanapun, moral yang kita boleh ambil daripada penceritaan di atas adalah, kita perlu melahirkan ramai zuriat yang bertaraf Permata Bangsa (bukan sampah masyarakat). Sekurang-kurangnya dari segi prinsip demokrasi, kita sudah menang... Betul tak makcik? Nota: Selamat bergembira diucapkan kepada saudara/sahabat handai yang merayakan Hari Natal. Berhati-hati di jalanraya dan jangan gaduh-gaduh di musim perayaan ini... :-)

5 comments:

Anonymous said...

ades2 oi sdr umar...rasangon koh dot kaum ibu2 diti..ki..aku balalo dino..he..he..he..bagus ini tajuk tuan..

Umar al-Longobi said...

Anon, Kukuoyon poh ong irinoh ot kowowoyoon dit taki tokou oi. Kehebatan ini boleh dicontohi dan boleh juga dihindari. Terserah kpd peraturan agama dan kekuatan masing2... :-)

SANGURU said...

umar benar, tp x bermakna yg berkempen. Hehehe...

Umar al-Longobi said...

Ya, tuan...bukan niat mau kempen ni, hehehe. Mau kasi tau yg kita perlu ramaikan anak bangsa kita. Samada guna pendekatan mono/poli, terserahlah kpd pertimbangan msg2. Dlm dunia yang berkiblatkan sistem demokrasi sekarang, siapa yg ramai akan menang. dll lagi sebab lain. Ibu2 memang tidak marah ni, bak kata Rohani kpd madu2nya, "... Kita perlu menjaga martabat kaum wanita...". :-)

SANGURU said...

hahaha...rahmat dan hikmah atuk2 kita ada 3,5 surihati ialah....ARAMAI TOKOW E TOKOW makaa diti. cth, klu aki (sebelah mama saya) cuma kawin 1, sure la sanguru nda da di alam maya ni. Tiadalah kitorang bergurau2 dlm SAM.
Tapi ni pn bkn kempen poli poli ni kio. Hehehe