SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 16, 2009

MING: ANAK PETANI JADI MAHARAJA...

Tembok Besar China ternyata gagal menghalang golongan barbarian - orang Mongul pimpinan Gengis Khan. Akhirnya China ditakluktadbir oleh kaum Khan ini selama 100 Tahun. Kemudian lahir pemberontakan rakyat yang dipimpin oleh seorang anak petani bernama Ming. Kerajaan Mongul ditumbang dan diganti oleh dinasti Ming. Ming anak petani itu menjadi maharaja, anak cucunya bukan lagi anak petani sebaliknya menjadi maharaja-maharaja Dinasti Ming yang terkenal. Demikianlah takdir. Tiada yang Maha Mengetahui selain DIA. Siapa menduga anak petani menjadi maharaja Dinasti Ming. Dan rupa2nya raja-raja itupun asalnya hanya petani seperti Ming. Nah, anak2 petani sekalian, kembangkan dadamu, langut dan pandang depan. Hari ini anda hanyalah anak petani, esok mungkin anda menjadi pemimpin negara. Hari ini anda anak petani miskin, esok anda mungkin bergelar jutawan. Itu tidak mustahil jika sudah takdir, namun takdir yang baik selalunya menyebelahi orang yang berusaha...

9 comments:

maikong said...

inda mustahil bah..ada di kalangan warga muda tandek, anak jadi pemimpim Tandek...

ming2elly said...

hehehehe... sama pula nama sya ni tuan. MING.

tiada yang mustahil di dunia ini. yang hanya membuatkanny mustahil adalah diri kita sendiri.

Little Mike (LM) said...

catatan inspirasi yang baik... Kegemilangan atau kejayaan adalah milik orang yang berusaha...

Siapa sangka satu hari nanti ada 'Dinasti Ming' dalam dunia kerjaya di Kudat. :D

Anonymous said...

bagaimanapn gah nya sesuatu keturunan itu, klu tiada usaha oleh generasi seterusnya, pasti tidak sampai ke mana juga. percaya lah......

Anonymous said...

Salam,
kejatuhan Maharaja China (Dinasti??? kpd bangsa mongol disebabkan oleh pemerintahan maharaja ketika itu yg tidak mengambil tau hal-hal pentadbiran negara dan banyak menghabiskan masa dgn kemewahan istana. Askar maharaja China ditempatkan di tanah sempadan yg gersang dlm jangka masa yg terlalu lama menyebabkan mrk 'demoralize' dan menerima rasuah drp mongol. Akibatnya pintu sempadan terbuka dan mengakibatkan China diperintah oleh generasi Khan hampir 100th.

Morale of the story=Pemimpin perlu cekap, berpengetahuan, berwawasan dan hindari rasuah.

saja kongsi dgn tuan/puan

Little Mike (LM) said...

setuju dengan anon1 dan anon2...

Gabungan kedua-dua idea mereka ialah BERUSAHA dan CEKAP, BERPENGETAHUAN, BERWAWASAN tanpa RASUAH

SANGURU said...

eya, setakat tembok saja, x akan mampu melindungi, apa lagi "tembok mental" yang membloking minda dan jiwa. So, kurangkan bercakaran, kurangkan berpolemik, kurangkan makan (Rasuah), kurangkan buruk sangka, kurangkan apa yg patut dikurangkan...banyakkan berfikir, merancang dan berbuat kebaikan...
(Ming SAM, sengaja sy pilih tajuk yg gempak sikit tp benerrr....)

Anonymous said...

D samping hindari rasuah, Kalau tidak mahu Negara ini d perintah oleh PTI2 yg d berikan IC/Mykad Malaysia...Jangan sekali-kali Pemimpin Umno d dalam BN Memberikan Mykad/IC kepada PTI2 ini lagi. Cukup2 dan sudahlah sudah. Bukan sikit yg telah d keluarkan kepada PTI ini hampir mencecah 4 juta bukanlah satu bilangan yg Sikit oooooo....Mati kita orang Tempatan ini jika Pemimpin Umno tidak berfikir Panjang dan kalau hanya berfikir akan KEKUASAAN sahaja terbalik akhirnya tu...Keluar2 IC akhirnya Pakistan,India,Bugis dan Suluk yg memerintah orang tempatan...Baru putih mata masa tu...!!!

Anonymous said...

Terima kasih Anon 12:35 pm, Tadi baru saja saya terdangar cerita berkenaan dengan PTI yg MENGURUSkan (PTI PAKISTAN) Seorang PTI Paakistan ni Isterinya baru sahaja datang dari Negara pakistan 1 bulan yg lalu,Jangankan pandai berbahasa Malayu, Englishpun tidak pandai,Suaminya LANGSUNG berurusan terus ke Kuala Lumpur d PJ hanya membayar Rm:8,000.00 sahaja.Isteri C Pakistan ini terus mendapatkan IC/MAYKAD MALAYSIA...Macam mana? Anda Rakyat Malaysia dan MCCM @ SURUHANJAYA PENCAGAH RASUAH MALAYSIA Bangun daripada tidur anda...Tangkaplah orang2 yg KHIANAT Kepada Negara Malaysia ini..Ini adlah ANCAMAN BESAR daridalam Negara Malaysia sendiri.