SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 30, 2009

NOTIS DARI ADMIN SAM

Salam hormat,salam perpaduan dan salam 1Malaysia kepada semua warga SAM dan juga pembaca2 SAM. Sejak kebelakangan ini saya dapati terlalu banyak komen dari pembaca SAM yang mengelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS yang begitu keras dan melampau sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada pembaca2 SAM lain.Komen2 yang memburukkan hal peribadi orang sehinggalah ada komen yang boleh disifatkan sebagai penghinaan agama.Perkara ini nampaknya tidak boleh dibiarkan kerana yang mendapat nama buruk adalah blog SAM. Pihak SAM sudah lama memberikan kebebasan kepada semua pembaca SAM untuk menulis komen terhadap entri2 yang diposkan dalam blog ini.Kebebasan yang saya maksudkan ialah admin SAM tidak menapis komen dengan alasan supaya semua boleh berkongsi idea dan maklumat penting dari pembaca dan penulis komen.Namun kebebasan yang telah diberikan telah disalah gunakan.Ada yang membuat komen hanya untuk melepaskan geram terhadap beberapa individu termasuklah menghina dan memburuk-burukkan penulis2 SAM.Namun admin masih lagi memberi ruang dan memberi peluang dengan harapan tidak adalagi komen2 yang boleh mencetuskan perbalahan atau yang boleh menguris perasaan orang lain. Tetapi nampaknya ada lagi komen dari ANONYMOUS yang kalau dibiarkan akan mencetuskan perbalahan.Komen terbaru melalui entri sanguru yang bertajuk KEAJAIBAN nampaknya jika dibiarkan pastinya mendatangkan bencana.Anda baca sendiri komen ANONYMOUS ini:
Anonymous said... ahhh..itu satu kebetulan ja ba...apa la kamu ni....klu bgitu ja mana2 pun bole carii..hahahaha December 30, 2009 12:57 AM
Dengan ini,atas kapasiti saya sebagai pemilik akaun blog SAM dan juga admin SAM,mengumumkan..mulai hari ini 30/12/2009,segala komen2 yang hendak dibuat pada setiap entri perlu melalui tapisan dari admin ataupun penulis SAM.Hanya komen yang dikira bersih akan dipamirkan untuk bacaan umum. Jangan salahkan pihak SAM dalam soal ini kerana sebahagian daripada anda diluar sana adalah penyebabnya.

14 comments:

MSS LaWLiET said...

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera

Syabas atas usaha tegas pihak SAM berhubung isu ini. ^^,

SANGURU said...

kuasa dan tugas tuan. Kami serahkan pada tuan saja. Demi kebaikan ramai/umum, bukan untuk saya/kita, kerana: "KEHARMONIAN DIDAHULUKAN, PEMBACA DIUTAMAKAN".

Tulunbunou said...

Tindakan tegas yang amat sesuai untuk dilaksanakan...Congrats Marudu Bloggers

Yomogun said...

no komen...buatlah yg ptt asalkan mendatangkan kebahagian...

Bugis Suluk said...

Kalau saya punya blog SAM ini...Saya mau AJK SAM saja yg menulis/Entri dan yg Komen pun dari AJK SAM saja....Jadilah
"FAMILY 1 SAM" supaya tidak ada kritikan dari luar 'FAMILY 1 SAM'. Saya merasakan bagus d tutulah ruang untuk KOMEN tu....Supaya SAM lebih aman dan DAMAI...

Bugis Suluk said...

Kalau saya punya blog SAM ini...Saya mau AJK SAM saja yg menulis/Entri dan yg Komen pun dari AJK SAM saja....Jadilah
"FAMILY 1 SAM" supaya tidak ada kritikan dari luar 'FAMILY 1 SAM'. Saya merasakan bagus d tutuplah ruang untuk KOMEN tu....Supaya SAM lebih aman dan DAMAI...

SANGURU said...

jika dilihat kepada komen sdr bugis suluk, semacam bikin sakit hati, kan? Tapi SAM tidak ada masalah dgn komen seumpama ini kerana:
1. Beliau menampakkan teguran yg direct dan ada kejujurannya
2. Beliau berfokus, sesuai dengan entri
3. Beliau tidak menyerang peribadi penulis SAM secara melulu dan berunsur provokasi
Ini bermakna, pembaca SAM usahlah risau, SAM bukan mengharap komen yng sedap2 saja.

Carl S. Adun said...

Ini la cabaran kpd kita & SAM Sanguru...Moga suatu hari nanti mereka akan jadi "matang"...

kyro said...

Dalam hidup ada pahit,ada manis.Kalau tidak merasa yang pahit kita tidak akan menghargai yang manis.Kalau asyik makan yang manis pula boleh kena penyakit.

Bagi saya,biarlah komen anonymous itu di post kan seperti mana mereka menulisnya.Kerana kita perlu tau pandangan orang dari luar SAM tentang pelbagai isu mahupun artikel yang SAM post kan.

Setiap teguran tidak kira pedas panas atau menyakitkan perlu kita kaji selidik dan jadikan kayu pengukur kredibiliti SAM.

Pujian semata-mata tidak akan membawa kebaikan kerana kita mungkin akan dilalaikan olehnya.SAM patut berterima kasih dengan komen2 dari para anonymous kerana komen2 mereka akan lebih mendewasakan SAM.

kyro said...

Kepada para anonymous,

Teruskan membaca SAM dan terima kasih.

Yomogun said...

Salam,
Saya berpendapat penapisan komen2 yg dianggap tidak relevan atau kurang menyenangkan juga menggambarkan sifat tidak matang penulis itu sendiri. Jika tidak bersedia menerima kritikan org lain, maka tak perlu menulis. Ini mengambarkan peribadi penulis itu sendiri yg tidak suka menerima kritikan.

Kalau hanya komen yg sedap/manis indah/mengampu sahaja yg terima manakala komen2 yg kurang membina ditolak, mengambarkan SAM tidak mengamalkan kebebasan meluahkan buah fikiran. Bukankah itu adalah ciri2 seorang diktator.

kiehaa said...

Mcm ni lagi senang...

buat blog sendiri, tulis dan komen sendiri...barulah aman dan bebas dari kritikan.

SANGURU said...

sebetulnya, ada kalangan anonymous tu...tiada masalah dgn artikel, mereka ada masalah dgn SAM/penulis SAM itu sendiri. Mereka bijak manipulasi ruang komen dan entri. Inilah sebenarnya yg mau dicegah oleh pihak Admin. Kami perasaan anon2 yg "bijaksana" ini maka mereka inilah yg perlu dipantau, agar tidak buat onar yg boleh memudaratkan bkn hanya SAM tetapi juga masyarakat.
Kpd para pembaca, teruskan mengo,en wpn menggunakan nama anonymous. Ia akan disiarkan oleh admin SAM selagi relevan dan bermakna wpn pedas mcmna pun, asal bukan anon yg sengaja buat hal.

kiehaa said...

Salam,
Sbr2...sabar itu separuh dr iman. Sudah lumrah alam, hati manusia lain2.....Kata nista lawanlah dgn hujah.