SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 24, 2009

Kota Marudu Bertuah Wujudnya SAM

Ya, memang Kota Marudu bertuah kerana wujudnya Blog Suara Anak Marudu (SAM). Banyak informasi yang dapat dikongsikan. Beberapa kebobrokan dalam masyarakat dapat diperbetulkan. Dan, bagi saya SAM berjaya menyuntik semangat juang kepada anak-anak Marudu walau di manapun mereka berada. Secara peribadi saya juga berasa amat bersyukur dan bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang ahli keluarga SAM. Namun, saya tidak menyatakan bahawa kamilah yang terbaik. Saya percaya di luar sana masih ramai lagi yang lebih hebat. Jika berminat, kami sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin menyertai perjuangan SAM. Sekurang-kurangnya sebagai Penulis Tamu. Sebagai bukti penghargaan saya akan keberadaan SAM, saya telah memasukkan aktiviti saya di SAM dalam borang Penilaian Prestasi Tahun 2009. Saudara, SAM dan seluruh pembaca SAM pastinya akan terus mara ke hadapan!

9 comments:

Yomogun said...

Salam,
Sdr Umar...bukan sam atau ahli sam yg terbaik ttp pengunjung SAM yg menentukan anda semua berada ditahap skrg ini.

Anonymous said...

klulah ruangan ini digunakan secara ilmiah, pro... n bretika, wadah ini dpt melonjakan tahap pemikir2 ke arah lebih kretif dan kritis sekaligus mencurahkan hasilnya/manfaatnya kpd maruduku...jika sebaliknya maka jadilah ruangan ini sebagi channel utk melihat kekurangan/keburukan org lain...jalan terussss....

by..
maruduku

DINAKAN said...

hehe.... sdr umar....!
Setiap Ahli dan Pembaca SAM atau Pengunjung SAM semuanya berhak mendapat terbaik.... mungkin itulah pemahaman saya entry tuan.

Apapun, syabas dgn topik entry tuan.

Umar al-Longobi said...

Betul Sdr. Din,

Apb sy menyebut SAM, bermakna bersama2 dgn pembaca/pengunjungnya sekali. Sebab itu sy katakan, "SAM dan seluruh pembaca SAM...."

Syabas sy ucapkan kpd para anon. 1 yg sy cukup tabik dgn anon ni, amat proaktif dlm ruangan komen. yalah, ada anon yg baik dan ada yg baling batu sembunyi tangan. Tapi dari segi keaktifannya itu boleh dicontohi...

komen sdr anon di atas amat baik utk dipertimbangkan oleh semua yg berkenaan.

Yomogun said...

Salam,
Sdr Umar...komen yg tidak baik itu sesekali adalah penawar. Sekurang2nya para Anon yg anda kategorikan sebagai baling batu sembunyi tangan itu tidak membiarkan anda dlm 'comfort zone'. Takut2 anda jln terus dan tidak berkembang..

Umar al-Longobi said...

Salam Sdr. Yomogun,

`Sesekali` apa salahnyakan, tapi ini sudah berkali2. Sy tidak kisah dgn anon spt Sdr.Yomogun yg berhujah dgn fakta, rasional dan bertanggungjawab. Merekalah yg sebenarnya yg menceriakan ruangan komen. Tapi, anon yg `baling batu sembunyi tangan` itu, jika dibiarkan akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Antaranya akan lahirlah masyarakat yg pengecut, tidak bertanggungjawab dan melebarlah budaya fitnah memfitnah.

SANGURU said...

bak kata sang sunan, jika kumahu, batu2 ini boleh bertukar menjadi emasss...
SAM yg bertuah kerana ada lelaki seperti sdr. Lelaki yg bijak dan pinterrrrr...
Ayuh mas, gali lagiiiii...

SANGURU said...

kpd semua penggunjung SAM, tk banyak. kami akan berusaha memberikan yang terbaik. Tuan/puan juga boleh beri yg terbaik melalui ruang komentar.

ANON SENDIRI2. TIADA GEANG said...

SAYA MELEHAT KOMEN ANON SECARA KESELURUHAN ADALAH TERBENTUK DARIPADA APA YG DITULIS OLEH PENGARANG SENDIRI. JADI TAK LAH PATUT ANON PULA YG DIPESALAHKAN SERATUS PERATUS APABILA ANON MEMBUAT KOMEN KERANA KOMEN ITU DIBUAT BERDASARKAN PEMIKIRAN ANON TERHADAP ENTRY YG DITULIS. ISTILAH PENGECUT TIDAKLAH SESUAI DIGUNA KPD ANON KERANA KITA SAMA2 BERCAKAP MELALUI RUANGAN INI. BERCAKAP SECARA BERDEPAN PUN TIDAK JUGA SESUAI KERANA MUNGKIN BOLE MENCETUS EMOSI YG TIDAK BAIK KPD PEHAK LAIN. TAPI KLU MUNGKIN BERBICAR SECARA FORUM YG MAJLISNYA RASMI DAN TERBUKA SIFATNYA, SYA PERCAYA KITA SEMUA AKAN DAPAT MENGETAHUI MANA YG LEBIH INDA, JUJUR DAN AMANAH DLM BEBERAPA PERKARA YG KITA SELALAU PERKATAKAN.