SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 26, 2009

Kehebatan Permata Bangsa Dulu-Dulu (Siri 2)..."Mulut Masin"

Sidang pembaca budiman, adapun tujuan artikel bersiri ini diterbitkan adalah untuk berkongsi pengetahuan kepada mereka yang kurang tahu, khususnya anak-anak muda tentang kehebatan Permata Bangsa dulu-dulu. Paling tidak, saya mengharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat menaikkan semangat kita untuk menjadi hebat seperti mereka. Kalau tidak sama hebat pun, sekurang-kurangnya ke arah itu. Baiklah, tajuk seterusnya adalah, "Mulut masin". Apa yang saya maksudkan di sini adalah, kebanyakan doa, sumpah ataupun mantera yang keluar dari mulut Permata Bangsa dulu-dulu ini menjadi. Kalau didoa, makbul. Kalau disumpah menjadi. Kalau dimantera, sembuh. Apakah rahsianya? Menurut arwah datuk dan nenek saya, mereka ini tidak suka berbohong dan keyakinan mereka bahawa Tuhan akan membantu mereka itu amat tinggi. Kalau kita tengok mantera-mantera mereka tidaklah canggih manapun. Bahasanya saja yang bercampur-campur dan agak pelik kedengaran (Contohnya, "... Tembaga ketubigan alan ketutupan... hingga akhir ayat, hehe...). Cuma orang kata, seringkas manapun ayat yang kita baca, kalau lidah terjaga dan keyakinan kita tinggi biasanya ia akan menjadi. Walaupun agama yang kita sedang anuti sekarang ini belum sampai, mereka tetap percaya akan kewujudan satu kuasa besar yang mengatur seluruh alam. Saudara, selama ini kita selalu memandang permata-permata dari luar, sedangkan di tempat kita sendiri pun ramai dan tidak kurang hebatnya. Sedarkah kita bahawa, dalam diri ini sebenarnya sedang mengalir darah mereka? Oleh itu, menjadi tanggungjawab kitalah untuk memartabatkan ikon-ikon lagenda bangsa, khususnya dari bumi Marudu yang bertuah ini. Nantikan siri yang seterusnya...

5 comments:

SANGURU said...

syabas umarku. Betul. Masin mulut org2 kita dulu. Diriwayatkan, Dungur@Masangin@Panangkas@Hj. Lebai Muhammad Said b. Abdullah ada berkata "semoga TIDUR PANJANG" kepada seorang kapitan Cina di bandau yg marah2 kerana hj. Lebai azan subuh di masjid, menggangu tidurnya. Kapitan itu suruh Hj. Lebai pulang Tandek. Keesokan harinya, aki kita ini pulang Tandek dan kapitan itu didapati tidak bangun2 lagi dari tidurnya kerana BENAR2 TIDUR PANJANG...
(Pengajaran: mari hormati org lebih tua, mereka lebih dulu makan garam. Masin mereka kenal dulu. Jangan sesekali lukakan hati para kekasih Allah. Mustajab doa mereka. Mulut masin...)

Umar al-Longobi said...

Tq atas perkongsian itu Sanguru. Bagus juga didokumentasikan kesaktian2 mereka ini. Sekurang2nya boleh dijadikan rujukan dan bikin naik semangat anak2 Marudu. PKM/PKBS mungkin boleh memasukkan aktiviti pendokumentasian ini di dalam kalendar mereka. Barangsiapa pembaca yang ada info tambahan, boleh kongsikan di sini. SAM boleh menyimpan rekod tersebut utk sementara sebelum dibukukan. Tq

SANGURU said...

sila layari blog suara bangsa. Klik melalui http://yomogun.blogspot.com. ada sedikit cerita2 mengenai orang dulu2 telah sy paparkan. Dalam sambutan Hari Keluarga tahun depan, sudah ada dlm perancangan utk beri dokumentasi tokoh2 kita kpd penggunjung. Semoga terlaksana. InsyaAllah. Amin.

DINAKAN said...

'mulut masin' ni sebenarnya bukan calang2 kalau diluah, tapi awas...'mulut manis' bahaya kalau diluah.

Tulunbunou said...

Hebat2 ba org dulu2...

klu sa masin mulut klu time makan ikan masin saja..heheh